Skip to content

10 Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Apakah cara untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata? Artikel ini akan membincangkan cara untuk menghilangkan kesan hitam bawah mata.

“ Lingkaran hitam bawah mata lebih cenderung untuk dikaitkan dengan kecantikan berbanding dengan kesihatan ”

Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalami situasi terjadinya lingkaran hitam bawah mata membuatkannya kelihatan seakan-akan seperti mata panda.



Ia bukanlah sesuatu yang membahayakan kesihatan diri secara keseluruhan. Namun, apabila terjadi ia memberikan kesan yang berat bagi sesetengah orang yang tidak mampu menerima kenyataan bahawa mereka tergolong dalam individu yang memilikinya.

Kesan terhadap penampilan wajah memberikan kesan yang negatif pada seseorang seperti lemah keyakinan diri dan stres. Bagi kaum wanita, kekurangan ini dapat diatasi dengan pemakaian bahan-bahan solek untuk menutupinya.

Tetapi ia bukanlah satu tindakan yang digemari oleh kaum lelaki.

Apakah Punca Yang Menyebabkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Terjadi ?

1. Pigmentasi Yang Berlebihan

Melanin adalah sejenis komponen dalam badan kita yang memberikan warna hitam atau coklat gelap pada lapisan kulit, rambut, mata dan sebagainya. Ia dihasilkan melalui proses pigmentasi.



Apabila ia dihasilkan secara berlebihan sebagai contoh pada bahagian bawah mata, maka terjadilah lingkaran hitam pada kawasan tersebut. Secara asasnya ia juga boleh terjadi akibat keradangan.

Sebagai contoh :

  • Terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama
  • Atopic Dermatitis ( sejenis ekzema )
  • Tabiat suka menggaru mata

2.  Kehilangan Tisu Lemak

Faktor seperti usia, genetik dan tabiat merokok boleh menyebabkan kawasan bawah mata kehilangan tisu-tisu lemak lalu terhasilah lingkaran hitam akibat kondisi tersebut.

3. Pembengkakkan Kelopak Mata

Keadaan ini sering terjadi pada individu yang menghidapi penyakit Thyroid

4. Punca-Punca Lain

Selain itu, antara faktor-faktor lain yang dapat dikenal pasti adalah seperti kekurangan waktu tidur, keletihan atau kekurangan air dalam badan ( dehidrasi ).



Cara untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Sebenarnya banyak teknik yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut lalu meningkatkan kembali keyakinan diri seseorang.

1. Cukup Tidur

Pertama sekali pastikan diri anda tidur dengan secukupnya. Waktu tidur yang cukup dapat mengelakkan wajah anda kelihatan pucat seterusnya membuatkan lingkaran hitam tersebut menjadi kurang kelihatan pada pandangan orang-orang di sekeliling anda.

2. Rawat Masalah Resdung

Masalah resdung sering kali menyebabkan bahagian bawah mata menjadi sedikit bengkak apabila gejalanya hadir. Situasi ini menyumbang kepada terbentuknya lingkaran hitam.

Ia mungkin dapat diatasi sekiranya anda mendapatkan rawatan bagi masalah resdung dengan pengambilan ubat secara berkala.

3. Berhenti Merokok

Bahan-bahan kimia rokok selain merosakkan lapisan kulit wajah anda ia juga boleh menghancurkan kolagen yang merupakan elemen penting bagi struktur kulit.



4. Elakkan Tabiat Menggaru Kawasan Bawah Mata

Tabiat ini boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang terdapat pada kawasan tersebut lalu menghasilkan bulatan-bulatan hitam.

5. Memakai Krim Pelindung Matahari ( Sunscreen )

Elastin dan kolagen adalah dua komponen penting bagi menjamin struktur kulit yang sihat. Kedua-duanya boleh musnah apabila terdedah pada sinaran ultraviolet matahari. Oleh itu, penggunaan krim pelindung matahari dapat mengelakkan situasi ini daripada terjadi terutamanya bagi mereka yang selalu melakukan aktiviti-aktiviti di luar pejabat.

6. Tuaman Sejuk

Amalan menuam pek sejuk pada bahagian atau kawasan mata yang terkesan selama 20 minit boleh mengecutkan saluran-saluran darah yang terdapat di situ selain dapat mengurangkan pembengkakkan yang terjadi.

7. Aloe Vera ( Lidah Buaya )

Ciri-ciri seperti anti-radang, anti-penuaan dan memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering terdapat pada tumbuhan Aloe Vera.



Anda boleh cuba untuk meletakkan gel Aloe Vera pada bahagian bawah mata dalam tempoh 10 minit sebelum membersihkannya dengan menggunakan kain atau kapas. Ia bertindak mengurangkan lingkaran hitam dengan cara alami.

8. Gaya Pemakanan

Selain itu, pengambilan diet pemakanan yang betul juga penting dalam mengatasi masalah ini. Pastikan badan anda sentiasa mengandungi air yang mencukupi begitu juga mengamalkan pemakanan diet-diet yang penting untuk kolagen.

Menurut kajian, asid hyaluronik menyumbang dalam meningkatkan penghasilan kolagen.

Oleh itu , anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan atau buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C dan zat yang meningkatkan kadar penghasilan kolagen dan asid hyaluronik seperti :

  • Buah Oren
  • Brokoli
  • Strawberi
  • Kobis Brussel
  • Buah Kiwi
  • Bunga Kobis

9. Memakai Kaca Mata Hitam

Jika sebelum ini, kita ada membincangkan tentang pemakaian krim pelindung bagi melindungi kulit dari sinaran ultraviolet matahari.

Kini terdapat juga alternatif lain bagi yang kurang berminat dengan teknik tersebut. Pemakaian kaca mata hitam merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang tidak gemar memakai krim pelindung.



Tetapi perlu diingat tidak semua jenis kaca mata hitam diperbuat daripada material yang mempunyai ciri pelindung sinaran matahari. Jadi pastikan anda mengkajinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.

Selain daripada memberikan perlindungan, ia juga dapat menutup lingkaran hitam bawah mata daripada khayalak ramai.

10. Bersenam

Akhir sekali, jangan lupa untuk banyakkan bersenam kerana ia dapat melancarkan proses pengaliran darah lalu menyuburkan lapisan-lapisan struktur kulit.

Sebelum kita mengakhiri artikel kali ini, anda juga perlu maklum akan 2 faktor lingkaran hitam bawah mata yang tidak dapat dirawat iaitu :

  • Genetik
  • Genetik merupakan antara salah satu faktor utama yang mempengaruhi proses pigmentasi yang berkait dengan pewarnaan kulit.
  • Penuaan
  • Usia yang berlalu seiring dengan masa dituruti juga dengan kulit yang semakin nipis akibat kehilangan kolagen dan lemak. Apabila ia terjadi pada bahagian bawah mata maka saluran-saluran pada bahagian tersebut menjadi semakin jelas dan menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebih gelap.

Jika anda memerlukan lebih banyak info tentang masalah di atas dan pilihan rawatan yang lebih terperinci, maka sesi perjumpaan dengan Pakar Dermatologi adalah jawapan yang paling tepat.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:



  1. What causes dark circles under the eyes? – Medical News Today
  2. Dark Circles Under Eyes Men – Healthline
  3. Dark Circles – Webmd
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =