Skip to content

Kanser Esofagus: Punca, Simptom dan Rawatan

Masihkah anda ingat akan bekas pelakon tanah air, allahyarham Zaibo? Allahyarham telah meninggal kerana kanser esofagus yang dihidapinya bertahun lamanya. Sewaktu saya belajar dulu, saya sempat bertemu dengannya, ketika beliau dimasukkan ke wad pembedahan untuk rawatan. Beberapa minggu selepas itu, berita mengenai pemergiannya keluar di kaca televisyen.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Kanser Esofagus
  3. Simptom Kanser Esofagus
  4. Ujian Pengesahan
  5. Rawatan
  6. Pencegahan

Pengenalan


Esofagus adalah satu tiub panjang yang berfungsi menyalurkan makanan dari tekak ke perut. Kanser esofagus terjadi apabila terdapat ketumbuhan malignant yang tumbuh dari dinding esofagus.

Semakin ketumbuhan membesar, ia boleh merebak ke otot dan tisu di sekitar esofagus. Ketumbuhan boleh tumbuh di sepanjang saluran esofagus termasuklah di kawasan esofagus bertemu dengan perut.



Jenis jenis kanser esofagus

  • Squamous cell carcinoma. Ia bermula daripada sel squamous yang melitupi dinding esofagus. Ia kerap terjadi di bahagian atas dan tengah esofagus, tetapi boleh juga terjadi di tempat lain.
  • Adenocarcinoma. Ia bermula daripada sel yang menghasilkan mukus di dinding esofagus. Ia kerap terjadi di bahagian bawah esofagus.

Punca kanser esofagus


Seperti kebanyakan kanser, punca kanser esofagus masih tidak diketahui. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan mutasi dalam DNA sel yang berada di sekitar esofagus. Mutasi ini menyebabkan sel membiak dengan lebih pantas berbanding sel biasa.

Mutasi juga menyebabkan sel tidak mati dan menyebabkan sel berkumpul dan menjadi ketumbuhan.

Golongan berisiko

Pakar berpendapat bahawa iritasi pada dinding esofagus menyumbang kepada terjadinya kanser. Terdapat beberapa habit dan keadaan yang menyebabkan iritasi, contohnya:

  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
  • Masalah gastroesophageal reflux disease, iaitu masalah refluks makanan
  • Mempunyai esofagus Barret’s iaitu dinding esofagus yang rosak kerana masalah refluks
  • Berat badan berlebihan
  • Kurang pengambilan sayuran dan buahan
  • Mempunyai achalasia, iaitu satu keadaan dimana otot di hujung esofagus tidak berfungsi dengan sempurna


Kaum lelaki mempunyai risiko 3 kali ganda berbanding wanita. Kanser esofagus kerap terjadi kepada etnik Afrika-Amerika. Risiko mendapat kanser esofagus meningkat seiring dengan usia, terutamanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom kanser esofagus


Di tahap awal ketumbuhan, tiada gejala jelas yang dirasai oleh pesakit. Namun semakin saiznya meningkat, pesakit mengalami:

Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pengesahan


Doktor akan menjalankan ujian ujian berikut setelah mendapatkan maklumat terperinci serta melakukan pemeriksaan fizikal:

  • Endoskopi, iaitu memasukkan kamera kecil yang bersambung dengan tiub ke dalam esofagus melalui tekak dan mulut. Ini adalah untuk membolehkan doktor melihat dinding esofagus untuk memeriksa tanda iritasi.
  • Barium swallow, di mana pesakit perlu menelan larutan barium semasa Xray diambil. Ini adalah untuk melihat struktur esofagus.
  • Biopsy, di mana doktor akan mengambil sebahagian tisu dari ketumbuhan semasa proses endoskopi bagi dihantar ke makmal.
  • Ujian pengimejan seperi CT scan, PET scan dan MRI scan bagi melihat jika kanser merebak ke bahagian lain.

Rawatan kanser esofagus


Doktor akan menyarankan pembedahan bagi membuang kanser sekiranya kanser belum merebak ke tempat lain. Doktor juga boleh mempertimbangkan rawatan kemoterapi atau radioterapi bergantung kepada keadaan anda. Sebelum pembedahan, kemoterapi juga diberikan bagi mengecilkan saiz ketumbuhan dan memudahkan proses pembuangan.

1. Pembedahan

Jika kanser bersaiz kecil dan belum merebak, doktor boleh membuangnya menggunakan teknik yang kurang invasif iaitu menggunakan endoskop dan beberapa lubang kecil.

Kebiasaannya, doktor akan membuat bukaan yang lebih besar bagi membuang sebahagian esofagus dan biji limfa disekitarnya. Kemudian, tiub disambung semula menggunakan tisu dari perut atau usus.



Dalam kes yang lebih serius, sebahagian bahagian atas perut juga perlu dibuang.

Risiko pembedahan termasuk kesakitan, pendarahan, bocor di bahagian tiub disambung dengan perut, komplikasi paru paru, masalah menelan, pedih ulu hati dan jangkitan.

2. Kemoterapi

Kemoterapi adalah satu rawatan menggunakan ubat yang menyerang sel kanser. Ia boleh diberikan sebelum atau selepas pembedahan. Ia juga boleh digabungkan dengan radioterapi.

Kemoterapi mempunyai banyak kesan sampingan. Ini kerana ubat kemoterapi juga membunuh sel yang sihat.

 3. Radioterapi

Radioterapi pula satu kaedah menggunakan radiasi untuk membunuh sel kanser. Radioterapi boleh diberikan secara luaran iaitu menggunakan mesin, ataupun internal iaitu menggunakan alat yang diletak berdekatan ketumbuhan dipanggil brachytherapy.

Radiasi sering digabungkan dengan kemoterapi, dan kesan sampingannya lebih serius.



  • kulit terbakar
  • Kesukaran menelan
  • Kelesuan
  • Tumbuh ulser di dinding esofagus

Terdapt juga kesan sampingan yang terjadi setelah rawatan berakhir. Ini termasuk esophageal stricture, di mana otot di sekitar dinding esofagus menjadi kurang fleksibel menyebabkan esofagus menjadi sempit, menyukarkan proses menelan.

4. Targeted therapy

Terapi ini menyasarkan protein spesifik pada sel kanser bagi membunuhnya. Sebagai contohnya menggunakan ubat Trastuzumab, yang menyasarkan protein KER2 pada permukaan sel kanser yang membantu sel kanser membiak.

Kanser juga boleh membiak dengan cara mewujudkan saluran darah baru. Ramucirumab adalah sejenis terapi dipanggil monoclonal antibodi yang akan menyasarkan protein VEGF yang membuat saluran darah baru.

5. Rawatan lain

Jika  esofagus anda menjadi sempit disebabkan ketumbuhan, doktor akan meletakkan stent iaitu sejenis tiub diperbuat dari besi bagi mengekalkan pembukaan saluran  esofagus.

Kesan jangka panjang

Peluang untuk sembuh semakin tinggi sekiranya kanser ditemui awal. Malangnya, kanser esofagus sering ditemui apabila sudahpun berada di tahap tinggi di mana ia hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Peluang juga lebih baik sekiranya kanser belum merebak ke tempat lain.

Cara untuk mengelakkan Kanser Esofagus


Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini. Ia adalah:



  • Elakkan merokok dan mengunyah tembakau
  • Hadkan pengambilan alkohol anda
  • Amalkan diet yang kaya dengan buahan dan sayuran
  • Amalkan cara hidup sihat

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan

  1. Esophageal cancer– Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + seventeen =