Skip to content

Ulser Mulut: Punca dan Cara Merawat

Ulser mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Selalunya ia mempunyai permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa.

Ia akan menyebabkan ketidakselesaan ketika makan, minum ataupun bercakap.

Selalunya ulser di dalam multu tidak berjangkit dan boleh baik dengans sendirinya selepas beberapa hari. Jika ulser tersebut berpanjangan lebih daripada dua minggu, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan

Punca Ulser Mulut



Terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan ulser mulut berlaku. Ianya adalah:

  • Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit
  • Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau dan nanas
  • Kurang vitamin terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi
  • ‘dental braces’
  • Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat

Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut juga boleh menyebabkan masalah ini. Kanak-kanak terutamanya selalu menghadapi masalah ini.

Ulser di dalam mulut juga mungkin menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk seperti:

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Ulser mulut yang lebih daripada 2-3 minggu
  • Ulser mulut yang tidak sakit (Salah satu tanda sifilis)
  • Ulser yang sampai ke bahagian bibir
  • Ulser tersebut terlampau sakit (Salah satu tanda jangkitan virus herpes)
  • Susah untuk makan dan minum

Ulser mulut yang terlalu lama mungkin boleh disebabkan kanser. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami masalah ini lebih daripada 2 hingga 3 minggu, pesakit dinasitkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan yang lanjut

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan ulser mulut



Ulser mulut yang biasa selalunya boleh baik dengan sendirinya. Tetapi selalunya ia akan mendatangkan masalah kepada pesakit kerana rasanya terlalu sakit. Oleh itu, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurankan sakit tersebut iaitu:

  • Kumur dengan air garam
  • Meletakkan susu magnesium pada ulser tersebut
  • Menggunakan Gel yang boleh disapu pada bahagian ulser untuk mengurangkan sakit. Anda boleh membelinye di farmasi berhampiran
  • Letak ais pada ulser tersebut

Tips untuk mengelakkan daripada ulser mulut

Ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk mengelakkan berlakunya ulser di bahagian mulut. Ia adalah:

  • Mengelakkan makanan yang akan merengsakan bahagian mulut. Cuba kurangkan pengambilan nanas, anggur, oren dan lemon. Jika anda asyik mengalami masalah ulser mulut, cuba kurangkan pengambilan buah-buahan tersebut.
  • Cuba elakkan bercakap ketika makan untuk mengelakkan tergigit lidah ataupun bahagian dalam mulut ketika bercakap
  • Gunakan berus gigi yang tidak terlalu keras
  • Elakkan daripada mengambil air yang terlalu panas

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Canker sores. (n.d.). Mouth Health
  2. Mayo Clinic Staff. (2015). Canker sore.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 3 =