Skip to content

Pakar bedah menemui gigi manusia di dalam otak seorang bayi

Kedengaran tajuk ini tidak masuk akal. Tetapi perkara ini telah berlaku pada tahun 2014. Kes ini telah dilaporkan dalam Jurnal The New England Journal of Medicine pada tahun tahun tersebut.

Pakar bedah saraf(neurosurgeon) daripada University of Maryland telah membuat MRI pada bahagian otak seorang bayi yang berusia 4 bulan.

Keputusan MRI tersebut menunjukkan terdapat tumor bersaiz kacang didapati di dalam otak bayi tersebut. Daripada MRI tersebut juga mendapati terdapat beberapa struktur di dalam tumir tersebut. Oleh itu, bayi tersebut menjalani pembedahan secepat mungkin untuk mengeluarkan tumor tersebut.



Pakar bedah mendapati bahawa pesakit telah menghadapi tumor jenis craniopharyngioma iaitu salah satu tumor yang jarang dijumpai. Selalunya tumor ini berlaku pada kanak-kanak, tetapi kadang kala ia boleh berlaku pada orang dewasa.

Tumor ini bukanlah sejenis kanser yang merebak. Tetapi ia adalah ketumbuhan yang tidak normal di dalam otak.

A) Gambar MRI otak bayi tersebut. B) Gambar gigi yang dikeluarkan semasa pembedahan. Sumber.
Jurnal The New England Journal of Medicine

Akan tetapi, ketika mana pembedahan dilakukan, pakar bedah telah menjumpai beberapa batang gigi yang tertanam di dalam tumor tersebut.

Kalau ikut kepercayaan masyarakat kita, mesti ada yang akan mengatakan ini mungkin disebabkan buatan orang.

Tetapi sains telah membuktikan bahawa ia bukan buatan orang tetapi ia disebabkan satu tumor yang digelar sebagai teratoma telah tumbuh di dalam otak kanak-kanak tersebut.

Kenapa Ketumbuhan teratoma boleh mengandungi gigi?



Teratoma adalah salah satu ketumbuhan yang mengandungi sel germa(germ cell tumor). Sel germa ini mampu berubah menjadi apa-apa jenis sel yang lain hingga menyebabkan ia mampu menghasilkan struktur badan yang lain. Sebagai contohnya ia boleh menghasilkan gigi, rambut, tulang dan lain-lain lagi.

Sebab itulah ada daripada kita yang cakap bila doktor jumpa ketumbuhan yang mempunyai gigi dan rambut, kebanyakan daripada kita akan mengatakan ia buatan orang. Sebenarnya tidak, ia adalah disebabkan sel germa yang berada di dalam ketumbuhan tersebut.

Apa yang terjadi pada bayi tersebut?

Bayi ini telah menjalani pembedahan dengan berjaya. Kesemua tumor telah dibuang dan perkembangan kanak ini dipantau setiap tahun untuk melihat sama ada terdapat komplikasi daripada pembedahan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × two =