Skip to content

10 Cara Hilangkan Migrain Yang Mudah

Apakah cara untuk hilangkan masalah migrain? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara mudah untuk anda hilangkan masalah ini.

Pengenalan

Pada tahun 2018, para pengkaji mendapati lebih daripada 15% golongan dewasa di negara Amerika Syarikat mengalami satu episod gejala migrain atau sakit kepala yang teruk dalam tempoh 3 bulan

Migrain selalu digambarkan dengan keadaan sakit kepala di bahagian sebelah kepala pada tahap sederhana atau teruk dengan rasa  berdenyut-denyut. Ia boleh terjadi dalam kalangan golongan dewasa tanpa mengira latar belakang kesihatan samada sihat atau tidak. Ia juga boleh terjadi seawal usia remaja.

Jenis Migrain



Migrain terbahagi kepada 2 kategori bergantung kepada kehadiran aura iaitu :

1. Migrain tanpa aura

Dalam keadaan ini, individu yang mengalami gejala sakit kepala tidak didahului dengan tanda-tanda amaran. Tanda-tanda tersebut digelar sebagai aura. Di samping itu, migrain jenis ini berlaku lebih kerap berbanding dengan jenis migrain tanpa aura.

2. Migrain dengan aura

Bagi ketegori ini pula, sakit kepala selalunya hadir dengan aura terlebih dahulu.



Antara contoh-contoh aura yang anda boleh kenal pasti adalah :

  • Rasa kebas beserta dengan tusukan-tusukan kecil pada bahagian wajah, lengan dan kaki
  • Penglihatan menjadi silau
  • Kabur penglihatan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimanakah migrain terjadi ?

Golongan pakar berpandangan migrain berkait rapat dengan proses hubungan dalam saluran saraf, hormon dan bahan kimia dalam badan begitu juga dengan keadaan semasa saluran darah.

Antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko migrain adalah :

  • Perubahan hormon terutamanya ketika fasa haid
  • Keadaan emosi yang tidak stabil seperti stres, depresi dan anxiety
  • Amalan pemakanan dan minuman seperti kafein, alkohol, coklat dan makanan yang mengandungi bahan pengawet tyramine dan MSG ( monosodium glutamate )
  • Faktor persekitaran seperti bau yang kuat, asap rokok, bunyi bising, perubahan suhu dan cahaya yang terlampau terang.

Punca-punca tambahan lain termasuk :

  • Keletihan
  • Waktu tidur yang tidak mencukupi
  • Dehidrasi ( kurang kandungan air dalam badan )
  • Aktiviti fizikal berlebihan

10 Cara Untuk Hilangkan Migrain

Secara asasnya, migrain tidak dapat dirawat dan dihilangkan. Namun terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengawalnya dan mengurangkan tahap kesakitan agar pekerjaan dan aktiviti harian masih dapat dijalankan dengan baik.

1. Pengambilan Ubat Tahan Sakit

Terdapat pelbagai ubat tahan sakit yang boleh didapati dengan mudah di pasaran. Jenis ubat yang sering digunakan untuk mengawal dan menghilangkan migrain adalah ubat NSAID ( Nonsteroidal anti-inflammatory drugs ) iaitu sejenis ubat anti-radang tanpa steroid dan sejenis lagi ubat adalah paracetamol.

Pengambilan ubat-ubat tersebut beserta dengan waktu rehat sebentar boleh membantu anda untuk kembali pulih seperti biasa atau sekurang-kurangnya mengawal tahap kesakitan itu.



2. Mengawal Stres

Situasi stres boleh datang dari pelbagai sudut dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh datang dalam bentuk ujian di tempat kerja, masalah rumah tangga, jiran tetangga dan sebagainya. Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan tahap migrain bertambah teruk.  

Mempelajari teknik untuk mengawalnya secara tidak langsung memberikan manfaat besar dalam menangani migrain.

3. Bersenam

Aktiviti bersenam dipercayai mampu menjadikan fikiran dan minda kita menjadi lebih tenang dengan pertambahan pengeluaran hormon Endorphin di dalam badan. Hormon ini membantu dalam menjadikan mood kita menjadi lebih baik dan menghilangkan stres. Dengan itu kejadian migrain juga dapat dikurangkan.

4. Terapi Hormon

Perbincangan dan sesi konsultasi dengan doktor boleh dijalankan bagi mendapatkan rawatan terapi hormon jika migrain sering terjadi seiring dengan fasa haid.

5. Meditasi



Amalan meditasi dipercayai sebagai salah satu kaedah yang berkesan dalam mengawal stres. Tidak kira sejauh mana sekalipun tahap stes tersebut, melalui amalan meditasi yang betul ia dapat dikurangkan.

Bagi umat Islam, amalan ibadah seperti berzikir, solat dan membaca Al-Quran adalah antara perkara yang boleh dilakukan dan terbukti berkesan.

6. Tidur Yang Mencukupi

Kekurangan waktu tidur menyebabkan tahap ketahanan badan berkurangan dan keadaan sakit kepala yang sederhana atau ringan boleh dialami dengan teruk oleh seseorang akibat hal yang sedemikian.

Jadi anda perlu pastikan untuk tidur lebih awal pada setiap malam agar tempoh waktu tidur yang mencukupi dapat dicapai.

7. Banyakkan Minum Air

Salah satu sebab migrain adalah dehidrasi di mana kandungan air dalam badan itu berada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi seeloknya pastikan anda minum air secara kerap agar kandungan air dalam badan anda sentiasa cukup terutamanya ketika hendak bersukan. Dengan itu masalah migrain dapat dielakkan.

8.  Elakkan Makanan Dan Minuman Yang Menyebabkan Migrain



Selain perubahan gaya hidup untuk bersenam dan meditasi, anda juga disarankan untuk mengelakkan makanan dan minuman seperti kafein, alkohol dan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan MSG.

Imam Al-Ghazali RA dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana.

9. Ubat Tahan Muntah

Untuk makluman anda, gejala muntah dan loya sering turut sama terjadi ketika migrain. Pengambilan ubat tahan muntah sedikit sebanyak boleh mengurangkan bebanan tambahan yang dialami.

10.  Berehat Di Bilik Gelap

Jika migrain berlaku apabila anda terdedah kepada kawasan yang terang dengan cahaya lampu atau disebabkan sinaran mentari yang terik, anda disarankan untuk mengambil masa untuk berehat di ruang bilik gelap sebentar. Ia mampu mengurangkan rasa sakit kepala yang dialami.

Akhir sekali, jika keadaan migrain yang dialami menjadi bertambah buruk dari hari ke hari hingga berbulan-bulan dan tidak kembali pulih walaupun telah mencuba pelbagai kaedah. Sesi pemeriksaan lanjut bersama doktor perlu dijalankan kerana kemungkinan besar sakit kepala yang dialami adalah berpunca dari penyakit yang dihidapi selama ini.

Diharapakan artikel cara untuk hilangkan migrain ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca



Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Everything You Need To Know About Migrain – Medical News Today
  2. Migraine – Healthline
  3. Migraine – NHS UK
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + one =