Skip to content

Mereka yang berjalan laju akan hidup 15-20 tahun lebih panjang daripada orang biasa.

Orang yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat umur yang lebih panjang berbanding mereka yang berjalan lambat. Ini merujuk kepada kajian yang telah dibuat pada lebih kurang 475,000 orang berserta cara dia berjalan.

Kajian ini dimulakan pada umur mereka 50 tahun sehinggalah mereka meninggal dunia.

Definisi berjalan laju yang diberikan oleh pengkaji tersebut adalah berjalan lebih daripada 100 langkah dalam masa seminit.

Akan tetapi dalam kajian ini, ianya melibatkan pelaporan daripada peserta sahaja sama ada mereka berjalan secara lambat, sederhana ataupun laju.



Peserta yang berjalan laju mempunyai had umur yang lebih panjang untuk semua kategori BMI. Bermaksud walaupun anda mempunyai BMI yang obese, tetapi jika anda berjalan laju, maka anda mungkin mempunyai kurang risiko untuk mati lebih awal. Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Mayo Clinic Proceedings

Pengkaji menyatakan daripada kajian ini ia menunjukkan fungsi fizikal seseorang mempunyai faktor yang kuat bagi menentukan jangka hayat ataupun kesihatan seseorang berbanding BMI. Ia juga menunjukkan walaupun BMI seseorang itu tinggi, tetapi jika dia mempunyai kecergasan yang bagus, maka umurnya mungkin akan lebih panjang berbanding orang lain.

Sebaliknya, seseorang yang berjalan lambat itu mempunyai jangka hayat yang lebih pendek walaupun dia berada di dalam kategori BMI yang normal.

Dalam kajian itu melaporkan wanita yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat hingga 87 tahun berbanding wanita yang berjalan lambat iaitu pada umur 72 tahun.

Lelaki yang berjalan pantas pula mempunyai jangka hayat hingga 86 tahun berbanding yang berjalan lambat iaitu pada umur 65 tahun.

Secara puratanya terdapat 15 hingga 20 tahun perbezaan diantara mereka yang berjalan pantas dan lambat.



Jamie Hickey, salah seorang jurulatih dan pakar nutrisi menyatakan “Kajian ini memberitahu kami bahawa jika anda berjalan secara pantas anda telah melakukan senaman kardio yang rendah dan jika ianya dilakukan secara kerap, maka ia boleh menguatkan jantung anda. Jadi tidak kira anda terlebih berat badan ataupun tidak, berjalan pantas dapat menguatkan jantung dan memanjangkan umur anda.

Kesimpulan

Walaupun kajian ini secara spesifik mengatakan jangka hayat umur anda bertambah jika anda berjalan dengan pantas tanpa mengambil kira BMI, bukanlah bermaksud selepas ini anda tidak kisah dengan BMI anda dan anda boleh makan sesukati hati.

Tetapi ia merujuk kepada perlunya anda sentiasa berada di dalam keadaan aktif walaupun anda pada ketika itu sedang berjalan.

Jadi gunakan masa yang terluang seperti berjalan untuk bersenam dengan cara berjalan lebih laju daripada biasa.

Rujukan:

  1. Francesco Zaccardi, MD, PhDa, Melanie J. Davies, MD, Kamlesh Khunti, MD, PhD, Tom Yates, PhD. Comparative Relevance of Physical Fitness and Adiposity on Life Expectancy. A UK Biobank Observational Study. June 2019 Volume 94, Issue 6, Pages 985–994. DOI: https://doi.org/10.1016/j.mayocp.2018.10.029
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − two =