Skip to content

Microsleep punca kepada kemalangan jalan raya

Sebelum itu saya ucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarhamha Puan Faziani Rohban yang merupakan pengasas produk kosmetik Dnar’s Skincare di atas pemergian Allahyarham. Semoga amalannya di dalam bulan puasa ini termasuk ketika ingin memberi zakat kepada anak tahfiz diterima oleh Allah.

Suami mengantuk ketika memandu

Daripada temubual wartawan dengan suami Allahyarham iaitu Ahmad Shah Rizal, dia memaklumkan pada ketika itu beliau merasa mengantuk dan sempat terlelap beberapa ketika di lampu isyarat.

Pada ketika itu, dia becadang untuk berhenti di RnR untuk rehat seketika. Tetapi sebelum sempat sampai Encik Ahmad Shah dikatakan terlelap sesaat dua dan tanpa disangka-sangka sudah pun melanggar belakng sebuah lori.



Inilah yang dikatakan sebagai Microsleep

Terlelap ataupun Microsleep

Ramai daripada kita yang menghadapi perkara ini terutamanya ketika kita sedang memandu kereta. Ia menjadi salah satu punca kepada berlakunya kemalangan di jalan raya.

Microsleep adalah keadaan tertidur seketika yang tidak dapat dikawal dan masalah ini boleh berlaku selama 1 hingga 30 saat.

Keadaan ini selalunya berlaku pada mereka yang rasa mengantuk dan cuba melawan rasa tersebut supaya sentiasa bangun. Perkara ini sangat kerap berlaku bagi mereka yang memandu kenderaan kerana mengejar masa untuk sampai ke destinasi tersebut.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah Simptom Microsleep?

Beberapa simptom microsleep adalah;

  • Tidak dapat fokus
  • Hilang ingatan seketika
  • Terlepas simpang
  • Kepala tersengguk
  • Hilang kawalan otot secara tiba-tiba. Individu tersebut selalunya akan tersentak apabila badannya menjadi lembik.
  • Barang yang dipegang terjatuh.

Bahaya microsleep



Microsleep selalunya tidak berbahaya jika waktu tersebut pesakit tidak memandu kenderaan. Rasanya semua orang pernah merasakan microsleep terutamanya mereka yang pergi ke dewan kuliah. Ketika pensyarah sedang mengajar, mesti anda pernah tersenguk-senguk tertidur pada waktu tersebut. Kadang-kadang terus tertidur beberapa minit lamanya

Cuba bayangkan perkara ini berlaku ketika anda memandu kenderaan. Sudah tentu apa-apa yang berlaku ketika anda tidur itu tidak disedari dan ia boleh mengundang kemalangan jalan raya.

Cara untuk mengelakkan microsleep

Punca utama kepada masalah microsleep ini adalah disebabkan tidur yang tidak cukup ataupun tidur yang berkualiti. Oleh itu beberapa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara ini adalah:

  • Tidur yang cukup iaitu selama 6-8jam
  • Elakkan gangguan ketika tidur seperti tidur dengan Televisyen ataupun radio yang kuat. Ini boleh menyebabkan pesakit tidak dapat tidur dengan selesa
  • Jika anda berdengkur terlalu kuat sehingga terbangun-bangun diwaktu malam, sila dapatkan pemeriksaan doktor. Ini kerana pesakit yang mempunyai masalah ini boleh mengalami sleep apnea iaitu pernafasan terhenti ketika tidur. Ini menyebabkan pesakit tidak mempunyai tidur yang berkualiti dan akan letih dipagi hari.

Kesimpulan

Sekarang sudah masuk setengah bulan kita berpuasa. Hujung bulan nanti sudah tentu ramai daripada warga kota akan pulang ke kampung untuk beraya.

Kita semua tahu insiden yang paling selalu berlaku ketika hari perayaan adalah kemalangan dan perkara ini boleh berpunca daripada MICROSLEEP.

Jika anda sudah mula mengantuk ataupun terlelap, cepat-cepat berhenti. Anda

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − nine =