Skip to content

Telinga Tersumbat: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah telinga tersumbat? Artikel ini akan membincangkan secara terperinci punca kepada masalah telinga tersumbat, pemeriksaan dan rawatan yang boleh dilakukan

Pengenalan

Telinga merupakan organ yang berfungsi sebagai alat pendengaran dan keseimbangan. Ianya perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan berfungsi dengan baik. Sebagaimana hidung tersumbat merupakan masalah yang sering berlaku kepada sesetengah individu, telinga juga boleh tersumbat disebabkan oleh beberapa faktor.

Telinga tersumbat merupakan keadaan dimana struktur telinga tersumbat menyebabkan ketidakselesaan kepada individu dan sekiranya tidak diambil perhatian boleh membawa kepada beberapa komplikasi yang lebih serius.



Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

  • Telinga luar yang terdiri daripada pina dan salur telinga
  • Telinga tengah yang terdiri daripada 3 tulang yang dikenali sebagai tukul, andalas dan rakap
  • Telinga dalam yang terdiri daripada koklea dan salur separuh bulat

Punca Telinga Tersumbat

Terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah telinga tersumbat. Antaranya ialah :

1. Masalah tiub Eustachian

Tiub Eustachian merupakan tiub yang menghubungkan hidung dan telinga. Ianya berfungsi membantu mengimbangkan tekanan dalam dan luar telinga. Tahi telinga atau cerumen yang banyak didalam tiub Eustachian boleh menyebabkan masalah ini dan mengganggu fungsi bagi mengimbangkan tekanan dalam dan luar telinga. Masalah ini boleh menyebabkan sakit telinga apabila individu berada dalam keadaan dimana tekanan luar dan dalam telinga berbeza sebagai contoh berada dalam pesawat.

2. Alergi rhinitis



Individu yang mengalami alergi rhinitis boleh mendapat masalah telinga tersumbat kerana penghasilan lendir mucus secara berlebihan boleh menyebabkan tiub Eustachian tersumbat sekaligus menjadikan telinga turut tersumbat.

3. Tahi telinga mengeras

Tahi telinga atau cerumen merupakan bahan melekit seperti lilin yang berfungsi untuk melindungi telinga daripada habuk, bendasing dan mikroorganisma lain. Ia juga membantu melindungi dan melembapkan kulit salur telinga serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal. Tahi telinga akan mengalir keluar secara semulajadi. Namun, tahi telinga yang keras boleh mengakibatkan masalah ini berlaku. Sekiranya berlarutan boleh menyebabkan sakit telinga dan kurang pendengaran.

4. Jangkitan kuman dalam telinga

Jangkitan kuman dalam telinga atau dipanggil otitis media menyebabkan radang pada tiub eustachian. Masalah ini lebih sering berlaku pada kanak-kanak sebelum berusia 2 tahun. Ianya boleh menyebabkan telinga tersumbat dan sekiranya berlarutan boleh mengakibatkan komplikasi seperti telinga bernanah yang kronik serta kurang pendengaran.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom yang Berkaitan

Sekiranya telinga tersumbat disebabkan oleh masalah tahi telinga tersumbat, antara simptomnya adalah termasuk :

  • Masalah kekurangan pendengaran sementara
  • Tinnitus atau bunyi dengungan pada telinga
  • Terasa seperti penuh didalam telinga
  • Sakit telinga

Antara simptom yang berkait dengan masalah jangkitan dalam telinga yang kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak adalah termasuk :

Ujian Pemeriksaan

Sekiranya ketidakselesaan pada telinga menyebabkan kesakitan serta mengganggu rutin harian, anda hendaklah merujuk kepada doktor perubatan anda. Antara ujian pemeriksaan yang sering dilakukan adalah dengan pemeriksaan telinga dari luaran dan juga menggunakan alat yang dipanggil otoscope.



Otoscope membolehkan doktor perubatan anda bagi melihat keadaan dan struktur didalam telinga dengan lebih besar dan jelas. Pemeriksaan ini adalah ringkas dan tidak menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lain juga boleh dilakukan sekiranya doktor perubatan anda merasakan perlu.

Rawatan

Bagi masalah jangkitan telinga, antara rawatannya adalah :

  • Antibiotik sekiranya jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga
  • Teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
  • Ubat bagi simptom lain seperti ubat mencairkan kahak dan ubat demam

Bagi masalah telinga tersumbat, antara rawatannya adalah :

  • Ubat titis telinga
  • Ear toilet atau mencuci tahi telinga yang tersumbat

Antara petua yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menelan air liur atau menguap bagi membantu mengimbangkan semula tekanan udara dalam telinga, dan  menghirup wap air panas bagi mencairkan lendiran yang terperangkap dalam tiub Eustachian. Titisan minyak zaitun juga boleh digunakan bagi melembutkan tahi telinga.

Pencegahan

Telinga haruslah dijaga bagi mengelakkan masalah ini berlaku. Oleh kerana tahi telinga keluar secara semulajadi, apa yang perlu dilakukan adalah membersihkan tahi telinga pada bahagian luar telinga dengan kain bersih dan pastikan kuku jari dalam keadaan pendek bagi mencegah kecederaan pada kulit.

Elakkan daripada mengorek telinga dengan bahan berbahaya dan tajam seperti jarum, atau batang mancis kerana ianya boleh menyebabkan luka pada kulit dan menyebabkan jangkitan.

Elakkan juga menggunakan putik kapas bagi membersihkan salur telinga. Hal ini kerana putik kapas menyebabkan tahi telinga ditolak lebih jauh kedalam salur telinga dan menyebabkan telinga tersumbat.

Artikel Berkaitan Telinga



Sakit TelingaTelinga Berair
Jangkitan TelingaGegendang Telinga Pecah
Telinga TersumbatTelinga Bernanah
Tahi Telinga KerasTelinga Berdesing
Telinga Gatal

Rujukan :

  1. Earwax Buildup and Blockage – Healthline
  2. Telinga anda – MyHealth Portal
  3. Uptodate
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + fifteen =