Skip to content

10 Khasiat Buah Delima Menurut Kajian

Apakah khasiat buah delima kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan berkenaan khasiat buah delima, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalam buah delima.

Pengenalan

Buah delima atau nama saintifiknya, Punica Granatum adalah merupakan buah yang berasal daripada negara Iran. Buah delima merupakan sejenis buah yang mampu tumbuh dan hidup dalam keadaan cuaca yang gersang mahupun separa gersang. Oleh sebab itu, buah ini juga boleh dijumpai di Utara India, China, Amerika Syarikat dan juga negara di kawasan Mediterranean. Buah delima merupakan buah yang unik di mana isinya adalah berbentuk seperti biji-bijian beri atau lebih dikenali sebagai aril. Aril merupakan bahagian isi yang boleh dimakan, ianya merupakan biji-biji yang dipenuhi air dan mempunyai variasi warna daripada putih sehingga merah gelap [1].

Kandungan Nutrisi

Buah delima sememangnya kaya dengan pelbagai zat dan nutriens sehingga diberi gelaran “superfood”. Sudah pastii ianya dapat memberikan pelbagai kebaikkan tambahan kepada individu yang mengambilnya. Rajah di bawah menunjukkan kandungan makro dan mikro- nutriens yang terdapat di dalam 100g biji delima.

100g Biji DelimaKandungan Nutriens
Karbohidrat18.7g
Protein1.67g
Lemak1.17g
Serat4g
Kalsium10mg
Zat Besi0.3mg
Magnesium12mg
Fosforus36mg
Kalium236mg
Vitamin C10.2mg
Folate38µg
Vitamin B10.067mg
Vitamin B20.053mg


Sumber : USDA Food Composition Database

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di dalam Buah Delima

Anthocyanins

Anthocyanins adalah merupakan sejenis flavonoid yang terdapat di dalam buah delima. Ia akan memberikan warna kepada daun, bunga dan juga biji buah delima. Walaubagaimanapun, didapati bahawa kandungan anthocyanins di dalam biji buah delima adalah lebih tinggi berbanding dengan daun serta buahnya.

Kajian mendapati bahawa, di dalam setiap biji buah delima (aril) terdapat enam jenis anthocyanins seperti monoglycosides cyanidin dan diglucosides cyanidin (pigmen merah), delphinidin (pigmen ungu) serta pelargonidin (pigmen oren). Kesemua anthocyanins ini ditemui pada semua spesis buah delima daripada pelbagai Kawasan ia tumbuh dan hidup, tetapi kandungan keenam-enam jenis antocyanins ini adalah berbeza mengikut spesis [2].

Umumnya, anthocyanins banyak memainkan peranan sebagai anti-oksidan dengan bertindak memberi perlindungan daripada penyakit kardiovaskular yang berpunca daripada tekanan oksidatif (oxidative stress). Fungsi anti-oksidan ini juga turut menjadikan anthocyanins sebagai bio-aktif yang mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan tumor [3].

10 Khasiat Buah Delima Menurut Kajian



1. Bertindak sebagai Prebiotik

Ellagitannins adalah merupakan sejenis polifenol bio-aktif yang terdapat di dalam buah berry seperti raspberry hitam, raspberry dan juga strawberi. Buah delima juga turut kaya dengan kandungan ellagitannins, bahkan ianya merupakan polifenol yang paling banyak terdapat di dalam biji delima [3]. Ellagitannins akan mengalami proses pemecahan kompoun (hidrolisis) dan menghasilkan asid ellagic.

Seterusnya, asid ellagic ini akan melalui proses metabolisma yang dilakukan oleh mikrobiota di usus. Hasil daripada proses ini, ia akan menghasilkan urolithins [4]. Kajian mendapati bahawa kedua-dua ekstrak dan jus buah delima mampu meningkatkan jumlah probiotik, Bifidobacterium di dalam usus [5].

2. Berpotensi dalam Rawatan Kanser (Chemoprevention)

Aril mengadungi bahan bio-aktif anti-oksidan yang sangat tinggi seperti polifenol dan flavonoid. Umum mengetahui bahawa anti-oksidan adalah scavenger terhadap radikal bebas dihasilkan oleh badan yang menyebabkan kanser. Walaubagaimanapun, kompoun polifenol juga turut memainkan peranan dalam meransang proses kemusnahan/kematian (apoptosis) sel kanser [6].

Kajian mendapati bahawa esktrak buah delima berpotensi untuk melawan penyakit kanser prostat, payudara, kulit dan juga paru-paru berdasarkan kepada mekanisma seperti yang telah disebutkan di atas [7].

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Fungsi tersirat yang belum diketahui umum mengenai anti-oksidan adalah ianya menyokong tahap kesihatan sistem kardiovaskular. Kajian menemukan bahawa anthocyanins mempunyai ciri-ciri yang dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Antaranya ialah melalui fungsi anti-oksidan, merencatkan aktiviti penghasilan radikal bebas serta agen vasodilators.



Kajian yang sama juga mendapati bahawa, pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan anthocyanins mampu menurunkan paras lemak (trigliserida), kolesterol ‘jahat’ (LDL) dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ (HDL) [8].

Artikel Berkaitan:

4. Berpotensi untuk Melawan Penyakit Kanser

Tidak dapat dinafikan buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kandungan polifenol. Sebanyak 50% daripada polifenol di dalam buah delima adalah terdiri daripada punicalagins. Sebuah kajian mendapati bahawa aktiviti anti-oksidan di dalam buah delima adalah tiga kali ganda berbanding dengan wine merah (daripada anggur) dan juga teh hijau.

Selain daripada aktiviti scavenging, punicalagins juga memainkan peranan di dalam aktiviti chelation. Di dalam kajian yang sama juga turut menemukan bahawa punicalagins memainkan peranan yang sangat signifikan dengan merencatkan kerosakkan DNA akibat daripada tekanan oksidatif [9].

5. Memberi Kesan Anti Keradangan & Tahan Sakit (Antinoniception)

Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah merupakan kompaun polifenol yang ditemui di dalam buah delima yang memainkan peranan terhadap keradangan serta rasa sakit (noniception) [10]. Di dalam kajian yang lain pula mendapati bahawa kandungan kompoun polifenol di dalam ekstrak buah delima dapat menurunkan paras interleukin di dalam sel usus [11]. Sungguhpun pelbagai kajian yang menemukan keberkesanan buah delima sebagai anti-oksidan, namun mekanisma anti-oksidan yang terdapat di dalamnya masih lagi belum diketahui.

6. Menyokong dan Melindungi Sistem Saraf (Neuroprotective)



Buah delima yang kaya dengan kompoun polifenolik berpotensi untuk melindungi individu daripada penyakit Alzheimer’s dan juga hypoxic-ischemic brain injury. Kajian mendapati bahawa kompaun ellagitannins akan memainkan peranan neuroprotective dengan merencatkan tekanan oksidatif, mengurangkan penghasilan cytokines (agen keradangan) dan juga protein apoptotic [12].

Artikel Berkiatan: Apa yang anda perlu tahu tentang alzheimers

7. Berpotensi Mengawal Tekanan Darah (Anti-Hypertensive)

Kajian telah mencadangkan buah delima agar dijadikan sebagai salah satu makanan yang baik untuk jantung yang sihat. Ini adalah kerana, kesannya kebaikkannya terhadap regulasi tekanan darah. Dalam kajian yang sama mendapati bahawa pengambilan jus buah delima segar secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan darah systolic dan dystolic [13].

Dalam kajian yang lain pula menemukan bahawa anthocyanins yang diperolehi melalui diet berkait dengan penurunan risiko penyakit darah tinggi sebanyak 8% [14]. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam masih lagi perlu dijalankan terhadap keberkesanan jus buah delima dalam mengawal tekanan darah.

Artikel Berkaitan: Apa yang anda perlu tahu berkenaan tekanan darah tinggi

8. Bertindak sebagai Anti Bakteria

Salah satu khasiat buah delima adalah ia boleh bertindak sebagai anti-bakteria. Kompoun polifenol ellagitannins dan juga anthocyanins mendapat perhatian dalam pelbagai kajian termasuk sebagai anti bakteria. Kajian mendapati bahawa jus dan juga ekstrak buah delima memainkan peranan yang signifikan dalam merencatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan karies gigi (Streptococcus Mutants & Rothia Dentocariosa) [15]. Dalam sebuah kajian lain pula turut mendapati bahawa buah delima mampu melawan jangkitan bakteria daripada makanan dan juga air seperti Salmonella Thypi, Vibrio cholerae, Yersinia enterococitica, Shigella spp dan Listeria monocytogenes [16].



9. Berpotensi Menurunkan Paras Lemak

Secara keseluruhannya, tumbuhan buah delima mengandungi kadar kompoun polifenolik yang berbeza samada pada buah, daun dan juga bunganya. Ekstrak daripada daun dan juga bunga buah delima ditemui memainkan peranan dalam mengurangkan faktor risiko terhadap penyakit dyslipidemia dan juga kardiovaskular. Sebuah kajian menemui bahawa ekstrak buah delima berjaya menurunkan paras lemak di dalam haiwan yang dibekalkan dengan diet tinggi lemak dan kolesterol. Oleh yang demikian, buah delima telah dicadangkan sebagai bahan terbaik bagi kajian yang lebih mendalam terhadap masalah dyslipidemia [17].

Artikel Berkaitan: Berkenaan Obesiti. Apa yang anda perlu tahu?

10. Berfungsi dalam Penjagaan Kulit

Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah bahan polifenolik yang utama terdapat di dalam buah delima serta memainkan peranan dalam melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari (UVB). Dalam fungsi ini, kedua-dua bahan ini memainkan tugas sebagai scavenger dan juga anti-oksidan. Sebuah kajian mendapati bahawa produk kecantikkan yang berasaskan delima berpotensi untuk melindungi kulit daripada kesan buruk akibat daripada sinaran UVB matahari [18].

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan di dalam sebiji buah delima begitu memberikan impak yang baik kepada kesihatan. Namun, kesan-kesan kebaikkan seperti yang disebutkan di atas adalah berdasarkan kepada jumlah pengambilan yang tertentu. Setiap kandungan nutriens di dalam makanan akan bertindakbalas dengan enzim-enzim yang terdapat di dalam tubuh manusia dan akan mempengaruhi kesannya terhadap kesihatan. Oleh itu, pengambilan makanan secara sederhana dan berdasarkan kepada keperluan adalah lebih baik.

Oleh itu, jika anda mengalami penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi, anda perlulah meneruskan ubat yang diambil dan mendapatkan nasihat doktor perubatan

Diharapkan artikel khasiat buah delima ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuian berkenaan khasiat buah delima ini dan kandungan di dalamnya.



Khasiat Buah yang Lain

Buah TembikaiBuah Betik
Buah KulimBuah Belimbing
Buah BidaraBuah Kiwi
Buah MarkisaBuah Jambu Air
Buah CikuBuah Tin
Buah PisangBuah Anggur
Buah EpalBuah Nanas
Buah DelimaBuah Jambu Batu
Buah Zaitun

Rujukan:

  1. H. R. Rahimi, M. Arastoo, and S. N. Ostad, “A comprehensive review of Punica granatum (Pomegranate) properties in toxicological, pharmacological, cellular and molecular biology researches,” Iran. J. Pharm. Res., vol. 11, no. 2, pp. 385–400, 2012, doi: 10.22037/ijpr.2012.1148.
  2. I. Bar-Ya’akov, L. Tian, R. Amir, and D. Holland, “Primary metabolites, anthocyanins, and hydrolyzable tannins in the pomegranate fruit,” Front. Plant Sci., vol. 10, no. May, pp. 1–19, 2019,
  3. M. A. Lila, “Lila2004_JofBiomedicineandBiotechnology.pdf,” J. Biomed. Biotechnol. •, vol. 5, no. 5, pp. 306–313, 2004, [Online].
  4. J. M. Landete, “Ellagitannins, ellagic acid and their derived metabolites: A review about source, metabolism, functions and health,” Food Res. Int., vol. 44, no. 5, pp. 1150–1160, 2011, doi: https://doi.org/10.1016/j.foodres.2011.04.027.
  5. Z. Li et al., “Pomegranate ellagitannins stimulate growth of gut bacteria in vitro: Implications  for prebiotic and metabolic effects.,” Anaerobe, vol. 34, pp. 164–168, Aug. 2015, doi: 10.1016/j.anaerobe.2015.05.012.
  6. A. M. Mileo and S. Miccadei, “Polyphenols as Modulator of Oxidative Stress in Cancer Disease: New Therapeutic Strategies,” Oxid. Med. Cell. Longev., vol. 2016, 2016, doi: 10.1155/2016/6475624.
  7. P. Sharma, S. F. McClees, and F. Afaq, “Pomegranate for prevention and treatment of cancer: An update,” Molecules, vol. 22, no. 1, pp. 1–18, 2017, doi: 10.3390/molecules22010177.
  8. J. F. Reis et al., “Action mechanism and cardiovascular effect of anthocyanins: A systematic review of animal and human studies,” J. Transl. Med., vol. 14, no. 1, pp. 1–16, 2016, doi: 10.1186/s12967-016-1076-5.
  9. E. Turrini, L. Ferruzzi, and C. Fimognari, “Potential effects of pomegranate polyphenols in cancer prevention and therapy,” Oxid. Med. Cell. Longev., vol. 2015, 2015, doi: 10.1155/2015/938475.
  10. M. E. González-Trujano, F. Pellicer, P. Mena, D. A. Moreno, and C. García-Viguera, “Antinociceptive and anti-inflammatory activities of a pomegranate (Punica granatum L.) extract rich in ellagitannins,” Int. J. Food Sci. Nutr., vol. 66, no. 4, pp. 395–399, 2015, doi: 10.3109/09637486.2015.1024208.
  11. F. Mastrogiovanni et al., “Anti-inflammatory effects of pomegranate peel extracts on in vitro human intestinal caco-2 cells and ex vivo porcine colonic tissue explants,” Nutrients, vol. 11, no. 3, pp. 1–15, 2019, doi: 10.3390/nu11030548.
  12. M. Kujawska et al., “Neuroprotective effects of pomegranate juice against parkinson’s disease and presence of ellagitannins-derived metabolite—urolithin A—in the brain,” Int. J. Mol. Sci., vol. 21, no. 1, 2020, doi: 10.3390/ijms21010202.
  13. A. Sahebkar, C. Ferri, P. Giorgini, S. Bo, P. Nachtigal, and D. Grassi, “Effects of pomegranate juice on blood pressure: A systematic review and  meta-analysis of randomized controlled trials.,” Pharmacol. Res., vol. 115, pp. 149–161, Jan. 2017, doi: 10.1016/j.phrs.2016.11.018.
  14. J. Godos et al., “Dietary Polyphenol Intake, Blood Pressure, and Hypertension: A Systematic Review and  Meta-Analysis of Observational Studies.,” Antioxidants (Basel, Switzerland), vol. 8, no. 6, May 2019, doi: 10.3390/antiox8060152.
  15. G. F. Ferrazzano et al., “In_Vitro_Antibacterial _Activity_of_Pomegranate_Jui.pdf,” vol. 2017, 2017.
  16. A. B. Howell and D. H. D. Souza, “The Pomegranate : Effects on Bacteria and Viruses That Influence Human Health 1 . Introduction : Pomegranates and Their Effects on Human Bacteria 2 . Evidence for Pomegranate in Controlling Bacteria That Affect the,” Evidence-Based Complement. Altern. Med., vol. 2013, no. Figure 1, pp. 1–14, 2017.
  17. A. Sadeghipour, M. Eidi, A. Ilchizadeh Kavgani, R. Ghahramani, S. Shahabzadeh, and A. Anissian, “Lipid lowering effect of punica granatum L. Peel in high lipid diet fed male rats,” Evidence-based Complement. Altern. Med., vol. 2014, 2014, doi: 10.1155/2014/432650.
  18. B. Kobilka, “Protective effect of pomegranate derived products on UVBmediated damage in human reconstituted skin,” Bone, vol. 23, no. 1, pp. 1–7, 2012
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 6 =