Skip to content

Bronkitis: Punca, Simptom dan Rawatan

Bronkitis adalah keradangan dalam saluran paru-paru iaitu saluran bronkial. Saluran ini membawa udara daripada tekak ke dalam bahagian paru-paru.

Pesakit yang mempunyai masalah ini selalunya mempunyai kahak yang likat dan batuk yang lama.

Bronkitis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut dan juga kronik. Bronkitis akut selalunya disebabkan jangkitan kuman pada saluran pernafasan.



Manakala bronkitis kronik pula disebabkan iritasi dan juga keradangan yang kronik dalam saluran pernafasan selalunya disebabkan asap rokok.

Simptom dan Tanda Bronkitis

Beberapa simptom yang boleh dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah ini adalah:

Jika anda mengalami masalah bronkitis akut, selalunya anda akan mengalami simptom yang ringan seperti selesema, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Selalunya simptom ini akan sembuh selepas daripada seminggu dan batuk pula akan berterusan untuk beberapa minggu.

Bronkitis kronik pula bermaksud batuk berkahak lebih daripada 3 bulan dimana ia akan berlaku dalam sela masa 2 tahun.

Jika anda mengalami masalah bronkitis kronik, anda selalunya akan mempunyai waktu dimana batuk tersebut menjadi lebih teruk. Pada ketika itu, mungkin terdapat jangkitan kuman yang sedang berlaku.

Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?



Jika anda mempunyai simptom seperti ini, anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Bronkitis

Punca-punca untuk bronkitis akut adalah:

  • Jangkitan Virus – Selalunya akan baik dengan sendirinya tetapi memerlukan masa berminggu-minggu
  • Jangkitan bakteria

Punca bagi bronkitis kronik pula adalah:

  • Perokok
  • Pencemaran udara
  • Gas toksik daripada tempat kerja seperti lombong asbestos atau silica

Individu Berisiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan masalah ini iaitu:

  • Merokok: Mereka yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah bronkitis kronik
  • Masalah sistem imun: Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit kencing manis, pesakit HIV dan kanser lebih terdedah kepada jangkitan kuman dan juga masalah bronkitis.
  • Pendedahan bahan toksik di tempat kerja: mereka yang kerja di lombong ataupun tempat pembuatan kain lebih terdedah kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan dalam saluran paru-paru.
  • Asid refluks(GERD): Asid refluks yang berlaku berulang kali boleh menyebabkan seseorang itu mengalami bronkitis dalam suatu masa yang lama.

Ujian Pemeriksaan

Pada mulanya susah untuk doktor membezakan seseorang itu mengalami selesema batuk biasa dengan masalah bronkitis. Tetapi jika batuk itu lebih daripada 2 minggu, maka pesakit berkemungkinan besar mengalami masalah ini.

Beberapa ujian yang akan dibuat adalah:

1. X-ray

Ujian ini dapat membezakan seseorang itu mempunyai jangkitan kuman paru-paru ataupun tidak. Selalunya mereka yang mempunyai bronkitis ini tidak akan mempunyai perubahan pada x-ray paru-parunya.



2. Ujian kahak

Selalunya ujian ini dibuat jika batuk sudah melebihi 2 minggu. Ia penting untuk mengesan penyakit Tibi ataupun kuman yang menyebabkan seseorang itu batuk lama.

Rawatan Bronkitis

Kebanyakan masalah bronkitis akut selalunya akan baik selepas beberapa minggu tanpa memerlukan apa-apa rawatan.

Ubat-ubatan

Ubat yang selalu diberikan adalah lebih kepada rawatan sokongan iaitu

  • Ubat batuk seperti ubat diphenhydramine(Benadryl)
  • Ubat cair kahak seperti bromhexine
  • Ubat asma jika pesakit mengalami asma

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan antibiotik kerana kebanyakan masalah ini adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya.

Cara Mengelakkan Bronkitis

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini iaitu:

  • Berhenti merokok: ini kerana merokok meningkatkan risiko untuk mengalami bronkitis kronik.
  • Elakkan daripada kawasan merokok
  • Ambil vaksin: Vaksin influenza dapat mengelakkan anda daripada mengalami jangkitan virus tersebut jesteru mengurangkan kebarangkalian untuk anda menghadapi masalah bronkitis
  • Sentiasa basuh tangan: untuk mengelakkan jangkitan kuman daripada orang lain.

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. What is bronchitis? National Heart, Lung, and Blood Institute.
  2. Bronchitis (chest cold). Centers for Disease Control and Prevention.
  3. Tintinalli JE, et al. Acute bronchitis and upper respiratory tract infections. In: Tintinalli’s Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide. 8th ed. New York, N.Y.: The McGraw Hill Companies; 2016.
  4. Antibiotics aren’t always the answer. Centers for Disease Control and Prevention.
  5. Harris AM, et al. Appropriate antibiotic use for acute respiratory tract infection in adults: Advice for high-value care from the American College of Physicians and the Centers for Disease Control and Prevention. Annals of Internal Medicine. 201;164:425.
  6. Jong EC, et al. Travel with chronic medical conditions. In: Travel and Tropical Medicine Manual.4th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier, 2008.
  7. Fishwick D, et al. Occupational chronic obstructive pulmonary disease: A standard of care. Occupational Medicine. 2015;65:270.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 7 =