Skip to content

Skoliosis: Punca, Simptom dan Rawatan

Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.

Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.

Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

  1. Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
  2. Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy


Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul.

Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.

Apakah tanda-tanda skoliosis?

Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:

  • Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
  • Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
  • Pinggang yang tidak sama para
  • Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.
masalah skoliosis

Periksa Simptom anda Di Sini

Faktor risiko

Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:

  • Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
  • Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
  • Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi



Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:

  • Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
  • Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.

Penyiasatan

Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda skoliosis yang diceritakan seperti di atas.

X-ray dada

X-ray dada pula dibuat untuk mengesahkan diagnosis skoliosis tersebut. Daripada x-ray dada, tulang belakang akan kelihatan membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan.

Apakah rawatan skoliosis?

Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan.

1. Senaman Schroth

Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.

2. Braces(Pendakap badan)

Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.

Kebanyakan jenis braces ini diperbuat darpada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.

Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.



braces untuk skoliosis

3. Pembedahan

Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut.

Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Scoliosis in children and adolescents. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases.Accessed May 3, 2019.
  2. Introduction to scoliosis. American Academy of Orthopaedic Surgeons. Accessed May 3, 2019.
  3. Shands AR. End result of the treatment of idiopathic scoliosis. Journal of Bone and Joint Surgery. 1941;23:963.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 10 =