Skip to content

Paranoid: Punca, Simptom dan Rawatan

Individu yang mempunyai personaliti paranoid mempunyai perasaan sangsi dan kecenderungan untuk tidak mempercayai orang lain, yang akan memberi kesan kepada hubungan individu tersebut dengan orang sekeliling mereka termasuk keluarga, rakan rakan dan rakan sekerja.

Personaliti paranoid adalah salah satu jenis personaliti yang bermasalah jika tidak dikawal. Pakar percaya bahawa personaliti ini dialami oleh hampir 4% populasi.

Individu dengan personaliti ini sering rasa terancam dengan orang lain, oleh itu mereka enggan berjumpa doktor bagi membantu mereka.



Individu dengan personaliti ini mempunyai personaliti yang kuat bersangka, sukar memaafkan dan sering cemburu. Pakar juga mengatakan bahawa individu ini mempunyai sifat pentingkan diri dan sering bermusuhan.

Personaliti paranoid boleh dialami oleh pesakit pesakit mental seperti:

  • Skizofrenia
  • Skizoaffektif
  • Bipolar dalam psikosis
  • Penyakit Alzheimer
  • Kecederaan otak

Simptom dan Tanda Personaliti Paranoid

Individu dengan personaliti paranoid sukar mempercayai orang lain. Mereka melihat orang lain sebagai ancaman dan merasakan orang lain mahu menyakiti mereka atau menipu mereka. Personaliti ini menghalang individu tersebut daripada mempunyai hubungan yang rapat dengan orang sekeliling.

Tanda tanda lain ialah:

  • Sering berjaga jaga
  • Sensitif terhadap kritikan
  • Agresif
  • Emosi mudah tercabar
  • Suka menyendiri

Periksa Simptom anda Di Sini

Cara mengenal pasti personaliti paranoid



Pakar psikiatri akan melihat samada individu tersebut memenuhi kriteria DSM-5 yang digunakan bagi mengesahkan personaliti paranoid.

DSM-5 menjelaskan bahawa personaliti paranoid sering mempunyai masalah kepercayaan dan keraguan terhadap orang lain. Individu dengan personaliti ini mempunyai perasaan bahawa perbuatan orang lain adalah kerana sifat cemburu dan benci kepada mereka.

Bagi mengesahkan personaliti bermasalah ini, seseorang perlu mempunyai sekurangnya 4 kriteria berikut:

  • Mengesyaki orang lain ingin mempergunakan, membahayakan dan menipu mereka
  • Risau tentang kesetiaan dan samada mereka boleh mempercayai keluarga, rakan dan rakan sekerja mereka
  • Mengelakkan daripada memberitahu orang lain tentang diri mereka kerana takut orang lain akan mengkhianati mereka
  • Mentafsirkan setiap perbuatan atau kejadian sebagai memalukan atau mengancam mereka tanpa bukti
  • Menyimpan dendam
  • Bersikap agresif sekiranya karakter atau reputasi mereka dipersoalkan
  • Mengesyaki pasangan mereka curang tanpa bukti

Sesetengah kriteria ini hampir serupa dengan kriteria bagi masalah psikiatri yang lain seperti:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca personaliti paranoid

Kajian mendapati bahawa punca bagi kebanyakan masalah mental termasuk masalah personaliti adalah multifactorial iaitu pelbagai punca. Oleh sebab itu, mencari punca utama yang menyebabkan personaliti inin adalah tidak mudah.

Namun, kajian pada 2017 menunjukkan bahawa trauma sewaktu usia kanak kanak mungkin menjadi faktor risiko terjadinya personaliti paranoid.

Pakar juga telah mengenal pasti beberapa faktor lain yang boleh mencetuskan simptom masalah personaliti ini dalam usia remaja dan dewasa. Ini termasuk:

  • Emosi yang dipinggirkan atau tidak diberi perhatian
  • Tidak diberi perhatian secara fizikal
  • Ibubapa yang mempunyai sikap amarah

Rawatan personaliti paranoid

Setakat ini, tidak ada ubat yang diluluskan bagi merawat personaliti paranoid. Kebanyakan doktor mencadangkan menggunakan ubatan sama bagi merawat masalah personaliti seperti personaliti borderline kerana dua personaliti ini mempunyai kriteria yang sama iaitu agresif dan bermusuhan terhadap orang lain.



Walaupun begitu, pakar psikiatri boleh memberikan individu dengan personaliiti paranoid ubatan berikut:

  • Anti psikosis seperti Risperidone, Olanzapine
  • Penstabil mood seperti Lithium, Valproate
  • Anti depresi seperti Escitalopram dan Fluoxetine

Selain daripada itu, seperti kebanyakan masalah psikiatri yang lain, rawatan dari segi ubatan sahaja tidak cukup bagi mengawal pesakit. Pakar mencadangkan bahawa kaedah terapi kognitif dan akhlak boleh membantu mengurangkan simptom personaliti paranoid.

Tujuan utama terapi adalah untuk:

  • Menggalakkan individu dengan masalah ini percaya dengan orang lain
  • Mendidik individu dengan masalah ini agar tidak mempersoalkan kesetiaan ahli keluarga dan rakan rapat mereka
  • Menghalang individu dengan personaliti ini supaya tidak mengganggap komen yang dilemparkan oleh orang lain sebagai ancaman
  • Mengubah respons individu dengan personaliti ini terhadap kecaman orang lain tanpa marah, agresif dan bermusuhan
  • Menggalakkan individu dengan personaliti ini agar mudah memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam

Komplikasi personaliti paranoid

Personaliti paranoid adalah antara penyebab seseorang individu itu gagal untuk maju dalam kehidupan mereka kerana personaliti tersebut mengganggu keupayaan mereka untuk bersosial dan bekerja. Ia juga merendahkan mutu kehidupan dan memberi kesan terhadap individu terlibat, keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Individu dengan personaliti ini boleh menjadi ganas, agresif dan membahayakan serta menyakiti orang lain. Sebagai kesan, individu ini sering menyendiri dan tertekan.

Personaliti paranoid sering terjadi dengan penyakit mental lain seperti skizofrenia dan depresi yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Oleh itu, individu dengan personaliti paranoid perlu mendapatkan rawatan dan terapi secara berterusan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Lee, R. (2017). Mistrustful and misunderstood: A review of paranoid personality disorder. – Pubmed
  2. Völlm, B. A., et al. (2011). Pharmacological interventions for paranoid personality disorder. – Pubmed
  3. Vyas, A., & Khan, M. (2016). Paranoid personality disorder. -Psychiatry Online
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 20 =