Skip to content

Leher Hitam: Apakah Puncanya?

Ramai daripada kita perasan yang kawan-kawan kita mempunyai leher hitam seperti dalam gambar ini terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Ada yang risau kepada masalah tersebut dan ada pula yang tak ambil kisah. Tetapi tahukah anda bahawa ia menunjukkan sesuatu dalam badan anda telah berlaku dan ia merupakan ‘predictor’ untuk berlakunya sesuatu pesakit di masa hadapan.

Disini kami ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan hal ini:

Masalah leher Hitam

Masalah leher hitam ini dikenali dengan Acanthosis Nigricans dalam istilah perubatan. Ia berlaku apabila lapisan epidermal di bahagian tersebut lebih cepat terhasil menyebabkan kulit menjadi lebih tebal dan penghasilan melanin menjadi lebih tinggi pada sel kulit dikawasan tersebut menyebabkan ia menjadi lebih gelap.

Tempat yang selalu berlaku



Acanthosis nigricans bukan berlaku dibahagian leher sahaja. Tetapi ia juga boleh berlaku dikawasan ‘pelipat’ yang lain seperti dikawasan ketiak, bahagian atas siku dan bahagian pelipat yang lain.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Risiko

Masalah ini selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini disebabkan orang yang obese ini mempunyai masalah kerintangan insulin dimana insulin tidak dapat berfungsi dengan efisien. Fungsi insulin adalah untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan.

Disebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan normal, gula dalam badan akan meningkat. Jadi badan pun akan bertindak dengan menghasilkan insulin lebih banyak untuk menurunkan gula dalam badan.

Hasilnya dalam badan akan berlebihan hormon insulin daripada yang sepatutnya dan menyebabkan beberapa kesan.

Kenapa insulin menyebabkan kulit hitam?

Insulin pada kadar yang biasa akan membantu dalam pengawalan gula dalam darah sahaja. Tetapi pada kadar yang tinggi ia boleh bertindak dengan lebih lagi iaitu ia boleh pergi merentasi lapisan kulit hingga ke sel keratinocyte.



Ini akan merangsang sel keratinocyte di kulit untuk membahagi dan menyebabkan kulit menjadi tebal terutamanya kulit dibahagian leher, ketiak dan bahagian pelipat.

Bahkan ia juga akan menyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak pada kawasan kulit tersebut disebabkan kepekatan insulin yang tinggi dalam darah.

Insulin yang tinggi juga akan menyebabkan penghasilan hormon lain menjadi lebih tinggi iaitu hormon ‘Insulin-like Growth Factor'(IGF). Hormon ini yang tinggi juga akan menyebabkan kesan yang sama iaitu kulit menjadi tebal bahkan kekuatannya lebih 100 atau 1000 ganda lebih kuat berbanding hormon insulin.

Leher hitam maksudnya anda mudah kena kencing manis

Jadi nak cerita mereka yang mengalami masalah kulit seperti ini berkemungkinan besar akan mengalami penyakit Kencing Manis disebabkan insulin dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan normal

Penyakit lain

Bahkan mereka yang mengalami masalah ini juga sebenarnya mungkin mengalami penyakit yang lain seperti hipotiroid, PCOS, Masalah kalenjar adrenal dan beberapa masalah hormon yang lain

Jadi jika anda mempunyai simptom-simptom yang lain dan ianya pelik. Anda perlu ceritakan kepada doktor anda. Kerana ia boleh merujuk kepada penyakit lain seperti hipotiroid, penyakit cushing’s, penyakit addison’s dan beberapa jenis kanser.

Apa kena buat jika leher anda hitam?

Jadi apa nak buat ni? Pertamanya jika anda obese, anda boleh periksa di klinik kesihatan sama ada anda sudah mengalami kencing manis ataupun tidak. Jika anda tiada kencing manis, ia membawa maksud mungkin hanya menghadapi kerintangan insulin sahaja. Maka perkara yang seterunya anda buat adalah anda kena kurangkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing Manis



Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Phiske, Meghana Madhukar. “An approach to acanthosis nigricans” Indian dermatology online journal vol. 5,3 (2014): 239-49.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 11 =