Skip to content

Kerap Kentut: Punca dan Rawatan

Semua orang kentut tetapi jarang menghadapi kerap kentut. Kajian menyatakan dalam sehari seseorang itu boleh kentut dalam 5 – 15 kali dalam sehari. Kentut adalah sesuatu yang normal dan ia menunjukkan aktiviti bakteria di dalam usus manusia.

Anda juga akan perasan jika anda makan sesuatu jenis makanan, anda akan lebih kerap kentut berbanding waktu-waktu yang lain. Walaubagaimanapun, kentut yang kerap akan menyebabkan anda tidak selesa dan juga risau dengan masalah tersebut.

Kerap kentut didefinisikan sebagai kentut sebanyak 20 kali dalam sehari. Kebanyakan daripada masalah ini selalunya dapat dikawal dan dirawat dengan membetulkan jenis diet yang diambil oleh pesakit

Punca kerap kentut



Ketika anda mengunyah dan menelan makanan atau meminum air, anda juga akan menelan sedikit udara. Udara yang terdapat didalam saluran pencernaan ini akan terkumpul bersama-sama dengan udara yang terhasil ketika proses pencernaan.

Ia akan dikeluarkan daripada saluran pencernaan sama ada melalui sendawa ataupun kentut. Kentut anda boleh jadi kuat ataupun senyap, berbau ataupun tidak berbau. Kentut yang berbau selalunya berpunca daripada:

  • Makanan tinggi serat
  • Pengambilan ubat seperti antibiotik
  • Sembelit
  • Jangkitan bakteria dalam usus

Tetapi yang menyebabkan seseorang itu kerap kentut adalah:

1. Makanan yang susah untuk dicerna

Makanan jenis ini selalunya terdiri daripada makanan yang mempunyai serat yang tinggi. Ia akan memberi makanan kepada bakteria di dalam usus. Ketika mana bakteria menguraikan serat dalam makanan tersebut, ia juga akan menghasilkan gas yang akan dikeluarkan menjadi kentut.



Makanan yang menyebabkan kerap kentut adalah:

  • Kekacang
  • Bunga kobis
  • Brokolli
  • Kobis
  • Bak choi
  • Gandum

2. Masalah saluran permakanan

Terdapat beberapa masalah saluran permakanan yang menyebabkan seseorang itu kerap kentut. Ia adalah:

Penyakit saluran permakanan ini akan menganggu proses pencernaan dalam usus. Ia akan menyebabkan stress pada saluran permakanan dan selalunya menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

3. Tekanan atau stres

Tekanan atau stress akan menyebabkan pesakit yang mengalami keradangan usus menjadi semakin teruk.

Stress juga akan menyebabkan seseorang itu membuat sesuatu perbuatan seperti merokok, kunyah gula getah, mengambil makanan yang manis. Perbuatan ini akan menyebabkan lebih banyak udara ditelan ke dalam perut

4. Sembelit



Lebih lama najis anda disimpan dalam usus anda, lebih banyak masa bakteria di dalam usus tersebut menguraikan makanan dan ia akan menghasilkan kentut yang lebih kerap dan busuk.

5. Perubahan bakteria dalam usus

Pengambilan antibiotik boleh menyebabkan bakteria menjadi tidak seimbang dalam usus.

Rawatan atau tips untuk masalah kerap kentut

Walaupun terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini, anda boleh mencuba tips ini untuk merawat masalah kerap kentut ini. Strategi yang bagus adalah:

1. Elakkan makanan yang selalu menyebabkan kentut

Jika anda rajin, anda boleh catatkan makanan mana yang akan menyebabkan anda kerap mengalami masalah ini. Elakkan makanan tersebut jika anda ingin mengurangkan kekerapan buang angin

2. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dan selalu

Ini akan mengurangkan stres pada saluran permakanan dengan harapan gas yang terhasil juga adalah kurang



3. Elakkan Makan dan minum terlalu cepat

Makan dan minum yang cepat akan menyebabkan lebih banyak udara yang ditelan.

4. Bersenam selalu

Mereka yang bersenam akan lebih susah untuk menghadapi sembelit berbanding orang yang tidak bersenam

5. Kurangkan makanan berminyak

Makanan berminyak akan menyebabkan pencernaan makanan menjadi lambat. Ini akan memberikan lebihan masa untuk bakteria menguraikan makanan dalam perut dan menghasilkan gas.

6. Berhenti merokok

Ia akan menyebabkan lebih banyak angin ditelan ke dalam saluran permakanan



7. Elakkan daripada minuman bergas

Minuman ini akan melepaskan gas ketika di dalam saluran permakanan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Kebanyakan daripada masalah kerap kentut boleh baik dengan sendirinya apabila permakanan pesakit dikawal.

Akan tetapi jika tedapat simptom-simptom ini, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor. Simptom tersebut adalah:

  • Sakit perut yang kuat
  • Kerap cirit atau sembelit
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Tidak dapat mengawal pembuangan air besar
  • Berak berdarah
  • Demam yang tinggi

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Flatulence. (2018). nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/flatulence
  2. Laskowksi ER. (2016). How much should the average adult exercise every day? mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/expert-answers/exercise/faq-20057916
  3. Mayo Clinic Staff. (2017). Belching, intestinal gas and bloating: Tips for reducing them
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + nineteen =