Skip to content

Obesiti meningkatkan risiko untuk menghidapi 13 jenis kanser

Kajian mendapati terdapat hubungan di antara obesiti dengan mereka yang menghadapi kanser. Dimana 40% daripada mereka yang mempunyai masalah kanser adalah obese.Kajian tersebut bukanlah terus mengesahkan bahawa obesiti penyebab kepada kanser. Tetapi ia menunjukkan wujudnya hubungan di antara mereka yang lebih berat badan dan juga penyakit kanser.

Akan tetapi kajian tersebut menyatakan mereka yang obese ataupun terlebih berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser. Kajian ini melibatkan sampel yang besar iaitu sebanyak 630000 orang US pada tahun 2014. Kesemuanya melibatkan 13 jenis kanser.

13 jenis kanser tersebut adalah:



Disebabkan perkara ini masih baru, kebanyakan masyarakat masih tidak sedar bahawa obesiti itu akan meningkatkan risiko mereka untuk mendapat penyakit kanser.

“Kajian yang menyatakan obesiti dan lebih berat badan boleh menyebabkan kanser adalah sesuatu yang mengejutkan bagi masyarakat. Manakala, kesedaran berkenaan perkara ini masih rendah dikalangan mereka,” Kata Dr Anne Schuchat, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Di dalam kajian tersebut, para pengkaji meneliti data di US daripada tahun 2005 sehingga tahun 2014.

Penemuan mereka adalah:

  • Daripada semua yang menghidapi kanser, 55% perempuan dan 24% lelaki mempunyai masalah oebsiti dan juga berlebihan berat badan
  • Kanser yang mempunyai hubungan dengan obesiti meningkat sebanyak 7% daripada tahun 2005 kepada 2014 bersamaan dengan peningkatan kadar obesiti di US.
  • Kecuali kanser usus, ia meningkat dikalangan penduduk yang kurang daripada umur 75 tahun

Laporan ini telah diterbitkan pada 3 Oktober 2017 dalam laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(Centers for Disease Control and Prevention)



Tetapi ada berita baik. Ini kerana terdapat kajian awal yang menunjukkan penurunan berat badan mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser. Oleh itu, jika kita turunkan berat badan bukan sahaja ia boleh mengelakkan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Malah ia boleh mengelakkan penyakit kanser

Dr Farhan Islami, Pengarah Strategik untuk kajian pengawasan kanser bagi persatuan kanser Amerika(American Cancer Society). Dia menyatakan, “Adalah penting untuk sedar bahawa hanya beberapa peratus sahaja di dalam pengiraan tersebut menunjukkan kanser berhubung kait dengan obesiti.”

Dia juga menambah,”Terdapat banyak lagi faktor risiko kanser seperti merokok, gaya hidup, pengambilan alkohol, jenis perkerjaan dan sebagainya. Kebanyakkan kanser yang lain masih tidak diketahui puncanya.”

Manakala ‘World Cancer Researh Fund‘ pula menganggarkan “20 peratus daripada keseluruhan kanser di US adalah disebabkan kombinasi berlebihan berat badan, kurangnya aktivi fizikal, pengambilan alkohol dan kekurangan nutrisi yang sepatutnya”.

Bagaimanakah kanser boleh disebabkan obesiti?

Beberapa mekanisma boleh dijelaskan mengapa obesiti boleh meningkatkan risiko kepada beberapa jenis kanser

  • Mereka yang obese selalunya mempunyai keradangan rendah yang kronik dan dengan masa keradangan tersebut akan menyebabkan kerosakan DNA yang menyebabkan kanser. Sebagai contoh mereka yang obese selalu mengalami masalah Gastroesophageal reflux dimana jus gastrik dalam perut naik ke atas esofagus. Jus gastrik ini akan menyebabkan keradangan pada dinding esofagus. Keradangan yang lama(kronik) menjadi punca berlakuknya kanser pada dinding esofagus. Obesiti juga menyebabkan kehadiran batu hempedu yang menjadi punca keradangan kronik pada pundi hempedu. Ia akan menyebabkan kanser pada pundi hempedu
  • Tisu lemak(iaitu tisu adipos) pula akan menghasilkan hormon estrogen yang berlebihan. Hormon estrogen yang berlebihan ini merupakan salah satu penyebab kepada kanser payu dara, kanser rahim, kanser ovari dan beberapa jenis kanser yang lain.
  • Orang yang obese juga selalunya mempunyai bacaan hormon insulin yang tinggi dalam darah. Ia adalah salah satu faktor risiko untuk menghidapai kanser usus, buah pinggang, prostat dan juga kanser rahim

Kesimpulan

Obesiti telah menjadi salah satu faktor risiko yang akan membuatkan seseorang itu menghidapi kanser. Oleh itu, perlulah kita berusaha untuk mengekalkan berat badan ideal supaya ia tidak berlebihan ataupun dalam kategori obese

Rujukan:

  1. Farhad Islami, M.D., Ph.D., strategic director, cancer surveillance research, American Cancer Society; Oct. 3, 2017, media briefing with Anne Schuchat, M.D., deputy director, and Lisa Richardson, M.D., M.P.H., director, division of cancer prevention and control, both U.S. Centers for Disease Control and Prevention; Oct. 3, 2017
  2. Gregor MF, Hotamisligil GS. Inflammatory mechanisms in obesity. Annual Review of Immunology 2011; 29:415-445.
  3. Randi G, Franceschi S, La Vecchia C. Gallbladder cancer worldwide: geographical distribution and risk factors. International Journal of Cancer 2006; 118(7):1591-1602.
  4. Gallagher EJ, LeRoith D. Obesity and diabetes: The increased risk of cancer and cancer-related mortality. Physiological Reviews 2015; 95(3):727-748.
  5. Sumber featured image: medicalnewstoday.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × three =