Tembak monyet dan Game tembak menembak. Apa kaitannya?

Tular rakaman video menunjukkan tindakan kejam seorang remaja lelaki yang menembak monyet belaannya disebabkan tidak berkata ‘Baby Sayang’.

‘Baby sayang’ seperti yang kita tahu adalah perkataan Mirah Filzah yang sedang trending pada ketika itu. Perkataan ‘Baby Sayang’ ataupun Mira Filzah sebenarnya tiada kaitan dengan perlakuan ganas remaja tersebut. Tetapi terdapat faktor lain yang mungkin memainkan peranan penting.

Sebelum ini kita ketahui kebanyakan daripada kajian menunjukkan game yang ganas dan juga yang melibatkan adegan tembak-menembak tidak menyebabkan kanak-kanak menjadi ganas ketika membesar. Tetapi ia masih menjadi salah satu perkara yang merisaukan ibubapa.



Kajian terbaru ini mesti akan memuaskan hati semua ibubapa. Kajian tersebut menunjukkan kanak-kanak yang terdedah kepada permainan tembak-menembak ini akan lebih mudah dan lebih selesa menggunakan senjata api berbanding kanak-kanak yang lain.

Cuba lihat remaja tersebut. Hanya sebab monyet yang memang tidak boleh bercakap dalam bahasa melayu dan semestinya tidak boleh bercakap ‘Baby sayang’ ditembak sebegitu mudah sekali. Tanpa ada rasa bersalah. Tanpa ada rasa jijik.

Sebab itulah ada pepatah mengatakan bapak borek, anak rintik. Bermaksud dia akan mengikut dan melakukan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh orang tuanya termasuk juga apa yang mereka lihat dalam kegiatan seharian. Dalam kes ini, melihat permainan video tembak-menembak mampu mempengaruhi kelakuan mereka.

Kajian terbaru

Kanak-kanak yang bermain permainan ‘Minecraft’ yang menggunakan senjata api mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk memegang dan bermain dengan senjata api yang sebenar berbanding dengan kanak-kanak yang bermain ‘Minecraft’ yang menggunakan pedang sebagai senjata, kata Penyelidik.

Teruk lagi apabila kanak-kanak ini berani menghalakan senjata itu kepada diri sendiri dan juga kepada kawan-kawannya dan memetik picu pistol tersebut.



Ini bukan game, tetap ini adalah dunia sebenar. Oleh itu, anda kena faham bagaimana rasa berbahayanya memilik sepucuk pistol dan memetik picunya kepada orang lain. Tetapi kanak-kanak tersebut merasakan ia hanyalah permainan semata-mata.

Sama seperti kes remaja tadi. Rasa belas kasihan tersebut sudah hilang pada dirinya.

Dalam kajian ini, ia melibatkan 250 kanak-kanak yang berumur 8-12 tahun dan mereka dibenarkan untuk bermain permainan ‘Minecraft’ yang kita tahu mempunyai banyak blok dan pixel.

Kanak-kanak tersebut dipasangkan dengan seorang lagi rakan dan mereka diberi pilihan untuk main 3 versi minecraft iaitu:

  1. Menggunakan senjata untuk membunuh raksaksa
  2. Menggunakan pedang untuk membunuh raksaksa
  3. Tidak menggunakan senjata dan tidak perlu membunuh raksaksa atau orang jahat.

Setelah 20 minit bermain, mereka akan diletakkan dalam satu bilik bersama dengan permainan. Dalam bilik itu juga diletakkan dua pistol 9mm.

Terdapat 220 kanak-kanak yang melihat pistol tersebut dan kelakuan mereka pada ketika itu dilihat.

Apa yang memeranjatkan, mereka yang terdedah dengan permainan minecraft yang mempunyai adegan tembak menembak akan mengambil pistol tersebut dan memetik picu pistol itu sama ada pada diri sendiri ataupun pada kawan-kawannya di dalam bilik tersebut.

Keputusan kajian ini menunjukkan betapa pentingnya ibubapa untuk mengawal game yang dimainkan oleh anak mereka.



Anda tidak membenarkan anak-anak anda mengambil makanan ringan sesuka hati. Begitu juga anda juga tidak boleh membiarkan anak-anak anda terdedah kepada permainan video ataupun televisyen tanpa pemantauan.

Rujukan:

  1. Justin H. Chang et al. Effect of Exposure to Gun Violence in Video Games on Children’s Dangerous Behavior With Real Guns, JAMA Network Open (2019). DOI: 10.1001/jamanetworkopen.2019.4319
Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 12 =

Scroll to Top