Skip to content

10 Khasiat Ketumbar Pada Kesihatan Menurut Kajian

Apakah khasiat ketumbar pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat ketumbar, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalam tumbuhan ini

Pengenalan

Ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum Sativum adalah merupakan sejenis herba yang datang daripada keluarga parsley (Apiaceae). Herba ini berasal daripada negara Itali dan seterusnya ditanam secara meluasnya di Netherlands, kawasan Timur dan Tengah Eropah, negara Mediterranean, Afrika Utara, China, India dan juga Bangladesh.

Ketumbar mempunyai aroma yang sangat kuat sehingga banyak digunakan di dalam pelbagai jenis masakan sama ada di dalam bentuk herba segar sehingga kepada bijinya [1].

Kandungan Nutrisi

NUTRIEN100g KETUMBAR
Karbohidratg3.5g
Proteing2.3g
Lemakg0
Seratg1.4g
Kalsiummg96mg
Zat besimg3mg
Fosforusmg58mg
Kaliummg579mg
Natriummg5mg
Vitamic Cmg135mg
Vitamin B1mg0.1mg
Vitamin B2mg0.63mg
Vitamin B3mg0.5mg
Karotinmcg1486µg


Malaysia Food Composition Database

Meskipun ketumbar tidak mengandungi sumber makronutrien utama seperti karbohidrat, protein dan lemak yang signifikan, namun, ianya kaya dengan pelbagai sumber vitamin dan juga mineral.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di dalam Ketumbar

Minyak Essential

Pada era kini, minyak essential bukanlah sesuatu yang baru lagi didengar. Terdapat pelbagai jenis minyak essential yang terdiri daripada pelbagai sumber termasuklah minyak essential daripada ketumbar. Lazimnya, minyak essential daripada ketumbar boleh didapati daripada seluruh komponen herba ini seperti daun, batang, bunga dan juga bijinya.

Walaubagaimanapun, komposisi minyak essential ini berbeza bagi setiap komponen ketumbar. Kajian mendapati bahawa, komposisi minyak essential paling tinggi daripada sumber bijinya [2].



Komponen utama yang ditemukan daripada minyak essential ketumbar ini adalah linalool. Linalool adalah sejenis alcohol yang ditemukan di dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan aroma dan rasa yang sangat kuat terutama sekali bagi tumbuhan jenis herba.

Kajian mendapati bahawa linalool yang terdapat di dalam minyak essential ketumbar ini memainkan peranan sebagai bahan antibakteria terutama sekali bakteria bawaan makanan dan juga bertindak sebagai antioksidan.

Khasiat Ketumbar kepada Kesihatan

1. Membekalkan Sumber Serat

Berdasarkan kepada 100g ketumbar, ia mengandungi sebanyak 1.4g serat. Berdasarkan kepada Recommended Nutrution Intake for Malaysia 2017, individu dewasa disarankan untuk mengambil serat sebanyak 20-30g sehari. Antara salah satu kebaikan serat adalah dapat membantu melawaskan sistem perkumuhan dan mengurangkan masalah sembelit.

Walaubagaimanapun, biasanya ketumbar digunakan sebagai garnishing dalam jumlah yang sedikit. Namun, ianya tetap boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif add-on untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat seperti yang telah disarankan.

Artikel Berkaitan: Punca Sembelit

2. Sumber Anti Keradangan

Bahan phytochemical yang utama terdapat di dalam ketumbar adalah linalool, terpenes dan linalyl acetate. Menurut kajian, ketiga-tiga phytochemical ini memainkan peranan utama mengurangkan keradangan. Walaubagaimanapun, keberkesanan ubat sintetik, Diclofenac adalah lebih efisyen berbanding dengan ketumbar.



Namun begitu, kajian yang lebih mendalam boleh dijalankan untuk membangunkan ubat anti keradangan yang berasaskan ketumbar [3].

3. Sumber Pro Vitamin A

Ketumbar merupakan salah satu tumbuhan yang mengandungi precursor kepada vitamin A yang tinggi. Berdasarkan kepada USDA Food Database, kandungan β-carotene bagi ketumbar adalah tinggi iaitu sebanyak 3930µg. Secara umumnya, vitamin A sangat popular dengan fungsinya di dalam mengekalkan tahap kesihatan mata.

Di samping itu juga, vitamin A turut mempunyai kesan sebagai anti oksidan yang memberi perlindungan kepada sel-sel tubuh daripada ancaman radikal bebas.

4. Berpotensi sebagai Anti Bakteria

Kandungan linalool yang tinggi (50-60%) pada ketumbar menjadikan ia sebagai komponen utama yang memainkan peranan penting dalam melawan bakteria. Sebuah kajian mendapati bahawa linalool yang terdapat di dalam ekstrak ketumbar yang dijadikan minyak berpotensi untuk melindungi tubuh daripada bakteria bawaan makanan [4].

5. Tinggi Aktiviti Anti Oksidan

Kandungan vitamin C dan juga kompaun finolik yang terdapat di daun, batang dan juga biji ketumbar memainkan peranan penting sebagai anti oksidan. Umumnya, anti oksidan sentiasa dikaitkan dengan pencegahan kanser disebabkan oleh perlindungan yang diberikan terhadap sel tubuh daripada radikal bebas.



Sebuah kajian mendapati bahawa, anti oksidan daripada sumber ketumbar berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada tekanan oksidatif. Di samping itu, kombinasi antara herba ini dan ubatan konvensional juga berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser [5].

6. Membekalkan Kalsium

Selain daripada susu dan produk tenusu, beberapa jenis sayuran hijau juga turut menjadi sumber makanan yang membekalkan kalsium seperti ketumbar. Kalsium sangat penting untuk keperluan tubuh terutama sekali dalam memnguatkan struktur tulang manusia.

7. Pengawet Semulajadi

Peranan penting ketumbar sebagai anti bakteria dan juga anti oksidan telah menjadikan ianya sebagai salah satu alternatif dalam proses mengawet makanan. Minyak essential yang digunakan sebagai dressing dalam masakan mampu meningkatkan jangka hayat makanan tersebut setanding dengan bahan pengawet sintetik.

Berdasarkan kepada fungsi-fungsi ini, semestinya ia dapat mengurangkan risiko penyakit jangkitan bakteria bawaan makanan [2].

8. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Keseluruhan struktur komponen ketumbar berpotensi dalam memberi perlindungan kepada salur darah daripada risiko pembentukan plak (atherosclerosis). Faktor utama yang menyumbang kepada peranan ini adalah kerana aktiviti anti oksidan yang mengurangkan proses lipid peroxidation dan juga aktiviti spesis oksigen reaktif (ros).



Ekstrak biji ketumbar telah ditemui sebagai komponen utama yang mengurangkan risiko penyakit jantung [6].

Artikel Berkaitan: Tanda Sakit Jantung dan Rawatan

9. Menstabilkan Emosi dan Mood

Kajian mendapati bahawa penggunaan minyak essential yang terdiri daripada linalool sebagai bahan utama di dalam minyak essential mampu menstabilkan mood seseorang individu.

Kandungan linalool mampu merangsang aktiviti saraf parasympathetic dan seterusnya akan menurunkan kadar tekanan darah serta denyutan jantung. Ini akan membuatkan seseorang individu itu berada dalam keadaan yang tenang [4].

10. Mengekalkan Fungsi Kognitif

Ketumbar yang diambil sebagai makanan tambahan dalam jumlah yang tertentu telah ditemukan mampu untuk meningkatkan keupayaan memori dan kemahiran kognitif dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam terhadap manusia perlu dijalankan dengan lebih meluas lagi [4].

Kesimpulan

Terdapat pelbagai kebaikan yang dibekalkan oleh ketumbar, namun begitu, sudah pasti ianya perlu diambil dalam jumlah tertentu. Pengambilan yang sederhana dan berdasarkan kepada saranan adalah lebih baik bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Bagi pesakit-pesakit kronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan mahupun pegawai dietetik.



Diharapkan artikel khasiat ketumbar ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca berkenaan dengan khasiat ketumbar ini dan kesannya pada kesihatan tubuh badan.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Timun JepunKhasiat Buah Ciku
Khasiat KeladiKhasiat Air Halia
Khasiat Bunga CengkihKhasiat Ketumbar
Khasiat Air LemonKhasiat Belut
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Kelapa
Khasiat PetaiKhasiat Air Barli
Khasiat Ikan BilisKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Minyak Kelapa DaraKhasiat Jering
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Serai
Khasiat Ikan KeliKhasiat Minyak Argan

Rujukan

  1. M. S. Baliga, P. P. Mane, J. Timothy Nallemgera, K. R. Thilakchand, and F. Kalekhan, “Chapter 5 – Dietary Spices in the Prevention of Rheumatoid Arthritis: Past, Present, and Future,” R. R. B. T.-F. and D. S. in the P. and T. of D. in O. A. Watson, Ed. San Diego: Academic Press, 2015, pp. 41–49.
  2. S. Mandal and M. Mandal, “Coriander (Coriandrum sativum L.) essential oil: Chemistry and biological activity,” Asian Pac. J. Trop. Biomed., vol. 5, no. 6, pp. 421–428, 2015,
  3. S. Kothari and V. V. Priya, “Research Article Anti-Inflammatory Activity of Coriandrum sativum using HRBC Membrane Stabilizing Method,” vol. 43, no. 12, pp. 68–70, 2017.
  4. K. Singletary, “Coriander: Overview of Potential Health Benefits,” no. January, 2021,
  5. E. L. H. Tang, J. Rajarajeswaran, S. Y. Fung, and M. S. Kanthimathi, “Antioxidant activity of Coriandrum sativum and protection against DNA damage and cancer cell migration,” 2013.
  6. P. Tsui, C. Lin, L. Ho, and J. Lai, “Spices and Atherosclerosis,” pp. 1–19,
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 9 =