Jenis Ubat

Ubat Amlodipine: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

ubat amlodipine

Apakah kesan sampingan ubat darah tinggi amlodipine. Artikel ini akan membincang kegunaan, fungsi dos dan kesan sampingan ubat ini.

Penyakit darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang sentiasa diketengahkan di samping kencing manis, penyakit jantung serta kegagalan buah pinggang. Penghidap penyakit ini juga sepatutnya sudah pun perlu menjaga kesihatan mereka kerana mereka sudah pun hampir ke arah komplikasi yang lebih teruk juga, lagi-lagi pada golongan warga tua. Perkembangan kajian ke atas etiologi penyakit ini menghasilkan banyak pilihan rawatan farmakoterapi bagi menurunkan tekanan darah. Salah satunya adalah amlodipine.


Kegunaan

Menurut FDA, penggunaan ubat amlodipine adalah untuk

  • Penyakit darah tinggi dan boleh digunakan secara gabungan dengan ubat-ubat darah tinggi lain.
  • Angina prinzmetal (juga dikenal sebagai angina varian dan angina vasospastik – serangan jantung secara tiba-tiba dan selalu berulang kali (cluster attack)
  • Penyakit arteri koronari
  • Penyakit angina stabil kronik (serangan jantung ketika melakukan pekerjaan berat misalnya, bukannya berlaku bila-bila masa)

Ubat ini dimulakan oleh doktor perubatan sahaja dan memerlukan preskripsi doktor untuk pembelian di farmasi komuniti.

Cara pengambilan ubat ini

  • Ambil sebelum dan selepas makan (selepas makan biasanya), jika diambil setiap malam perlu diambil secara konsisten setiap malam, begitu juga sebaliknya.
  • Telan dengan segelas air kosong. Boleh juga dihancurkan buat pesakit yang sukar menelan ubat. Boleh juga dipotong separuh.
  • Jika terlupa, ubat tersebut perlu dimakan segera. Jika teringat ketka hampir ke waktu pengambilan ubat seterusnya (kurang dari 12 jam), pesakit perlu meninggalkan dos lama dan mengambil dos seterusnya. Jangan gandakan dos.

Penyimpanan

Boleh disimpan dalam suhu bilik (15 – 30°C). Tidak boleh digunakan melepasi tarikh luput. Jauhkan dari cahaya dan kelembapan dan kanak-kanak.

Dos

  • Darah tinggi, penyakit arteri koronari, angina Prinzmetal, angina stabil kronik
    • (FDA): Dos permulaan 5 mg sekali sehari. Dos perlulah disesuaikan seiring keadaan semasa pesakit selepas 7 – 14 hari rawatan (asasnya). Maksimum mesti 10 mg sekali sehari.
    • (Panduan): Dos permulaan 2.5 mg sekali sehari, maksimum 10 mg sekali sehari. Boleh disesuaikan dos untuk mencapai sasaran penurunan tekanan darah optimum.
    • Kanak-kanak 6 – 17 tahun: Dos 2.5 mg sekali sehari, boleh dinaikkan dos hingga 5 mg sekali sehari selepas sebulan rawatan berdasarkan kesesuaian semasa pesakit.
    • Warga tua: 2.5 mg sekali sehari (walaupun digunakan secara bersendirian ataupun dicampur bersama ubat-ubat darah tinggi yang lain). Jika ada simptom serangan jantung perlu diberikan 5 mg sekali sehari.
    • Pesakit angina Prinzemtal, penyakit arteri koronari serta angina stabil kronik boleh dimulakan dengan dos 5 – 10 mg sekali sehari tetapi biasanya mereka diberikan dos 10 mg sekali sehari untuk rawatan sepenuhnya.
    • Pesakit kegagalan hati: Sesuaikan dos secara perlahan-lahan. Mulakan dahulu dengan 2.5 mg sekali sehari.

Brand ubat yang ada dalam pasaran

Fasiliti kerajaan biasa menyimpan ubat amlodipine sebagai tablet dengan dos 5 dan 10 mg, dan juga dalam campuran bersama valsartan 160 mg (satu lagi jenis ubat darah tinggi dari jenis penebat reseptor angiotensin (ARB)), dalam kekuatan berbeza (amlodipine 5 mg dan valsartan 160 mg, amlodipine 10 mg dan valsartan 160 mg). Brand atau jenama ubat di dalam pasaran Malaysia adalah:

  • Tablet 5 mg:
    • Stadovas (Stadpharm),
    • KARDAM 5; Primodil 5 (Healol),
    • Nordipine (Duopharma),
    • Amlocor (Torrent),
    • Norvasc (Upjohn),
    • Zynor; Noumed (Xepa sp),
    • Covasc (Duopharma Manufacturing),
    • Camlodin 5 (Medispec),
    • Amlopin (Prime),
    • Sunvasc (Sunward),
    • Hovasc (Hovid),
    • Vamlo (Ranbaxy),
    • Amcardia (Unimed),
    • Lofral (Mepharm),
    • Actapin (Actavis),
    • Amlo-5 (Royce Pharma),
    • Amlovas (Antah Pharma),
    • Amtas (Jetpharma),
    • Amlomed 5 (Medidata),
    • Anlodin (YSP),
    • Amlibon (Novartis),
    • AMODTM-5 (BioCare),
    • Axcel Amlodipine (Kotra Pharma),
    • Amlopres-5 (Cipla),
    • Amdepin (Pahang Pharmacy),
    • Alovasc (Abio),
    • Amnoz (Pharmaniaga)
  • Tablet 10 mg:
    • Stadovas (Stadpharm),
    • KARDAM 10; Primodil 10 (Healol),
    • Nordipien (Duopharma),
    • Norvasc (Upjohn),
    • Zynor; Noumed (Xepa sp),
    • Covasc (Duopharma Manufacturing),
    • Camlodin 10 (Medispec),
    • Vamlo (Ranbaxy),
    • Amcardia (Unimed),
    • Lofral (Mepharm),
    • Hovasc (Hovid),
    • Actapin (Actavis),
    • Amlo-10 (Royce Pharma),
    • Amlovas (Antah Pharma),
    • Amtas (Jetpharma),
    • Amlomed 10 (Medidata),
    • Anlodin (YSP),
    • Amlibon (Novartis),
    • AMODTM-10 (BioCare),
    • Axcel Amlodipine (Kotra Pharma),
    • Amlopres-10 (Cipla),
    • Amdepin (Pahang Pharmacy),
    • Alovasc (Abio),
    • Amnoz (Pharmaniaga)

Dalam pasaran selain dalam tablet bersendirian, amlodipine juga ada dalam campuran ubat-ubatan lain. Kebiasaannya ubat ini disediakan dalam salutan filem, tidak boleh dipotong, dikunyah dan dipecahkan, dan perlu ditelan dengan air kosong.

  • Ubat darah tinggi dari jenis penebat reseptor angiotensin (ARB)
    • Tablet 5 mg dan losartan 50 mg Cozaar (MSD)
    • Tablet 10 mg dan losartan 100 mg: Cozaar (MSD)
    • Tablet 5 mg dan olmesartan medoxomil 20 mg: Azoren® (Pfizer)
    • Tablet 5 mg dan olmesartan medoxomil 40 mg: Azoren® (Pfizer)
    • Tablet 10 mg dan olmesartan medoxomil 40 mg: Azoren® (Pfizer)
    • Tablet 5 mg dan valsartan 80 mg: Exforge (Novartis)
    • Tablet 10 mg dan valsartan 80 mg: Exforge (Novartis)
    • Tablet 10 mg dan valsartan 160 mg: Exforge (Novartis)
    • Tablet 5 mg dan telmisartan 40 mg: Twynsta (Boehringer Engelheim)
    • Tablet 5 mg dan telmisartan 80 mg: Twynsta (Boehringer Engelheim)
    • Tablet 10 mg dan telmisartan 40 mg: Twynsta (Boehringer Engelheim)
    • Tablet 10 mg dan telmisartan 80 mg: Twynsta (Boehringer Engelheim)
    • Tablet 5 mg dan irbesartan 150 mg: Aprovasc (Sanofi-Aventis)
    • Tablet 5 mg dan irbesartan 300 mg: Aprovasc (Sanofi-Aventis)
    • Tablet 10 mg dan irbesartan 150 mg: Aprovasc (Sanofi-Aventis)
    • Tablet 10 mg dan irbesartan 300 mg: Aprovasc (Sanofi-Aventis)
  • Campuran ubat darah tinggi jenis ARB dan diuretik keluarga thiazide
    • Tablet 5 mg dan valsartan 160 mg serta hydrochlorothiazide 12.5 mg: Exforge HCT (Novartis)
    • Tablet 5 mg dan valsartan 160 mg serta hydrochlorothiazide 25 mg: Exforge HCT (Novartis)
    • Tablet 10 mg dan valsartan 160 mg serta hydrochlorothiazide 12.5 mg: Exforge HCT (Novartis)
  • Ubat darah tinggi jenis diuretik bukan keluarga thiazide
    • Tablet 5 mg dan indapamide 1.5 mg: Natrixam (Servier)
    • Tablet 10 mg dan indapamide 1.5 mg: Natrixam (Servier)
  • Ubat darah tinggi jenis penebat beta1 khas untuk jantung
    • Tablet 5 mg dan 5 mg bisoprolol: Concor AM (Merck)
    • Tablet 10 mg dan 5 mg bisoprolol: Concor AM (Merck)
  • Ubat darah tinggi jenis penebat enzim ACE
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 5 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 5 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 10 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 10 mg: Coveram (Servier)
    • Tablet 2.5 mg dan perindopril arginine 3.5 mg: Viacoram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 7 mg: Viacoram (Servier)
  • Ubat darah tinggi jenis penebat enzim ACE dan jenis diuretik bukan keluarga thiazide
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 5 mg dan indapamide 1.25 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 5 mg dan indapamide 1.25 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 10 mg dan indapamide 2.5 mg: Triplixam (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 10 mg dan indapamide 2.5 mg: Triplixam (Servier)
  • Ubat darah tinggi jenis penebat enzim ACE dan ubat kolesterol
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 5 mg dan atorvastatin 10 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 5 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 5 mg dan perindopril arginine 10 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 10 mg dan atorvastatin 20 mg: Triveram (Servier)
    • Tablet 10 mg dan perindopril arginine 10 mg dan atorvastatin 40 mg: Triveram (Servier)
  • Ubat kolesterol
    • Tablet 5 mg dan atorvastatin (ubat kolesterol) 10 mg: Caduet (Upjohn)
    • Tablet 5 mg dan atorvastatin 20 mg: Caduet (Upjohn)
    • Tablet 5 mg dan atorvastatin 40 mg: Caduet (Upjohn)
    • Tablet 10 mg dan atorvastatin 10 mg: Caduet (Upjohn)
    • Tablet 10 mg dan atorvastatin 20 mg: Caduet (Upjohn)
    • Tablet 10 mg dan atorvastatin 40 mg: Caduet (Upjohn)

Cara Ubat Berfungsi

Amlodipine adalah ubat penebat saluran kalsium jenis T dari kumpulan kimia dihydrophyridine yang kebanyakannya boleh ditemui dalam kawasan pembuluh darah di saluran darah periferi serta kawasan otot jantung.

Ini menyebabkan diameter saluran darah bertambah dan mengurangkan tekanan darah serta menaikkan pengeluaran kardiak. Ini juga seterusnya memperbaiki kelancaran penghantaran darah dalam otot jantung.

Dalam masa sama ia juga turut membesarkan saluran pembuluh darah arteri vaskular dan mengurangkan tekanan darah dalam masa yang sama.

Kesan sampingan

Beberapa Kesan sampingan Ubat Amlodipine adalah

  • Badan kemerah-merahan (flushing)
  • Kurang tekanan darah
  • Bengkak kaki dan tangan (lagi teruk dipaparkan pada pesakit komplikasi jantung)
  • Sakit dada
  • Sakit-sakit kepala, pening kepala (boleh ke arah pitam)
  • Letih
  • Pengurangan darah merah dan darah putih
  • Mengantuk
  • Berdebar-debar
  • Sakit-sakit abdomen, kaki dan tangan
  • Ruam badan, kegatalan
  • Kejang otot, kebas-kebas ‘mencucuk’ pada tangan, kaki
  • Anoreksia, sembelit, muntah-muntah, cirit-birit
  • Kadar nadi rendah, jantung berdegup tidak menentu; boleh jadi tidak stabil mungkin menyebabkan aritmia
  • Pengurangan fungsi seksual lelaki dan wanita
  • Rasa berdengung di telinga
  • Sukar bernafas
  • Tumbesaran gusi gigi
  • Bibir kering
  • Berpeluh-peluh
  • Pengeluaran air kencing tidak menentu

Ini hanyalah sebahagian dari gejala serta tanda-tanda yang ada. Berbincang dahulu dengan doktor jika ada sebarang ketidakpastian berhubung masalah selepas mengambil ubat ini.

Ubat ini tidak sesuai digunakan pada pesakit:

  • Tekanan darah rendah
  • Pesakit mengalami masalah penyempitan injap jantung (aortik stenosis)
  • Kejutan kardiogenik (boleh mengancam nyawa)
  • Kegagalan jantung selepas serangan jantung (infarksi myokardial) akut
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun: bukti tidak mencukupi
  • Pesakit menyusukan anak: pengeluar ubat menyarankan tidak menggunakan ubat ini.
  • Hipersensitiviti pada ubat amlodipine dan keluarganya (felodipine, nifedipine) serta sesetengah kandungan dalam formulasi ubat (tidak mengira campuran atau persendirian) perlu menghentikan ubat ini.

Peringatan (precaution)

  • Ubat ini mungkin boleh menyebabkan mengantuk, jadi disarankan untuk tidak membuat kerja berat dan memandu.
  • Ubat masih lagi boleh diberikan pada mereka tetapi dengan nasihat dan pantauan doktor:
    • Pesakit mengandung: Kategori C FDA, mungkin tidak disarankan penggunaan ubat ini melainkan risiko pada anak perlu diseimbangkan bersama dengan keadaan ibu
    • Warga tua: perlu pantauan sepenuhnya.
    • Kegagalan hati: naikkan dan turunkan dos ubat secara perlahan-lahan.

Interaksi antara ubat

Pesakit perlu memaklumkan pada doktor jika mengambil apa-apa ubat bersama amlodipine. Antara interaksi biasa dijumpai termasuklah:

  • Makanan seperti jus limau gedang, pengambilan alkohol, ubat antibiotik (erythromycin, clarithromycin), ubat imunosupresan (tacrolimus, cyclosporin), antiviral (ritonavir, indinavir), ubat kulat (fluconazole), ubat antikanser imatinib – menaikkan kepekatan amlodipine dalam darah
  • Herba St John’s wort, ubat antibiotik (rifampicin), ubat sawan (phenobarbitone, phenytoin, valproate), efavirenz (ubat HIV/AIDS), – mengurangkan kepekatan amlodipine
  • Magnesium sulfat (ubat dalam rawatan preeclampsia, eclampsia dalam pesakit mengandung) – menaikkan kesan hipokalsemia(kalsium berkurangan dalam darah) mengakibatkan kekejangan otot berterusan
  • Chloroquine (ubat malaria)- pemanjangan nadi QT, menambahkan risiko aritmia
  • Penebat alfa (alfusozin, prazosin, tamsulosin, terazosin), diuretik (hydrochlorothiazide), penebat ACE dan ARB, ubat penebat saluran kalsium lain (felodipine, verapamil, diltiazem) – menaikkan kesan amlodipine
  • Aspirin (ubat cair darah dan tahan sakit) – menaikkan insiden pendarahan
  • Clopidogrel (ubat cair darah) – mengurangkan keberkesanan clopidogrel

Kesan terlebih dos

Keracunan amlodipine menyebabkan dilatasi kawasan periferi badan (tangan dan kaki) dan hipotensi serius. Namun begitu, keracunan disebabkan amlodipine jarang berlaku berbanding keracunan disebabkan ubat penebat saluran kalsium lain. Keracunan serius mungkin ada melibatkan kejutan, asidosis metabolikal, kegagalan buah pinggang akut, kegagalan bernafas.

Rawatan bersifat suportif. Pesakit dengan tekanan darah rendah biasa boleh diubati dengan pemberian cecair intravena.

Pesakit serius pula:

  • Tekanan nadi rendah: atropine (walaupun ubat pilihan utama tetapi jarang berkesan)
  • Dos tinggi insulin serta dekstrosa (gula) untuk tekanan darah rendah
  • Infusi kalsium (kalsium klorida) secara bolus dan diulang beberapa kali atau infusi berterusan – berkesan dalam jangka masa pendek dan kesan yang minimum.
  • Sawan: IV benzodiazepine, baribiturat serta propofol boleh diberikan jika keadaan bertambah serius

Rujukan

  1. Buku Biru Formulari Farmaseutikal Kebangsaan, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. BNF 78
  3. Micromedex
  4. MIMS Gateway
  5. Amlodipine – Medscape
  6. Quest 3+ Sistem Pendaftaran Produk & Pelesenan: Product Search
  7. Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (RiMUP) Nordipine: amlodipine besilate

About Author

Muhamad Amirul Hafiz bin Sa'don merupakan Pegawai Farmasi dan telah mendapat Ijazah Sarjana Musa Farmasi (dengan Kepujian) di Universiti Malaya. Beliau pernah memenangi Piala Tariq RX Quiz 2014 di Peringkat Kebangsaan. Penglibatan beliau dalam The Diagnosa sebagai penulis adalah merupakan satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Kumpulan artikel-artikel Amirul di SINI

Kenali Luqman melalui profil beliau di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *