Skip to content

Kematian mangsa berpunca dari pencemaran Sungai Kim Kim atau tidak?

Beberapa hari yang lepas tular satu post yang mengatakan terdapat satu kematian dikatakan berpunca daripada pencemaran di kawasan Sg Kim Kim.

Kemudian Kementerian Kesihatan Malaysia pula mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit tersebut meninggal dunia bukan disebabkan pencemaran sungai tersebut. Tetapi pesakit meninggal disebabkan kegagalan fungsi jantung atau lebih spesifik lagi dipanggil sebagai ‘Decompensated Heart Failure’.

Ramai netizen yang memberikan pelbagai pandangan dan ada juga yang merasa tidak berpuas-hati kepada kenyataan KKM berkenaan hal ini. Bahkan ada yang mengeluarkan pelbagai teori dan sebagainya.



Boleh rujuk komen-komen tersebut yang kami ambil daripada beberapa page di muka buku.
(Tujuan komen ini diambil hanya untuk menunjukkan pelbagai pendapat yang ada. Bukan untuk tujuan menghina)

Jadi ada beberapa point yang kami ingin utarakan berkenaan perkara ini.

1. Boleh ke lemah jantung menyebabkan sesak nafas?

Disebabkan pesakit ini mengalami sesak nafas, maka kebanyakkan daripada kita mengaitkan simptom pesakit dengan pencemaran yang berlaku di Sg Kim Kim. Ini mungkin disebabkan salah satu simptom yang dialami oleh mangsa-mangsa di Sg Kim Kim sebelum ini adalah masalah sesak nafas.

Tetapi tahukah anda terdapat pelbagai lagi punca yang boleh menyebabkan masalah sesak nafas termasuk masalah lemah jantung atau kegagalan fungsi jantung.

Disebabkan ramai yang mempertikaikan bagaimana masalah lemah jantung ini boleh menyebabkan kematian, maka kami huraikan serba sedikit mengenai hal tersebut.

2. Kenapa kalau lemah jantung, boleh jadi sesak nafas?



Masalah lemah jantung ini bermaksud jantung tidak mampu mengepam darah mengikut kemampuan dia sama seperti sebelum ini. Sebagai contoh dulu jantung pesakit dahulunya boleh mengepam darah sebanyak 2 liter dalam satu minit(ni contoh sahaja). Tetapi apabila pesakit mengalami lemah jantung, pesakit hanya mampu mengepam 1 liter sahaja dalam satu minit.

Jadi darah lagi 1 liter ni nak pergi mana? Inilah darah yang akan bersesak-sesak dibahagian paru-paru. Disebabkan isipadu darah tersebut terlampau banyak di dalam saluran darah dibahagian paru-paru, ia akan menyebabkan air daripada saluran darah diperah masuk ke dalam bahagian alveolar iaitu bahagian untuk pertukaran gas.

Dia macam getah paip yang kita masukkan air dengan jumlah yang banyak dan hujungnya kita bagi bukaan kecil sahaja. Tekanan pada dinding getah paip itu akan menyebabkan ia bocor. Lalu memancut keluarlah air daripada dinding getah paip tersebut,

Jadi begitu juga dengan mereka yang mengalami masalah kegagalan jantung. Jantung tidak boleh mengepam darah dengan efisien menyebabkan darah terkumpul banyak di dalam paru-paru. Ini menyebabkan air masuk ke dalam kawasan pertukaran gas iaitu kawasan alveolar.

Kemudian disebabkan ada air di dalam kawasan alveolar, maka pertukaran gas oksigen tidak dapat berlaku dengan efisien dan kandungan oksigen dalam darah pun berkurangan. Sebab tu dikatakan kandungan oksigen dalam darah berkurangan. Ia disebabkan air itu memenuhi kawasan paru-parunya.

Kemudian, apabila oksigen berkurangan dalam darah, badan secara automatiknya akan bernafas dengan lebih laju dan pesakit akan tercungap-cungap untuk mengambil udara supaya oksigen dalam badan meningkat.

Tetapi paru-paru sudah pun dipenuhi dengan air. Jadi bernafas laju pun tidak akan meningkatkan kandungan oksigen dalam badan hingga ke tahap yang normal.

3. Ini diterukkan dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal

Bila tekanan darah terlalu tinggi, seperti yang saya katakan tadi, ia akan menyebabkan lebih banyak air itu diperah keluar daripada saluran darah ke dalam paru-paru.



Dan perkara ini bukan sahaja berlaku dikawasan paru-paru. Ia juga boleh berlaku dikawasan kaki pesakit tersebut juga. Air daripada saluran darah akan diperah untuk masuk ke tisu sekeliling bahagian kaki. Ini menyebabkan kaki seseorang pesakit lemah jantung itu bengkak. (Baca berkenaan kaki bengkak)

Ia bengkak dibahagian kaki kerana ia mengikut graviti. Jika anda berjalan menggunakan tangan, maka tangan anda juga akan bengkak jika anda mengalami masalah jantung

4. Apakah yang menyebabkan lemah jantung ini semakin teruk?

Selalunya akan terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah lemah jantung ini menjadi lebih teruk hingga menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru.

Faktor faktor ini selalunya akan menyebabkan jantung menjadi terbeban

Beberapa punca tersebut adalah:

  1. Minum air secara berlebihan.
  2. Mengalami jangkitan kuman
  3. Tekanan darah yang tidak terkawal
  4. Serangan sakit jantung
  5. dan beberapa punca yang lain

Bahkan jika kita lihat kenyataan menteri pun ada menyatakan pesakit ini mengalami batuk 3 hari terlebih dahulu dan demam sehari. Mungkin pada ketika itu pesakit mengalami jangkitan kuman hingga menyebabkan masalah lemah jantung menjadi lebih teruk.

5. Adakah pencemaran Sg Kim Kim akan menyebabkan lemah jantung menjadi lebih teruk?

Kemungkinan besar adalah tidak. Sepatutnya bahan-bahan tersebut tidak akan menyebabkan kaki bengkak, tidak menyebabkan tekanan darah menjadi lagi tinggi dan sebagainya. Sepatutnya pesakit akan mengalami gejala sesak nafas tanpa mempunyai simptom lemah jantung yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 1 =