Skip to content

Produk terbaru iaitu speaker untuk Vagina

Produk ini pelik tetapi ia mendapat perhatian di seluruh dunia terutamanya di eropah. Speaker ini sebenarnya bukanlah untuk vagina, tetapi dimasukkan ke dalam vagina supaya musik tersebut boleh sampai dan didengari oleh bayi dalam kandungan.

Dengan harga 150 US dollar(RM615 tidak termasuk kos penghantaran) anda boleh memiliki speaker untuk bayi anda iaitu baby.pod. Ia merupakan speaker yang kecil dan boleh disambungkan kepada mana-mana alat pemain musik termasuk telefon anda dan yang paling penting speaker ini boleh dimasukkan ke dalam vagina.

Disamping itu, alat ini juga boleh disambungkan kepada earphone supaya ibu juga boleh mendengar lagu yang dimainkan bersama-sama dengan anak yang berada di dalam kandungan.



Produk ini terhasil disebabkan satu kajian dimana ia mengatakan 87% daripada bayi akan memberikan respons apabila musik itu dikeluarkan daripada dalam vagina dengan tanda bayi itu akan mengangguk anggukkan-kepalanya dan juga menggerakkan badan mereka.

Kenapa orang eropah nak bagi bayi dalam kandungan dengar musik?

Ia menjadi kepercayaan yang popular dikalangan ibu mengandung dimana musik dapat memberikan manfaat kepada bayi yang berada di dalam kandungan. Ada yang mengatakan mendengarkan bayi dengan musik ketika dalam kandungan akan menjadikan bayi tersebut lebih cerdik daripada bayi yang lain.

Akan tetapi tiada lagi kajian yang boleh diterima pakai bagi menunjukkan bayi yang mendengar musik ini adalah lebih baik daripada bayi yang biasa. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bayi yang didengarkan musik pada usia 9 bulan akan membantu otak dia dalam memproses bunyi musik dan bunyi terbaru. Akan tetapi kajian ini sangat berbeza kerana ia menggunakan bayi yang telah dilahirkan.

Perlu diketahui bahawa memasukkan apa-apa objek asing ke dalam badan mesti akan mempunyai risiko terutamanya bagi yang mengandung kerana ia boleh menjadi tempat berlakunya jangkitan kuman pada anda dan juga bayi anda.

Berkenaan dengan gelombang bunyi yang terhasil, tiada lagi kajian yang ia akan memberi kesan negatif kepada bayi.



Sumber:

  1. https://www.insider.com/babypod-speakers-unborn-babies-music-2019-4
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − seven =