Skip to content

Kuman papan pemotong 200 kali ganda lebih banyak dari mangkuk tandas

Jika kita bertanya kepada orang ramai tempat mana yang paling kotor di dalam rumah kita, sudah tentu ramai yang akan mengatakan tandas kita terutamanya di mangkuk tandas. Sebab tempat itulah selalunya kita membuang.

Tetapi tahukah anda ada lagi tempat yang mempunyai bakteria 200 kali ganda lebih banyak daripada mangkuk tandas anda. Ya, itulah papan pemotong di dapur anda.

Menurut Dr Charles Gerba iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Arizona mengatakan ” Papan pemotong di dapur mempunyai 200 kali ganda bakteria berbanding bakteria di mangkuk tandas”.



Dan bakteria ini adalah sama seperti bakteria di dalam tinja anda. Ianya adalah kuman Salmonella dan juga E. coli.

Walaupun anda telah membersihkan papan pemotong itu dengan cermat, masih akan terdapat juga bakteria tersebut pada papan pemotong tersebut terutamanya papan pemotong yang mempunyai calar dan daki yang kehitaman pada papan pemotong tersebut.

Kawasan calar ini adalah kawasan yang tidak mampu dibersihkan dengan menggunakan berus sekalipun kerana kawasan tersebut sangat kecil dan tidak membenarkan berus untuk masuk dikawasan tersebut.

Bakteria dikawasan ini boleh masuk ke dalam makanan yang anda potong dan menyebabkan anda keracunan makanan.

Oleh itu, beberapa perkara yang anda boleh buat adalah:

  1. Gunakan papan pemotong yang berbeza untuk memotong daging/ayam dengan sayur-sayuran atau buah-buahan. Ini kerana bakteria daripada daging ataupun ayam yang belum dimasak boleh berpindah kepada sayur ataupun buah-buahan.
  2. Pastikan papan pemotong anda tidak begitu banyak kesan calar. Jika terlalu banyak dan berwarna kehitaman, maka sepatutnya anda sudah perlu menukarkan papan tersebut. Elakkan daripada menggunakan papan pemotong yang sama lebih daripada setahun.


Sumber:

  1. https://www.bbc.com/news/magazine-20324304
  2. https://cals.arizona.edu/media/archives/6.11.html
  3. P. Rusin P. Orosz‐Coughlin C. Gerba. Reduction of faecal coliform, coliform and heterotrophic plate count bacteria in the household kitchen and bathroom by disinfection with hypochlorite cleaners. 17 December 2008 https://doi.org/10.1046/j.1365-2672.1998.00598.x
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + sixteen =