Skip to content

10 Khasiat Minyak Argan Menurut Kajian

Apakah khasiat minyak argan kepada kesihatan kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat minyak argan, kandungan nutrisi dan kompoun sihat di dalam minyak ini.

Pengenalan

Minyak argan adalah merupakan minyak yang diesktrak daripada biji pokok argan (Argania Spinosa L.). Minyak argan cukup popular bahkan diberi jolokan sebagai kosmetik termahal dan juga haute cuisine. Pokok Argania ini berasal daripada negara Morocco dan mampu tumbuh serta hidup di kawasan separa gersang [1].

Kandungan Nutrisi

Untuk pengetahuan, minyak argan bukanlah sesuatu yang lazim digunakan sebagai makanan atau bahan masakan. Oleh yang demikian, tidak banyak lagi kajian yang dapat menggali kandungan nutrisi minyak ini secara lebih terperinci. Namun begitu, berdasarkan kepada USDA Food Database, minyak argan dikategorikan di bawah kumpulan minyak masak. Berikut adalah kandungan nutrisi bagi minyak argan.

NUTRIEN100g MINYAK ARGAN
Karbohidratg0
Proteing0
Lemakg100
Lemak Tepu (SFA)g17.5
Lemak Mono-Tak Tepu (MUFA)g42.5
Lemak Poli-Tak Tepu (PUFA)g37.5
Kaliummg0
Natriummg0

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di dalam Minyak Argan



Kaya dengan Kompaun Fenolik

Kompaun fenolik adalah merupakan bahan bioaktif yang biasanya akan ditemui di dalam bunga, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bijirin. Kompoun fenolik ini lazimnya akan memberikan warna kuning, merah dan juga jingga kepada makanan (buah, sayuran dan bunga) tertentu. Meskipun kajian mendapati bahawa kompaun fenolik ini adalah mikro-elemen di dalam minyak argan, namun, ianya tetap memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Antara fungsi kompoun fenolik ini adalah termasuk bertindak sebagai anti-oksidan, anti-kanser dan juga anti-mutagenik [2].

10 Khasiat Minyak Argan Kepada Kesihatan

1. Sebahagian Keperluan Penjagaan Kulit

Minyak argan sememangnya sangat popular digunakan terutama sekali dalam bidang kosmetik dan penjagaan kulit. Minyak argan kaya dengan sumber vitamin E, di mana vitamin ini memainkan peranan penting dalam melindungi kulit daripada kerosakkan akibat cahaya matahari dan juga radikal bebas. Di samping itu juga, aplikasi bahan penjagaan kulit yang mengandungi vitamin E dapat menambahbaik kelembapan kulit [3]. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam kesan vitamin E terhadap kelembapan kulit masih perlu dijalankan.

2. Berpotensi sebagai Anti-Diabetik



Kombinasi antara kandungan asid lemak, tocopherol dan juga kompaun fenolik ditemukan bahawa mampu meningkatakan paras simpanan glikogen di dalam hati [4]. Walaubagaimanapun, dapatan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan terhadap haiwan.

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Asid lemak mono-tak tepu (MUFA) dan juga poli-tak tepu (PUFA) merupakan pecahan lemak yang utama terdapat di dalam minyak argan. Pengambilan diet yang menggantikan sumber lemak tepu dengan kedua jenis asid lemak di atas dapat menurunkan paras kolesterol (LDL-cholesterol) dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Walaubagaimanapun, kalori bagi semua jenis kumpulan asid lemak di atas adalah tetap sama iaitu bersamaan dengan 9Kcal. Justeru itu, setiap individu disarankan untuk tidak mengambil minyak argan di dalam diet atau sebagai makanan tambahan secara berlebihan [5].

Artikel Berkaitan: Simptom Sakit Jantung dan Rawatan

4. Bertindak sebagai Anti-Oksidan

Umum mengetahui bahawa peranan anti-oksidan sebagai salah satu proses perlindungan badan daripada radikal bebas. Tambahan pula, vitamin E (α-tocopherol) juga turut sama memainkan peranan penting sebagai anti-oksidan iaitu dengan mengurangkan proses lipid peroxidation [6].

5. Anti Keradangan



Kajian mendapati bahawa minyak argan mempunyai potensi dalam mengurangkan keradangan. Ini adalah disebabkan oleh kandungan tocopherol, fenolik dan juga polifenol. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya ditemukan di dalam minyak argan yang diproses secara tradisional (hand-pressed) [7].

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser

Polifenol dan juga sterol yang terdapat di dalam minyak argan mempunyai ciri cytotoxic yang merencatkan proses percambahan (proliferation) sel sama ada ianya dirangsang oleh hormone atau bukan hormone. Kajian mendapati bahawa, minyak argan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser prostat [8].

7. Mengurangkan Tanda-Tanda Penuaan

Pendedahan terhadap cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan mampu meningkatan masalah pigmentasi kulit dan juga kedutan. Memandangkan vitamin E merupakan antara nutrient yang kaya terdapat di dalam minyak argan, ianya memainkan peranan penting sebagai agen photoprotective.

8. Penyembuhan Luka

Aplikasi minyak argan terhadap luka kebakaran (second degree burn) mampu mengurangkan dan menambahbaik keadaan kulit yang terbakar. Kesan ini adalah setanding dengan ubat yang digunakan untuk merawat luka kebakaran, Silvadene. Walaubagaimanapun, kajian yang dilakukan ini adalah terhadap haiwan yang mempunyai tahap responsif yang berbeza dengan manusia [9].

9. Menstabilkan Tekanan Darah



Sebuah kajian menemukan bahawa minyak argan mampu menstabilkan tekanan darah dan juga menambahbaik fungsi epitelium terhadap pengaliran darah. Kajian ini berpendapat bahawa peranan minyak argan sebagai anti-oksidan mampu mempengaruhi tekanan darah dan juga fungsi epitelium [10].

Artikel Berkaitan: Simptom Tekanan Darah Tinggi dan Rawatan

10. Komponen bagi Sistem Imuniti

Vitamin E mempunyai kepekatan yang sangat tinggi di dalam sel imuniti. Sehubungan dengan itu, ianya memainkan fungsi yang penting dalam modulasi sistem imuniti badan [11].

Kesimpulan

Meskipun banyak kelebihan yang boleh diperolehi daripada minyak argan, kajian yang lebih mendalam masih lagi perlu dijalankan pada masa akan datang. Untuk itu, adalah penting untuk mendapatkan saranan dan nasihat daripada pegawai perubatan sebelum ianya dijadikan sebahagian daripada diet.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Timun JepunKhasiat Buah Ciku
Khasiat KeladiKhasiat Air Halia
Khasiat Bunga CengkihKhasiat Ketumbar
Khasiat Air LemonKhasiat Belut
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Kelapa
Khasiat PetaiKhasiat Air Barli
Khasiat Ikan BilisKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Minyak Kelapa DaraKhasiat Jering
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Serai
Khasiat Ikan KeliKhasiat Minyak Argan

Rujukan

  1. Y. le P. de Waroux, “The Social and Environmental Context of Argan Oil Production,” 2013
  2. T. Ozcan and B. Delikanli, “Phenolics in Human Health,” vol. 5, no. 5, pp. 393–396, 2014
  3. W. Gehring, J. Fluhr, and M. Gloor, “Influence of vitamin E acetate on stratum corneum hydration.,” Arzneimittelforschung., vol. 48, no. 7, pp. 772–775, Jul. 1998.
  4. S. Bellahcen et al., “Antidiabetic and antihypertensive effect of Virgin Argan Oil in model of neonatal  streptozotocin-induced diabetic and l-nitroarginine methylester (l-NAME) hypertensive rats.,” J. Complement. Integr. Med., vol. 10, Jul. 2013,
  5. “MDA2005_MNT-Guidelines-Hyperlipidemia.pdf.” .
  6. R. Yamauchi, “Vitamin E: Mechanism of Its Antioxidant Activity,” Food Sci. Technol. Int. Tokyo, vol. 3, pp. 301–309, Jan. 1997
  7. R. Kamal et al., “In-vivo anti-inflammatory response and bioactive compounds profile of polyphenolic-extracts from edible Argan oil (Argania spinosa L.), obtained by two extraction methods,” J. Food Biochem., vol. 43, Sep. 2019
  8. H. El Monfalouti, D. Guillaume, and Z. Charrouf, “Therapeutic potential of argan oil : a review Bioactive Compounds,” pp. 1669–1675, 2010
  9. U. Avsar et al., “The Effects of Argan Oil in Second-degree Burn Wound Healing in Rats.,” Ostomy. Wound. Manage., vol. 62, no. 3, pp. 26–34, Mar. 2016.
  10. H. Berrougui et al., “Argan (Argania spinosa) oil lowers blood pressure and improves endothelial  dysfunction in spontaneously hypertensive rats.,” Br. J. Nutr., vol. 92, no. 6, pp. 921–929, Dec. 2004
  11. E. D. Lewis, S. N. Meydani, and D. Wu, “Regulatory role of vitamin E in the immune system and inflammation,” IUBMB Life, vol. 71, no. 4, pp. 487–494, Apr. 2019
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + 13 =