Sihat di tempat kerja adalah suatu perkara yang sangat susah untuk dicapai bagi mereka yang bekerja terutamanya yang bekerja di dalam pejabat. Pekerjaan yang melibatkan 8 jam duduk dihadapan komputer, 5 hari dalam seminggu ini boleh mengganggu kesihatan anda. Situasi kerja seperti sudah tentu akan menyebabkan pelbagai masalah seperti sakit kepala disebabkan terlalu lama melihat komputer, obesiti kerana tidak banyak bergerak dan membakar kalori sehinggalah masalah kanser disebabkan makanan yang tidak terkawal
Oleh itu, kami kongsikan 10 tips kesihatan untuk anda sentiasa sihat di tempat kerja.
1. Jauhkan makanan ringan daripada tempat duduk
Kadang-kadang kita perlukan makanan ringan sebagai contoh gula untuk mengurangkan rasa mengantuk ataupun rasa boring ketika di tempat kerja. Tetapi ia akan menambahkan lagi kalori yang kita ambil dalam seharian. Ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Jika ia tidak diletak dihadapan kita, maka kita pun tidak akan terfikir berkenaan perkara tersebut.
Di kebanyakan pejabat, ramai daripada pekerja mereka berlebihan berat badan kerana tabiat yang suka mengambil makanan ringan ditambah pula dengan situasi kerja yang tidak berapa aktif. Perkara inilah yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi di masa hadapan.
Jika anda merasa letih, berehat seketika dengan menghirup udara dengan lebih banyak dan elakkan makanan ringan tersebut.
Jika anda lapar, bawa buah ke tempat kerja anda. Walaubagaimanapun, tidaklah boleh diambil dengan kuantiti berlebihan kerana buah-buahan juga mengandungi gula.
Oleh itu, mengubah tabiat pengambilan makanan ringan terutamanya gula akan mengurangkan pengambilan kalori seharian dan seterusnya mengurangkan berat badan.
2. Minum air secukupnya.
Minum 5-6 gelas air sehari akan mengekalkan hidrasi dalam badan anda. Terdapat juga pelbagai jenis amakan yang mengandungi banyak air seperti buah oren, anggur, tembikai dan juga epal yang akan mengekalkan kesihatan diri anda.
Rasa mengantuk pada yang berlaku pada waktu petang mungkin disebabkan dehidrasi(kurang air dalam badan). Oleh itu, minumlah banyak air ketika itu untuk mengurangkan rasa mengantuk.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
3. Bersenam
Salah satu yang anda boleh buat untuk mengekalkan kesihatan anda adalah dengan bersenam. Berjalan ketika makan tengahari adalah salah satu perkara yang boleh dilakukan.
Jika ada sahabat yang boleh menemankan anda ketika melakukan perkara tersebut adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya ada yang akan memaksa anda berjalan-jalan ketika anda rasa malas.
Jika anda tidak boleh bersenam waktu tengahari, anda boleh cuba meletakkan kenderaan anda jauh daripada pejabat. Ini akan memastikan anda lebih banyak berjalan pada waktu pagi dan ketika waktu petang. Tidak lupa juga, jadikan tabiat untuk menggunakan tangga berbanding lif.
4. Makan makanan yang sihat dengan kuantiti yang betul
Sepatutnya bukan pilihan makanan sahaja yang perlu diperhatikan. Akan tetapi berapa banyak kuantiti yang diambil juga perlu diperhatikan.
Oleh itu, dinasihatkan untuk mengambil makanan yang sihat ketika makan tengah hari dan perlu juga mengamalkan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.
Kebanyakkannya apa yang kita lihat, bukannya kita tak makan makanan yang sihat, akan tetapi kuantiti makanan yang kita ambil itu yang berlebihan dengan banyaknya.
5. Urat Leher Tegang (Tension Neck Syndrome)
Masalah ini berlaku apabila leher dan bahu berada pada posisi yang tidak betul dalam jangka masa yang lama. Perkara ini selalu berlaku pada meraka yang bekerja di pejabat kerana terlalu lama melihat komputer pada posisi yang salah.
Oleh itu, jika anda ingin mengelakkan sakit leher, pastikan posisi leher anda pada kedudukan yang betul.
6. Berada pada jarak yang sesuai dengan komputer
sakit mata ataupun mata letih selalunya berlaku apabila anda berada di hadapan komputer dengan masa yang lama. Ia boleh menyebabkan sakit kepala, susah untuk fokus dan penglihatan menjadi sensitif terhadap cahaya.
Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlulah berada pada jarak yang sesuai daripada skrin komputer anda iaitu setengah hasta daripada anda.
Anda sepatutnya boleh baca tulisan tersebut tanpa perlu memincing mata anda. Jika anda masih tidak boleh membaca daripada jarak tersebut, anda hanya perlu tingkatkan saiz tulisan tersebut sahaja.
7. Percutian
Percutian yang sihat adalah penting supaya kita sentiasa sihat di tempat kerja.
Percutian yang panjang adalah sangat bermanfaat untuk anda. Ia seolah menjadi pengecas bateri setelah lama kita menumpukan perhatian terhadap pekerjaan kita.
Percutian dapat mengurangkan stress dan merihatkan minda anda, teruamtanya apabila berhadapan dengan konflik ditempat kerja.
Stress boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk menghidapi sesuatu penyakit.
8. Elakkan kerja melebihi masa
Kerja lebih masa boleh menyebabkan satu masalah yang dipanggil sebagai ‘Burnout’ dimana individu tersebut akan merasa terlalu letih dan boleh menjadi stress disebabkan bebanan kerjanya.
Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami imun sistem yang lemah, tidur yang terganggu dan tidak mampu untuk menumpukan perhatian.
9. Sentiasa bersihkan Papan Kekunci(Keyboard) dan Tetikus(mouse)
Papan kekunci, tetikus dan telefon anda boleh menjadi perumah kepada beribu jenis bakteria dan mereka boleh membuatkan anda sakit. Oleh itu, gunakan pencuci disinfektan untuk membunuh kuman tersebut.
Ada sesetengah virus yang boleh hidup di atas suatu permukaan sebagai contoh di atas handphone. Jika virus tersebut adalah rotavirus, ia boleh menjangkiti orang tersebut ketika orang itu sedang menggunakan telefon.
Oleh itu, dinasihatkan untuk menggunakan disinfektan untuk membersihkan pemurkaan dikawasan pejabat anda.
10. Tahu batas anda dan sedar diri
Perkara yang paling penting untuk mengekalkan kesihatan di tempat kerja adalah dengan sedar akan kepentingan untuk menjaga kesihatan diri terlebih dahulu.
Kita juga perlu tahu batas diri kita ketika kita sedang melakukan tips-tips diatas. Dan jangan lupa, buatlah senaman yang mencukupi untuk membantu kesihatan mental dan fizikal anda.
Rujukan:
The National Consumers League. Science Daily. University of California at Davis. National Institute of Environmental Health Sciences. Alan Hedge, professor of ergonomics, Cornell University. Dawn Jackson, registered dietitian; spokeswoman, American Dietetic Association. Jonathan Kramer, president, Business Psychology Consultants.