Skip to content

Berat Badan Turun Mendadak: Punca dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah berat badan turun secara mendadak? Artikel ini akan menceritakan berkenaan masalah ini berserta rawatannya.

Penurunan berat badan yang tidak dirancang atau secara mendadak boleh menjadi sesuatu yang merisaukan. Ia mungkin memberi tanda tentang keadaan yang mungkin anda alami.

Jika anda kehilangan jumlah berat yang agak signifikan iaitu lebih 5% dari berat badan anda, dalam masa 6 bulan, anda disarankan untuk berjumpa doktor.

Punca Berat Badan Turun Mendadak berserta Rawatan



Tidak semua penurunan berat badan sesuatu yang serius, ia boleh berlaku selepas keadaan yang stress. Namun jika anda tidak merancang untuk menurunkan berat badan, ia mungkin petanda keadaan keadaan di bawah.

1. Kehilangan berat otot

Susut berat otot atau bahasa medikalnya muscle wasting boleh menyebabkan penurunan berat badan. Simptom utama ialah lemah otot. Anggota badan seperti kaki dan tangan juga nampak lebih kecil dan kurus.

Badan mengandungi berat lemak dan berat bukan lemak yang terdiri daripada otot, tulang dan air. Jika anda kehilang otot, berat akan turun.

Ini terjadi sekiranya otot tidak digunakan buat masa yang lama. Ia sering terjadi dalam kalangan mereka yang tidak bersenam, melakukan kerja pejabat dan mereka yang terlantar. Secara amnya, senaman dan diet yang kaya dengan protein membantu mengembalikan otot yang hilang.



Antara sebab lain kehilangan berat otot termasuk:

  • Kecederaan seperti patah tulang
  • Proses penuaan
  • Luka melecur
  • Stroke
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid arthritis
  • Osteoporosis
  • Multiple sclerosis
  • Kerosakan saraf

2. Kelenjar thyroid terlebih aktif

Hyperthyroidism atau thyroid hiperaktif, terjadi apabila kelenjar thyroid merembeskan lebihan hormon thyroxine. Hormon thyroxine mengawal banyak fungsi dalam badan termasuk metabolisma.

Jika kelenjar thyroid anda hiperaktif, anda akan membakar kalori dengan lebih cepat walaupun anda makan dengan banyak. Ini boleh menyebabkan penurunan berat badan tanpa dirancang.

Simptom lain ialah:

  • Jantung berdebar debar
  • Kelesuan
  • Tidak tahan panas
  • Sukar tidur
  • Tangan terketar
  • Perubahan haid

Antara punca kelenjar thyroid hiperaktif ialah:

  • Graves disease
  • Radang pada kelenjar
  • Lebihan iodin

Rawatan bergantung kepada punca. Secara amnya, ia dirawat menggunakan ubatan anti thyroid, rawatan iodin radioaktif dan pembedahan.

3. Rheumatoid arthritis



Ini merupakan penyakit autoimmune yang mana sel imun badan menyerang permukaan sendi menyebabkan keradangan. Keradangan yang kronik menyebabkan metabolisma berlaku pantas dan mengurangkan berat badan.

Simptom lain rheumatoid arthritis ialah:

  • Sendi yang bengkak
  • Sakit sendi
  • Kekejangan pada sendi

Rawatan bagi rheumatoid arthritis merangkumi penggunaan ubat DMARDS seperti methotrexate dan ubat bagi mengawal inflamasi seperti corticosteroid.

4. Kencing manis

Jika anda menghidapi penyakit kencing manis, sel imun menyerang sel pankreas yang menghasilkan insulin. Ini menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi. Buah pinggang akan mengeluarkan lebihan gula melalui air kencing bersama dengan kalori.

Selain itu, simptom lain kencing manis ialah:

  • Kerap buang air kecil
  • Haus
  • Kelesuan
  • Mata kabur

Rawatan penyakit kencing manis merangkumi insulin, kawalan bacaan gula, diet seimbang dan senaman.

5. Depresi



Hilang berat badan merupakan antara kesan sampingan depresi, yang bermaksud perasaan sedih, kosong selama 2 minggu. Emosi ini mengganggu kehidupan seharian seperti perkerjaan dan persekolahan.

Depresi juga memberi kesan kepada bahagian otak yang mengawal selera makan, ini menyebabkan kurang selera dan akhirnya turun berat badan.

Antara simptom lain depresi ialah:

  • Kesedihan berpanjangan
  • Hilang minat terhadap hobi
  • Kurang bertenaga
  • Kurang tumpuan
  • Kurang atau lebih banyak tidur
  • Berfikir mengenai mati dan bunuh diri
  • Mudah marah

Rawatan depresi adalah dengan menjalani terapi dan penggunaan ubat antidepresi.

6. Inflammatory bowel disease

Penurunan berat badan tanpa dirancang ialah simptom inflammatory bowel disease atau IBD. Ia merangkumi beberapa jenis penyakit radang kronik pada saluran pemakanan. Contohnya ialah Crohns disease dan Ulcerative colitis.

Ia menyebabkan badan sentiasa dalam keadaan katabolik iaitu penggunaan tenaga yang berterusan. Ia juga menganggua fungsi hormon ghrelin iaitu hormon lapar. Ini menyebabkan kurang selera makan dan turun berat badan.

Simptom lain termasuk:



  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sebu
  • Najis berdarah
  • Kelesuan

Penyakit ini dirawat menggunakan ubat anti radang, steroid, dan penjagaan diet.

7. Chronic obstructive pulmonary disease

COPD merupakan sejenis penyakit paru paru yang kronik. Ini termasuk emphysema dan chronic bronchitis. Ia merosakkan gelembung udara dalam paru paru dan menyukarkan pernafasan. Chronic bronchitis juga menyebabkan radang pada saluran pernafasan dan menghasilkan banyak mukus menyebabkan batuk dan sukar bernafas.

Dalam peringkat yang lebih serius, COPD menyebabkan susut berat badan. Kesukaran bernafas menyebabkan pembakaran kalori. Simptom COPD peringkat serius ialah masalah pernafasan, bengkak kaki dan kelesuan.

Punca utama COPD ialah merokok. Rawatannya termasuk ubatan bronchodilators, dan terapi oksigen.

8. Endocarditis

Endocarditis menyebabkan radang pada tisu jantung iaitu endocardium. Ia terjadi kerana jangkitan kuman yang masuk ke dalam darah.

Kebanyakn pesakit mempunyai demam berpanjangan dan hilang selera makan. Ini meningkatkan metabolisma dan membakar kalori menyebabkan susut berat badan.



Simptom lain ialah:

  • Batuk
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Berpeluh pada waktu malam

Ia sering terjadi kepada mereka yang mempunyai masalah injap jantung ataupun mempunyai prostetik. Rawatannya adalah antibiotik.

9. Tuberkulosis

Tuberkulosis atau TB ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti paru paru. Susut berat badan dan hilang selera makan merupakan simptom utama TB.

Ia merebak melalui udara dan simptom lainnya ialah:

  • Batuk berpanjangan
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Kelesuan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Demam

TB dirawat menggunakan antibiotik khas dikenali sebagai anti tuberkulosis selama 6 hingga 9 bulan.

10. Kanser

Kanser merupakan sekumpulan sel yang membiak secara tidak normal dan agresif. Antara tanda terawal kanser ialah penurunan berat badan yang mendadak tanpa sebab yang diketahui. Terutamanya bagi kanser pankreas, paru paru, perut dan esofagus.



Kanser menyebabkan keradangan. Ini menggalakkan kehilangan otot dan mengganggu hormon lapar dan selera makan.

Simptom awal kanser termasuk:

  • Demam
  • Kelesuan
  • Sakit
  • Perubahan kulit

Rawatan bergantung kepada jenis kanser. Namun secara amnya, rawatan termasuk pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi dan immunoterapi.

11. Addisons disease

Penyakit ini terjadi apabila sel imun menyerang kelenjar adrenal. Kelenjar tidak dapat menghasilkan hormon seperti cortisol dan aldosterone. Kortisol mengawal metabolisma dan selera. Kekurangan kortisol menyebabkan kurang selera makan dan turun berat badan.

Simptom lain penyakit ini ialah:

  • Tekanan darah rendah
  • Kelesuan
  • Otot lemah

Rawatannya adalah menggunakan ubatan yang membantu fungsi kelenjar adrenal.

12. HIV



HIV menyerang sel imun badan kita, menyebabkan kegagalan melawan jangkitan. Jika tidak dirawat, HIV akan menyebabkan AIDS. AIDS di tahap yang lebih tinggi menyebabkan susut berat badan.

Simptom lain HIV adalah:

  • Demam
  • Berpeluh malam
  • Biji limpa bengkak
  • Sakit otot

HIV dirawat menggunakan terapi anti retroviral bagi menghalang pembiakan virus.

13. Kegagalan jantung

Penurunan berat badan merupakan salah satu komplikasi penyakit kegagalan jantung. Ia terjadi apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik menyebabkan jantung menjadi bengkak.

Oleh sebab ini, saluran pemakanan tidak menerima saluran darah yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan anda cepat kenyang.

Keradangan pada tisu jantung yang rosak juga menyebabkan metabolisma meningkat.

Simptom lain kegagalan jantung ialah:

  • Sukar bernafas
  • Kerap batuk
  • Kaki bengkak
  • Jantung berdebar

Terdapat beberapa jenis ubatan yang digunakan untuk merawat kegagalan jantung seperti ACE inhibitor, beta blockers dan diuretics.

Diharapkan artikel ini, dapat memberi pengetahuan berkenaan perkara yang menyebabkan berat badan turun mendadak berserta rawatannya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Unexplained Weight Loss – Healthline
  2. Depression. (2018). NIH
  3. Diabetes symptoms. (2018).
    diabetes.org/diabetes-basics/symptoms/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =