Skip to content

Ubat Ibuprofen: Dos, Kegunaan dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat ibuprofen? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat ibuprofen, dos dan kesan sampingan ubat ini.

Pengenalan

Ubat ini terdapat dalam dos tablet, kapsul, ubat sapu untuk kegunaan luaran dan ubat makan cecair untuk kanak-kanak. Biasanya ubat cecair kanak-kanak dipanggil sebagai ubat sirap Ibuprofen ataupun ubat suspension Ibuprofen

Kegunaan Ubat Ibuprofen

Terdapat beberapa kegunaan ubat ibuprofen iaitu:

  • Demam, batuk dan selsema
  • Demam selepas vaksinasi bayi
  • Sakit tekak
  • Sakit gigi, sakit telinga dan pening kepala yang sesuai untuk kanak-kanak. Ubat kapsul dan tablet ini dipreskrip oleh doktor untuk melegakan demam, sakit luka, sakit gigi, keradangan otot mahupun sendi dan juga senggugut.


Manakala, untuk ubat sapu, ia selalu diberikan kepada pesakit arthritis yang tidak serius di mana arthritis ialah keradangan sendi. Ubat sapuan ibuprofen boleh juga digunakan untuk melegakan terseliuh, kecederaan ketika bersukan dan juga sakit belakang dan otot.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Nama Brand

Terdapat beberapa jenis jenama di dalam pasaran. Ia adalah:

  • Axcel Ibuprofen paediatric syrup
  • Bifen
  • Ibufac
  • Ibuprofen YSP
  • Nurofen
  • Nurufen Gel
  • Nurufen Syrup
  • Perofen
  • Pharmaniaga Ibuprofen

Cara Penggunaan

Tablet dan kapsul, sila ambil berdasarkan arahan preskripsi doktor ataupun ahli farmasi anda. Sirap Ibuprofen pula untuk kanak-kanak kebiasaanya bayi berumur 6 bulan telah boleh mengambilnya atas dos dan nasihat doktor. Bayi berumur di bawah 6 bulam juga boleh mengambil ubat ini tetapi doktor akan memberikan dos yang minima. Tidak diberikan tanpa pengawasan doktor. Ambil ubat selepas makan, dan biasanya ubat ibuprofen ini diambil empat kali sehari mengikut kondisi setelah menerima rawatan daripada doktor.

Untuk ubat sapu luaran, picit tiub dan gunakan ubat dengan menyapu dan menggosok di permukaan yang diperlukan sehingga ubat itu diserap. Penggunaan maksimum ialah sebanyak empat kali sehari.

Cara Ubat Berfungsi

Ibuprofen mempunyai kesan anti radang dan penurunan suhu badan selain daripada mempunyai kesan analgesik yang mampu melegakan kesakitan. Sakit adalah disebabkan penghasilan kompaun prostaglandin pada tempat yang tercedera. Manakala ubat ini pula akan mengurangkan penghasilan kompaun prostaglandin dengan cara merencat enzim cyclooxygenase(COX) yang terlibat dalam penghasilan prostaglandin.



Kebiasaannya, kelegaan pada kesakitan bermula tidak lama selepas pengambilan dos pertama dan kesan analgesik penuh biasanya diperolehi dalam masa seminggu, manakala kesan anti keradangan dirasai kesannya sehingga tiga minggu. Ubat ini di ambil semasa rawatan diperlukan sahaja dan tidaklah berterusan seperti ubat penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan darah tinggi.

Kesan Sampingan

Ubat ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti ubat-ubatan yang lain, walaupun tidak semua orang mendapatkannnya.

Antara kesan sampingan biasa yang mungkin berlaku adalah

  • Loya
  • Sakit bahagian abdomen
  • Pedih ulu hati
  • Cirit-birit.

Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah seperti

  • Pening
  • Gangguan sistem pencernaan
  • Kegatalan kulit
  • Hipersensitiviti
  • Insomnia dan
  • Kabur penglihatan.

Peringatan

Beritahu doktor anda sekiranya anda mengambil sebarang ubat NSAIDs lain termasuklah ubat tanpa preskripsi yang dibeli di farmasi, pasar raya, dan kedai makanan kesihatan. Jika anda terlupa satu dos, ambil dos secepat mungkin setelah ingat. Jika sudah mendekati masa dos seterusnya, jangan gandakan dos dengan mencampurkan bilangan dos terlupa dan dos kini. Tidak boleh makan dos berganda untuk menggantikan dos yang terlupa itu.

Interaksi dengan Ubat

Sesetengah ubat yang diambil bersama Ibuprofen akan mengakibatkan tidak balas sesama sendiri contohnya jika anda mengambil ubat yang tersenarai di bawah ini, sila maklumkan kepada doktor anda.

  • Hydantoins (ubatan merawat sawan)
  • Sulfonamides (sejenis antibiotik)
  • Sulfonylureas (ubat untuk diabetes)
  • Antikoagulan (ubat agen penipisan darah)
  • Aspirin (ubatan untuk jantung)
  • NSAIDs yang lain seperti ubat Ponstan, Mefenamic Acid, Diclofenac Sodium, Meloxicam dan lain-lain lagi.

Cara Penyimpanan

Untuk ubat makan, simpan di tempat yang dingindan kering. Untuk ubat cecair, sila tutup semula tudung botol dengan rapat. Seperti ubat-ubatan yang lain, simpan ubat ini pada suhu yang lebih daripada suhu bilik di baha 30 darjah selsius.  Elakkan ubat terdedah kepada cahaya dan keadaan lembap. Semestinya jauhkan strip atau kotak ubat-ubatan daripada kanak-kanak. Jangan makan selepas tarikh tamat tempoh yang tertera pada strip atau kotak ubat.

Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu. Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat.



Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Pelupusan, jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Beranyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.

Rujukan:

  1. MIMS Malaysia
  2. Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (Ibuprofen Y.S.P)
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × four =