Skip to content

Microsleep: Punca, Simptom dan Rawatan

Microsleep merujuk kepada tempoh tidur yang berlaku selama beberapa saat sahaja. Mereka yang mengalami microsleep mungkin tidak sedar yang mereka sebenarnya sudah tertidur.

Ia boleh berlaku dimana sahaja seperti di sekolah, tempat kerja ataupun sewaktu menonton televisyen. Ia juga boleh terjadi sewaktu anda memandu ataupun mengendalikan mesin berat menjadikannya sesuatu yang sangat berbahaya.

Microsleep terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Mengantuk kerana sukar tidur malam
  • Sleep apnea
  • Ubatan yang menyebabkan mengantuk

Tanda tanda microsleep



Terdapat beberapa tanda dan simptom microsleep yang berlaku. Jika pemandu mengalami simptom-simptom ini, pemandu perlu dinasihatkan untuk berehat ataupun bertukar dengan orang lain.

  • Tidak menyahut apabila dipanggil
  • Termenung
  • Tidak mengingati perkara yang berlaku beberapa saat yang lalu
  • Tidak mengelipkan mata

Tanda amaran microsleep

  • Tidak mampu membuka mata
  • Menguap berkali kali
  • Mengelipkan mata berkali kali bagi kekal sedar

Periksa Simptom anda Di Sini

Bila microsleep berlaku?

Ia boleh terjadi pada waktu yang anda kebiasaannya tidur. Ini termasuk waktu awal pagi dan lewat malam. Ia juga boleh berlaku bila bila sahaja anda kekurangan waktu tidur.

Hampir setiap satu daripada 5 orang dewasa mengalami kekurangan tidur yang menyebabkan:

  • Mengantuk melampau di siang hari
  • Mudah marah
  • Prestasi merudum
  • Pelupa


 Ia juga sering dikaitkan dengan masalah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca microsleep

Kekurangan tidur boleh menjadi punca terjadinya microsleep. Ia boleh terjadi sekiranya anda mengalami insomnia, bekerja lewat malam ataupun tidak mendapatkan tidur yang berkualiti. Terdapat juga beberapa keadaan yang mengganggu tidur hingga menyebabkan microsleep ini berlaku. Keandaa tersebut adalah:

  • Sleep apnea dimana saluran pernafasan terhalang sewaktu tidur menyebabkan otak tidak menerima oksigen yang cukup menjadikan anda mengantuk
  • GERD yang menyebabkan pesakit sentiasa terbangun malam disebabkan masalah tersebut
  • Batuk Berpanjangan yang menyebab pesakit sukar untuk mendapat tidur yang secukupnya

Kajian pernah dilakukan terhadap sekumpulan tikus bagi mendalami punca sebenar microsleep. Tikus ini dibiarkan terjaga dan tidak tidur buat beberapa masa. Mereka kemudiannya meletakkan prob kedalam otak tikus bagi merekod aktiviti elektrik dalam otak.

Hasil menunjukkan walaupun tikus tersebut sedar dan tidak tidur, terdapat beberapa kawasan otak yang tidak aktif menandakan ia sebenarnya tidur. Saintis berpendapat bahawa manusia mungkin mengalami episod tidur sementara walaupun mereka dilihat sedar.

Rawatan

Bagi merawat dan mencegah microsleep, anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya. Tempoh Tidur yang cukup dan sihat bagi seorang dewasa adalah 7 ke 8 jam.

Anda juga boleh melakukan beberapa perubahan cara hidup dan mempunyai rutin tidur bagi meningkatkan kualiti tidur anda.

  • Elakkan meminum kafein dan alkohol sebelum tidur
  • Menutup lampu atau bunyian dalam bilik
  • Elakkan melakukan aktiviti berat sebelum waktu tidur
  • Memastikan bilik selesa

Ketika memandu:

  • Hanya memandu jika anda sedar dan cergas
  • Memandu dengan penumpang di sebelah sekiranyan anda mengantuk
  • Berhenti sekiranya anda banyak menguap, mata berat
  • Pastikan anda fokus ketika memandu
  • Dengar lagu yang rancak

Ketika bekerja:



  • Jangan mengendalikan mesin atau alatan berat ketika mengantuk
  • Berborak dan berbincang bagi kekal fokus
  • Bangun sekali sekala dari tempat duduk dan regangkan kaki

Jika anda sudahpun melakukan perubahan gaya hidup tetapi masih mengantuk atau mengalami microsleep, segera berjumpa doktor. Anda mungkin memerlukan sleep study bagu mengenal pasti masalah tidur anda.

Cara mencegah Microsleep

Mengikut kajian, dianggarkan hampir 16.5 peratus kemalangan maut di jalan raya berlaku disebabkan pemandu mengantuk.

Kekurangan tidur merupakan masalah serius kerana ia menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan waras dan mengurangkan respon anda sewaktu memandu. Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti menghasilkan kesan baik jangka panjang. Namun jika anda mengalami kekurangan tidur dan tidak mempunyai penumpang lain, berhenti seketika dan dapatkan tidur selama 30 minit bagi mengecas tenaga anda.

Mendapatkan tidur yang berkualiti bukan sahaja melindungi anda dari microsleep malahan membantu kesihatan anda. Tidur yang cukup dapat meningkatkan tenaga, mood dan konsentrasi serta mengurangkan risiko penyakit. 

Selain itu, anda juga boleh mengambil minuman berkafein bagi meningkatkan ketajaman minda dan melawan mengantuk. Namun begitu, anda harus ingat bahawa kafein adalah bahan perangsang dan pengambilannya dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan respon yang terbantut iaitu tolerance.

Setelah mengambil kafein buat masa yang lama dan berlebihan, apabila anda mengurangkan atau berhenti mengambil kafein, anda akan mengalami beberapa kesan sampingan yang terjadi disebabkan withdrawal.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Microsleep – Healthline
  2. Driving drowsy prevention week, highlights prevalent and preventable accidents. (n.d.) – Sleep Foundation
  3. How to avoid drowsy driving. (2012).
  4. Lenis G, et al. (2016). Detection of microsleep events in a car driving simulation study using electrocardiographic features. DOI:
    10.1515/cdbme-2016-0063
  5. Microsleep: Brain regions can take short naps during wakefulness, leading to errors. (2011). Sciencedaily
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − nine =