Skip to content

Gambar bagaimana Virus COVID-19 menakluk sel paru-paru manusia

Anda sedang melihat SARS-CoV-2 iaitu sejenis virus (coronavirus) yang bertanggungjawab menyebabkan Covid-19 dan bukan sahaja telah merosakkan tahun 2020 anda, tetapi juga memberi perubahan kepada seluruh dunia.

New England Journal of Medicine melaporkan bahawa beberapa gambaran jelas mengenai virus SARS-CoV-2 yang menjangkiti sel-sel bronkus telah dikeluarkan oleh para saintis daripada University of North Carolina School of Medicine. Kebiasaannya, sel-sel ini ditemui di bahagian utama lorong ke paru-paru, tetapi gambar tersebut diambil daripada bahagian bronkus yang telah diletakkan atas piring petri untuk tujuan pengimejan.

“Gambar-gambar kultur yang dijangkiti SARS-CoV-2 ini menunjukkan sel-sel cilia menjadi penuh dengan virus yang telah mengeluarkan saiz zarah virus dalam jumlah besar, menjadikan keadaan ini sebagai alasan yang kukuh untuk anda sentiasa memakai topeng muka bagi mengekang penularan SARS-CoV-2”, kata Camille Ehre, seorang penolong profesor di Institut Perubatan Marsico Lung University of North Carolina School yang mengambil gambar itu, IFLScience memberitahu.



Koronavirus yang dimaksudkan dapat dilihat seperti beratur-ratus titik tabur kecil (berwarna merah dalam gambar di bawah) yang menutupi cilia (berwarna turqoise) pada permukaan sel. Saiz virus sangat kecil, sama seperti SARS-CoV-2 yang berukuran antara 50 hingga 200 nanometer diameter. Untuk perbandingan, sel darah merah manusia berukuran sekitar 7,000 nanometer. Ini bermaksud virus-virus ini adalah terlalu kecil untuk dilihat dengan mikroskop cahaya dan hanya dapat dilihat dengan mikroskop elektron.

Gambar berwarna SARS-CoV-2

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, terdapat sebilangan besar virion (seluruh zarah virus) yang dihasilkan dan dilepaskan oleh sel dalam sistem pernafasan manusia. Lihatlah betapa efektifnya patogen ini dapat menyerang dan membanjiri tubuh manusia; dengan hanya menggunakan sel hos manusia sebagai “mesin” untuk menghasilkan salinan sel tersendiri, yang kemudiannya akan terus tersebar ke sel-sel baru yang lain.

“Pemerhatian yang paling menonjol ialah jumlah virion yang dihasilkan oleh hanya satu sel yang dijangkiti. Sebilangan daripada sel ini akan dipenuhi dengan virus sehingga mereka membulat dan terkeluar daripada lapisan epithelium, di mana ia memberi tanggapan bahawa sel-sel itu akan meletup dan menjadi alat yang sesuai untuk virus terus menjangkiti paru -paru distal secara aspirasi atau keluar melalui hidung untuk menjangkiti individu seterusnya”,kata Ehre.

Anda juga boleh melihat sebahagian struktur SARS-CoV-2. Virus terdiri daripada lebih dari satu RNA yang diliputi dalam lapisan lipid dan spike protein. Koronavirus mendapat nama daripada spike protein mereka, yang dikatakan berbentuk seperti mahkota, atau “corona” dalam bahasa Latin. Spikes yang digambarkan sebagai garis besar kabur dalam gambar di atas merupakan kunci yang digunakan oleh patogen untuk memasuki sel hos.



“Virus SARS-CoV-2 dilepaskan dalam gumpalan atau kelompok besar,” tambah Ehre. Oleh itu, banyak kandungan virus (viral load) tersedia boleh tersebar antara individu yang dijangkiti serta menjangkiti epitelium olfaktori (berkenaan dengan deria bau), yang jelas mengakibatkan gejala umum seperti hilang deria bau dan mulut kering jika  ia menjangkiti kelenjar air liur. Apa yang paling teruk ialah virus menjangkiti paru-paru dan menyebabkan jangkitan (pneumonia) yang boleh membawa kepada sesak nafas dan akhirnya menyebabkan kematian”.

Diterjemah dari:

  1. This Image Shows SARS-CoV-2 Conquering A Human Lung Cell
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + twelve =