Skip to content

10 Cara Hilangkan Ketuat Dengan Mudah

Apakah cara untuk hilangkan ketuat? Artikel ini akan membincangkan cara-cara untuk hilangkan ketuat dengan mudah dan cepat.

“ Penyembuhan dari ketuat memerlukan suatu tempoh samada berminggu-minggu, berbulan malah bertahun ”

Secara definisinya ketuat adalah ketumbuhan bersaiz kecil yang terjadi pada kawasan kulit. Ia disebabkan oleh jangkitan virus yang dikenali sebagai Human Papillomavirus.



Bentuk dan saiznya berbeza-beza mengikut kategorinya yang tersendiri seperti :

  • Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  • Ketuat plantar – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
  • Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

Punca Dan Bagaimana Ketuat Terjadi

Ya, sebagaimana yang kita tahu punca ketuat adalah disebabkan oleh Human Papilloma Virus. Ia boleh berjangkit dan boleh merebak ke bahagian anggota badan yang lain terutamanya jika terdapat kesan luka pada bahagian tersebut.

Atas sebab itu, anda akan dapati yang ketuat sering terjadi pada kanak-kanak. Bagi golongan dewasa pula, ketuat sering terjadi pada bahagian bercukur. Akibat dari jangkitan tersebut, virus ini akan menyebabkan penghasilan keratin yang berlebihan pada kawasan yang dijangkiti.

Keratin adalah sejenis protein yang terdapat pada anggota-anggota tubuh badan seperti rambut, kuku dan kulit. Ia membantu dalam menguatkan struktur sesebuah organ namun pengeluaran yang berlebihan menyebabkan terbentuknya ketumbuhan yang memberikan kesan terhadap struktur asalnya.

Cara Untuk Hilangkan Ketuat

Sebenarnya ketuat boleh hilang secara sendirinya walaupun tanpa tanpa melakukan rawatan. Perbezaan bagi setiap individu adalah tempoh yang diambil untuk pulih kembali.



Apa-apa pun terdapat banyak jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk menghilangkan ketuat.

1. Elakkan Sumber Jangkitan

Pertama sekali apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencegah. “ Mencegah lebih baik daripada merawat ”. Anda pasti tahu bahawa ayat ini adalah salah satu kata-kata yang sering diungkapkan dalam dunia perubatan bukan ?

Ya, anda perlu elak daripada menyentuh ketuat individu lain, mengelakkan diri daripada berkongsi barang peribadi seperti tuala, kain basuh dan barang-barang peribadi lain yang boleh menjadi sumber penyebar jangkitan human Papillomavirus.

Memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga, membasuh tangan dengan kerap dan langkah-langkah pencegahan yang lain. Dengan ini, anda secara keseluruhannya anda dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti ketuat dan pada masa yang sama jika anda telah mengalaminya anda dapat menutup ruang pada jangkitan tersebut untuk menjadi bertambah buruk.

2. Cryotherapy

Ia adalah sejenis kaedah pembuangan ketuat melalui proses pembekuan. Bahan yang digunakan adalah cecair Nitrogen. Merupakan salah satu rawatan utama yang dijalankan oleh Pakar Dermatologi ( Pakar Perunding Kulit ).

Apa yang akan dilakukan adalah cecair tersebut yang boleh mencapai suhu serendah -320 fahrenheit akan disembur atau diratakan pada ketuat dan kawasan disekelilingnya.



Anda akan merasai kesejukkan pada bahagian tersebut seolah-olah terdapatnya ais di situ. Ia boleh juga menghasilkan rasa kebas. Melalui teknik ini sel-sel ketuat tersebut akan mula musnah dan menjadi kuping seiring dengan peredaran waktu.

Selalunya ia akan tanggal dengan sendirinya dalam tempoh satu atau dua minggu. Terdapat kit-kit cryotherapy yang dijual di pasaran namun anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan secara terus melalui doktor kerana bimbang akan risiko komplikasi yang kemungkinan boleh terjadi.

3. Ubat Asid Salicylic

Asid ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti jel, minyak atau krim. Ia berfungsi dalam mengurangkan keradangan pada kulit dan membantu dalam membuang kulit-kulit mati pada lapisan teratas.

Ubat asid salicylic boleh digunakan secara berkala bagi menghakis ketuat. Kaedah ini mungkin memerlukan tempoh beberapa sebelum hasilnya dapat dilihat.

4. Cantharidin

Cantharidin merupakan sejenis ejen lepuh. Ia juga antara ubat yang sering digunakan oleh pakar perunding dermatologi. Apabila ubat ini disapu pada bahagian ketuat, ia akan terus melecet dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Beberapa hari kemudian ketuat tersebut boleh tertanggal dengan sendirinya atau ia juga boleh dibuang di Klinik Dermatologi. Luka yang terhasil disebabkan kaedah ini akan mengambil masa dalam 4 ke 7 hari untuk kembali pulih semula.



5. Teknik Duct Tape ( Pita Saluran )

Potong duct tape berdasarkan saiz ketuat anda lalu tampalkan padanya untuk tempoh 6 hari. Pada hari terakhir anda rendamkan tampalan tersebut di dalam air terlebih dahulu sebelum membuangnya dengan menggosok-gosok menggunakan papan emery pakai buang.

6. Immunotherapy

Sistem imunisasi badan anda juga mampu mengatasi masalah ketuat. Diphencyprone ( DCP ) adalah antara ubat immunotherapy yang digunakan dalam kaedah ini bagi menghilangkan ketuat.

7. Bleomycin

Ada juga Pakar Perunding Dermatologi yang menyuntik ketuat dengan ubat anti-kanser seperti Bleomycin. Ia mungkin boleh menghasilkan rasa sakit pada bahagian yang disuntik.

8. Electrosurgery & Curettage

Banyak teknik yang anda boleh dapati dalam bidang pembedahan. Dengan electrosurgery, melalui penghasilan haba yang tinggi mampu menukarkan ketuat menjadi kepingan kuping yang mudah tertanggal.



Setelah itu, saki baki ketuat tersebut akan dikikis melalui teknik curettage menggunakan alat-alat pembedahan yang sesuai.

9. Pembedahan Kecil

Doktor yang merawat anda juga mungkin memilih alternatif lain seperti pembedahan kecil bagi membuang terus ketuat yang terdapat pada anggota tubuh badan anda. Rawatan ini mungkin akan meninggalkan sedikit kesan parut pada kawasan yang dibedah.

10. Rawatan Laser

Saluran-saluran kecil darah pada bahagian ketuat akan dimusnahkan melalui teknik laser. Situasi ini menyebabkan bekalan nutrisi dan keperluan tisu yang dijangkiti ketuat terhenti dan mengakibatkannya mati.

Apabila hal ini terjadi, ketuat tersebut akan tertanggal.

Secara kesimpulan, seeloknya seseorang itu memastikan kebersihan dirinya sentiasa terjaga. Andai kata ditakdirkan terjadi juga ketuat, jangan terlalu risau kerana ia boleh hilang secara sendiri dan pilihan rawatannya juga banyak.

Bacaan Tips yang lain:



Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Warts – Healthline.
  2. How to Treat a Wart – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 14 =