Skip to content

Tidak mampu tekan tubi 10 kali meningkatkan risiko sakit jantung

Lelaki pada umur pertengahan yang tidak boleh menghabiskan 10 kali tekan tubi mempunyai risiko yang tinggi untuk angin ahmar dan juga serangan sakit jantung. Ini merupakan salah satu penemuan terbaru yang telah dibuat oleh Harvard University.

Mereka yang mampu membuat tekan tubi lebih daripada 40 kali mempunyai penurunan sebanyak 97% risiko untuk menghadapi penyakit kardiovaskular untuk 10 tahun yang akan datang.

Lelaki yang boleh melakukan tekan tubi diantara 21 hingga 30 kali pula mempunyai risiko sebanyak 15% untuk mengalami serangan sakit jantung berbanding dengan mereka yang tidak mampu melakukan sebanyak 10 kali.



Penyelidik-penyelidik tersebut menyatakan tekan tubi ini boleh menjadi faktor yang kuat untuk meramal kesihatan seseorang dimasa hadapan berbanding larian dan sebagainya. Bahkan ia lebih mudah untuk dilakukan.

Faktor meramal serangan sakit jantung yang mudah

Jika ingin menentukan seseorang itu sihat atau tidak, selalunya doktor akan mengambil bacaan gula, bacaan kolesterol dan sebagainya untuk mengetahui bahawa seseorang itu berisiko untuk menghadapi sakit jantung ataupun strok.

Kajian ini pula telah menunjukkan tekan tubi boleh menjadi cara yang mudah untuk menentukan kesihatan kita dimasa hadapan tanpa menggunakan apa-apa kos. Tanpa memerlukan pengambilan darah dan sebagainya.

Kajian ini melibatkan 1000 anggota bomba di AS dan tempoh kajian adalah daripada tahun 2000 hingga 2007. Walaupun kajian ini diambil daripada umur 21 hingga 66 tahun, ia menunjukkan mereka yang tidak mampu membuat tekan tubi dengan lebih banyak mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi komplikasi yang dikatakan tanpa mengira usia.

Para pembaca perlu tahu bahawa penyempitan saluran darah disebabkan kolesterol yang tinggi boleh berlaku di awal usia dan menyebabkan sakit jantung atau angin ahmar beberapa tahun akan datang. Oleh itu, seseorang itu perlu sentiasa menjaga kesihatan mereka tidak kira usia.



Oleh itu, untuk tahu anda berisiko untuk mengalami serangan sakit jantung ataupun tidak, boleh cuba tekan tubi ini. Jika kurang daripada 10, risiko anda tinggi untuk mengalami serangan sakit jantung.

Rujukan:
Justin Yang, MD, MPH, Costas A. Christophi, PhD, Andrea Farioli, MD, PhD cet al, Association Between Push-up Exercise Capacity and Future Cardiovascular Events Among Active Adult Men. JAMA Netw Open. 2019;2(2):e188341. doi:10.1001/jamanetworkopen.2018.8341

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 1 =