Skip to content

Seorang lelaki lumpuh berpunca daripada Najis Gergasi

Seorang warga Australia telah mengalami kelumpuhan pada salah satu kakinya dan telah dikejarkan ke hospital disebabkan masalah tersebut. Ketika sampai di hospital, doktor terkejut kerana pesakit ini tidak membuang air besar selama 40 hari. Komplikasi daripada perkara tersebut, najis gergasi itu telah menghimpit saraf dan juga salur darah yang berhubung dengan bahagian kaki.

Pesakit yang berusia 53 tahun ini telah dikejarkan ke jabatan kecemasan dengan masalah sakit perut selama 3 hari. Tetapi pesakit itu juga mempunyai simptom yang lain daripada yang lain iaitu lumpuh sebelah kaki kanan sahaja. Ini menjadi tanda tanya kepada doktor perubatan ketika itu.

Dalam laporan perubatan yang dibuat, pemeriksaan pada ketika itu mendapati kaki kanannya tidak mempunyai denyutan nadi dan berasa sangat sejuk. Perkara ini berlaku kerana himpitan pada saluran darah yang berhubung dengan kaki tersebut menyebabkan tiada darah yang pergi ke kaki kanannya. Laporan kes ini telah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British.



Pesakit sendiri tidak mempunyai apa-apa sejarah penyakit sebelum ini, tidak mengambil dadah dan tidak mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular. Apa yang mengejutkan, pesakit menyatakan yang dia sudah tidak buang air besar selama 40 hari. Cuba bayangkan kita yang baru beberapa hari tidak buang air besar pun akan merasa sangat tidak selesa. Inikan warga Australia itu pula.

Pemeriksaan bahagian dubur telah mengesahkan pesakit mempunyai najis yang sangat keras dan susah untuk dikeluarkan.

Ct-scan abdomen pesakit (Sumber: British Medical Journal)

Prosedur pengimejan iaitu CT-scan bahagian abdomen telah dilakukan. Ia menunjukkan kehadiran tahi yang terlalu banyak hingga ia memenuhi abdomen. Tahi yang terlalu banyak ini telah memberi tekanan di dalam bahagian abdomen dan menyebabkan kawasan sekeliling juga terhimpit termasuk saluran darah.

Lihat pada bahagian kanan abdomen, ia telah dipenuhi dengan tahi dan menyebabkan himpitan pada salur darah dan saraf dibahagian tersebut. Perkara ini telah menyebabkan pesakit mengalami kebas kaki dan lumpuh.

Disebabkan tiada lagi darah yang dipam ke kaki pesakit, ia boleh menyebabkan sel kaki tersebut mati dan mengalami gangrene. Bahkan pesakit pada ketika itu juga sedang mengalami kegagalan buah pinggang mungkin disebabkan himpitan najis tersebut. Oleh itu, pembedahan perlu dibuat ketika itu juga untuk mengeluarkan najis gergasi tersebut.

“Daripada pembedahan itu, sebanyak 2 liter najis dikeluarkan daripada usus tersebut”



Setelah najis gergasi itu dibuang, pesakit telah diberi ubat sembelit bagi mengeluarkan lembihan najis yang ada. 4 hari selepas berada di dalam ICU, pesakit telah dibenarkan masuk ke dalam wad biasa. Pesakit mengambil masa 13 hari secara keseluruhan untuk pulih dan berjalan seperti biasa.

Kes seperti ini bukanlah kali pertama ditemui. Sebelum ini terdapat satu kes dimana pesakit tidak buang air besar hingga menyebabkan pesakit tersebut meninggal dunia.

Oleh itu, anda dinasihat untuk berjumpa dengan doktor jika telah tidak buang air selama seminggu.

SHARE DAN TAG RAKAN ANDA YAGN SUKA TAHAN BERAK!!!

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − ten =