Skip to content

Kanak-kanak bawah 5 tahun tidak boleh menghadap skrin lebih 1 jam

Zaman telah berubah. Ibubapa zaman kini lebih mahu memberikan anak pereka penenang yang bertindak cepat berupa gajet. Untuk mengelakkan anak mereka mengamuk di pasar raya ataupun tempat makan, maka gajet dihidangkan kepada anak mereka supaya tidak meragam.

Tetapi perkara ini telah memberi impak yang besar kepada masyarakat awam sebenarnya.

Kajian terbaru telah menunjukkan:

Kanak-kanak yang terdedah kepada skrin pada waktu yang lama akan mempunyai perkembangan motor, kemampuan untuk bersosial dan juga berbahasa yang lambat berbanding kanak-kanak yang lain.

Bahkan ia juga meningkatkan insiden obesiti, kanser, penyakit kronik dan juga kematian mengejut diawal usia disebabkan mereka tidak begitu aktif di awal usia mereka.



Disebabkan perkara ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) telah mewujudkan garis panduan untuk menangani masalah ini.

Garis panduan terbaru ini adalah hasil daripada kajian yang telah diperolehi sebelum ini dan ia melibatkan pelbagai jenis pakar di dalam penghasilannya.

Dalam garis panduan ini, ia akan meminta ibubapa untuk menekankan 3 aspek penting bagi seseorang kanak-kanakn untuk mereka membesar dengsan sihat. 3 aspek itu adalah untuk

  1. Meningkatkan aktiviti fizikal,
  2. Mengurangkan gaya hidup yang tidak sihat (seperti asyik menghadap skrin sepanjang hari)
  3. Memastikan kanak-kanak mempunyai kualiti tidur yang baik supaya mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental.

Gagalnya ibubapa dalam mematuhi perkara ini mungkin akan menjerumuskan anak mereka ke dalam statistik kematian mengejut sebanyak 5 billion setiap tahun.

Jadi apa tugas ibubapa:

Tugas mereka adalah untuk menyuruh golongan kanak-kanak ini untuk mula bermain semula.

Saranan WHO



Kanak-kanak kurang setahun

  • Jadikan kanak-kanak aktif secara fizikal dengan cara bermain secara interaktif dengan mereka. Bagi kanak-kanak yang masih lagi tidak boleh merangkak atau bergerak, anda boleh letakkannya dalam keadaan meniarap sekurang-kurangnya 30 minit ketika mereka jaga.
  • Elakkan mereka terikat pada kerusi atau stroller lebih daripada 1 jam.
  • Pendedahan pada skrin tidak disarankan kepada kanak-kanak kurang setahun.
  • Berikan mereka tidur yang mencukupi(14 hingga 17 jam)

Kanak-kanak 1-2 tahun

  • Penuhkan masa sebanyak 180 minit dalam sehari untuk membuat aktiviti fizikal seperti bermain, berlari dan sebagainya.
  • Elakkan kanak-kanak terikat pada kerusi atau stroller lebih daripada 1 jam.
  • Elakkan mereka daripada mengadap skrin lebih daripada 1 jam. Jika masa menghadap skrin dapat dikurang lagi, itu adalah lebih baik.
  • Dapatkan tidur yang berkualiti iaitu 11-14 jam tidur

Kanak-kanak 3-4 tahun

  • Penuhkan masa sebanyak 180 minit dalam sehari untuk membuat aktiviti fizikal. Gunakan 60 minit tersebut untuk membuat aktiviti fizikal yang lebih berat.
  • Elakkan kanak-kanak terikat pada kerusi atau stroller lebih daripada 1 jam.
  • Elakkan mereka daripada mengadap skrin lebih daripada 1 jam sehari. Jika kanak-kanak tersebut sedang duduk dalam keadaan yang lama, berinteraksilah dengan cara membaca buku ataupun menceritakan sebarang kisah kepadanya.
  • Dapatkan tidur berkualiti iaitu di antara 10 hingga 13 jam termasuk tidur ditengah hari atau petang.

Jadi jika pada waktu petang, anak anda ingin bermain bola atau ingin bermain bersama-sama, berikanlah masa tersebut kepada mereka sebab ini boleh mengelakkan mereka daripada mengalami penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi di masa hadapan.

Rujukan:

  1. https://www.who.int/news-room/detail/24-04-2019-to-grow-up-healthy-children-need-to-sit-less-and-play-more
  2. Madigan S, Browne D, Racine N, Mori C, Tough S. Association Between Screen Time and Children’s Performance on a Developmental Screening Test. JAMA Pediatr. Published online January 28, 2019173(3):244–250. doi:10.1001/jamapediatrics.2018.5056
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =