Skip to content

Hilang Deria Rasa: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah hilang deria rasa? Artikel ini akan membincangkan berkenaan masalah hilang deria rasa berserta rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Hubungan antara rasa dan bau
  3. Punca Hilang Deria Rasa
  4. Rawatan
  5. Perubahan Gaya Hidup

Pengenalan


Kurang atau hilang deria rasa berpunca daripada deria rasa yang tidak berfungsi dengan betul. Ia juga sering diertikan sebagai perubahan deria rasa dimana pesakit merasa seperti rasa besi di dalam mulut.

Kebanyakan orang mengalami kurang deria rasa secara sementara, dan hanya sebahagian sahaja yang kehilangan deria rasa. Namun, sangat jarang ditemui mereka yang hilang deria rasa sepenuhnya.



Punca punca kurang deria rasa terdiri daripada seringkas jangkitan selesema ataupun sesuatu yang lebih serius seperti keadaan yang melibatkan sistem saraf tengah. Ia juga kerap dialami oleh orang berusia sebagai sejenis proses penuaan. Dianggarkan sebanyak 80% orang yang berusia 80 tahun dan ke atas mempunyai masalah dalam deria rasa.

Hubungan antara rasa dan bau


Deria rasa dan bau sangat berkait rapat. Perisa dalam makanan yang dirasai ketika kita makan merupakan kombinasi deria bau dan deria rasa.

Dalam sesetengah kes, deria rasa tidak mempunyai masalah dan berfungsi dengan baik, tetapi deria bau yang mempunyai masalah. Oleh itu ia menyebabkan keupayaan kita untuk merasa menjadi berkurangan. Doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar telinga, hidung dan tekak, iaitu otolaryngologist bagi menentukan sekiranya hidung anda bermasalah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Hilang Deria Rasa


Seperti yang dibincangkan tadi, masalah kurang deria rasa boleh berpunca dari pelbagai jenis keadaan, terutamanya keadaan yang melibatkan saluran pernafasan.



Walaupun anda tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, gangguan sementara pada deria bau dan rasa tidak selesa yang dialami ketika jangkitan demam selesema boleh memberi gangguan yang sama pada deria rasa anda. Antara keadaan yang boleh menyumbang kepada terjadinya gangguan pada deria rasa anda ialah:

  • Demam selesema
  • Jangkitan sinus atau sinusitis
  • Jangkitan tekak seperti sakit tekak ataupun pharyngitis
  • Jangkitan kelenjar air liur
  • Merokok
  • Keradangan atau penyakit gusi seperti gingivitis atau penyakit periodontal
  • Ubatan seperti lithium, ubatan bagi masalah kelenjar thyroid, dan ubatan kanser
  • Sjogren’s syndrome iaitu penyakit autoimun yang menyebabkan kering pada mulut dan mata
  • Kecederaan pada telinga dan kepala
  • Masalah kekurangan nutrisi terutamanya vitamin B12 dan zinc yang terlibat dalam sistem saraf

Masalah pada sistem saraf juga boleh mengganggu deria rasa anda. Ia akan menganggu saraf menghantar signal kepada seluruh badan. Oleh itu, bahagian badan yang mengawal deria rasa akan terganggu oleh sebab ini. Antara penyakit yang mempunyai gangguan pada sistem saraf seperti multiple sclerosis dan Bell’s palsy sering mengalami masalah gangguan deria rasa.

Rawatan masalah gangguan deria rasa


Rawatan yang bertujuan memulihkan keadaan yang menyebabkan gangguan pada deria rasa akan mengembalikan fungsi deria rasa kepada normal.

1. Antibiotik

Jangkitan bakteria pada sinus, kelenjar air liur dan tekak boleh dirawat menggunakan antibiotik.

2. Anti-histamin

Simptom yang dialami sewaktu selesema, sinusitis dan allergic rhinitis yang menganggu deria rasa boleh dilegakan dengan ubat anti histamine atau decongestant. Apabila sudah beransur pulih deria rasa akan kembali berfungsi seperti sediakala dalam tempoh yang singkat.

Doktor juga akan memberikan anda ubatan bagi mengurangkan gangguan pada sistem saraf ataupun penyakit autoimun yang mengganggu deria rasa.



Kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan zinc turut menyumbang kepada gangguan deria rasa oleh itu anda juga disyorkan mengambil zat zinc tambahan.

Perubahan gaya hidup


Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup akan membantu anda mengembalikan semula fungsi deria rasa. Jika anda merokok, berusaha untuk berhenti merokok bagi membantu anda merasa dengan baik. Pesakit yang berhenti merokok akan mula mendapati perubahan baik pada deria rasa mereka sepantas 2 haru selepas mereka berhenti merokok.

Penjagaan mulut dan gigi yang baik juga dapat mengembalikan fungsi deria rasa. Gingivitis adalah permulaan kepada penyakit gusi yang lain dan ia terjadi apabila terdapat pengumpulan plak berlebihan pada gusi.

Apabila anda memberus gigi dan flos gigi secara kerap, anda dapat membuang kumpulan plak pada gigi dan gusi, sekaligus melindungi gigi daripada penyakit dan kereputan dan membantu mengembalikan fungsi deria rasa kepada normal.

Masalah mulut yang lain

Mulut BerbauKanser Gusi
Lidah PendekTonsil Bengkak
Kanser TekakKanser Tonsil
Hilang SuaraHilang Deria
Masalah BruxismRanula

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Impaired Taste – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × one =