Skip to content

Adakah bungkusan air plastik ini selamat?

Kebanyakan daripada kita sangat gemar membeli air bungkus ikat tepi seperti dalam gambar dibawah. Bahkan ada yang membeli air seperti ini hanya semata-mata supaya isipadu air tersebut banyak. Jadi boleh minum air tersebut dalam kuantiti yang banyak hingga kenyang.

Air dalam plastik letak dalam mangkuk menjadi trending terutamanya di kedai mamak

Tetapi tahukah anda ia boleh memberi kesan sedikit sebanyak kepada kesihatan anda.

Seorang pensyarah dan juga Ahli toksikologi Unitversiti Malaya iaitu Prof Dr Mustafa Ali menyatakan bahawa plastik bungkusan bukan sahaja tidak bagus untuk alam sekitar malah kompaun pada plastik tersebut masih lagi tidak dibuktikan selamat.



Menurut beliau plastik seperti ini mengandungi kompaun Bisphenol A(BPA) yang boleh meresap dan larut ke dalam makanan ataupun air apabila:

  • Bersentuhan dengan lemak seperti dalam susu ataupun pada daging
  • Bersentuhahan dengan bahan yang mempunyai asid seperti air oren dan juga air limau
  • Air panas seperti teh tarik dan kopi juga boleh menyebabkan kompaun BPA pada plastik tersebut meresap ke dalam air minuman

BPA ini merupakan salah satu kompaun yang digunakan dalam plastik untuk menjadikan plastik itu lebih kuat dan mengelakkan ia menjadi kekuningan.

Akan tetapi pendedahan pada manusia dalam jangkamasa lama boleh menyebabkan individu tersebut mengalami masalah tiroid dan juga kencing manis. Bahkan ia juga boleh mengganggu kesuburan seseorang terutamanya lelaki kerana BPA ini juga boleh bertindak seperti hormon estrogen yang akan mengganggu fungsi reproduktif seorang lelaki.

Walaupun BPA telah diharamkan penggunaannya pada botol susu pada tahun 2012, tetapi ia masih lagi digunakan pada plastik yang lain termasuk plastik bungkusan air. Mereka yang terdedah pada bahan ini sejak kecil mungkin akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesuburan ketika besar.

Ada sesetengah syarikat plastik ini membantah perkara tersebut dan menyatakan mereka masih lagi mengikuti piawaian daripada FDA. Ini mungkin disebabkan masih kurang lagi kajian yang menunjukkan bahayanya BPA ini pada manusia.



Walaupun kompaun BPA dalam plastik tersebut adalah sangat rendah, tetapi ia masih lagi tidak dibuktikan selamat pada manusia dan alangkah baiknya jika kita dapat menukarkan bungkusan tersebut kepada bekas lain yang lebih mesra alam dan tidak memberi kesan kepada kesihatan kita.

Kalau anda berubah, anda bukan sahaja menyelamatkan diri anda. Bahkan anda juga menyelamatkan alam sekitar.

Rujukan:

  1. Expert: Many plastic food wrappers and containers unsafe – The Star
  2. Johanna R.Rochester. Bisphenol A and human health: A review of the literature. Reproductive Toxicology. Volume 42, December 2013, Pages 132-155. https://doi.org/10.1016/j.reprotox.2013.08.008
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − ten =