Apakah cara untuk mencegah dan mengelakkan masalah kencing kotor? Artikel ini akan membincangkan berkenaan langkah-langkah mudah yang anda boleh lakukan untuk mencegah masalah ini.

Jangkitan saluran kencing atau kencing kotor terjadi apabila terdapat pembiakan kuman dalam saluran kencing. Ia terjadi pada bahagian bawah saluran kencing iaitu urethra dan pundi kencing.

Jika anda mengalami jangkitan saluran kencing, anda akan kerap kencing dan juga mengalami kesakitan untuk membuang air. Air kencing juga mungkin berubah warna.

Kaum wanita lebih berisiko mendapat jangkitan saluran kencing kerana wanita mempunyai saluran urethra yang lebih pendek, iaitu tiub yang menyalurkan air kencing dari pundi kencing ke luar. Ini memudahkan kemasukan bakteria ke dalam pundi kencing. Bukaan saluran kencing wanita juga lebih hampir dengan dubur, menyebabkan bakteria yang sering menyebabkan jangkitan saluran kencing iaitu E. Coli lebih serang merebak.

Antara faktor lain yang mungkin menyumbang ialah:

  • Kekerapan melakukan seks
  • Pasangan seks yang bertukar
  • Kaedah perancangan keluarga
  • Menopaus
  • Sistem imun yang lemah
  • Struktur saluran kencing
  • Saluran kencing tersumbat dengan batu karang dsb
  • Penggunaan tiub kencing iaitu kateter

Jangkitan saluran kencing sering terjadi namun ia boleh dielakkan. Berikut merupakan antara tips dan cara yang boleh diamalkan bagi bagi mengelakkan masalah kencing kotor:

1. Membersihkan kawasan saluran kencing dan anus

Memandangkan kawasan tersebut terdedah dengan banyak jenis kuman, pastikan anda membersihkan kawasan tersebut sebersihnya selepas menggunakan tandas. Ini juga dapat mengelakkan terjadinya jangkitan E.coli yang berasal dari anus ke saluran kencing.

Bagi kaum wanita, bersihkan kawasan kemaluan dengan cara menolak air dari kawasan hadapan ke bahagian belakang iaitu ke arah dubur. Ini bagi menolakkan kuman kawasan dubur naik ke saluran air kencing

2. Meminum banyak air

Banyakkan pengambilan air dan kekal hidrat sepanjang hari. Ini mungkin akan menyebabkan anda lebih kerap kencing namun berita baiknya adalah anda akan mengeluarkan kebanyakan bakteria dalam saluran air kencing melalui air kencing.

Amalkan pengambilan 1 liter air setiap hari bersamaan dengan 8 gelas air setiap hari. Jika anda sukar menghabiskan jumlah air tersebut, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan smoothies diperbuat dari sayuran dan buahan.

Namun begitu, hadkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Ini kerana bahan tersebut boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing.

3. Elakkan menahan kencing terlalu lama

Jangan amalkan menahan kencing terlalu lama kerana ini boleh menggalakkan pembiakan bakteria dalam air kencing. Seeloknya, anda disarankan membuang air dengan segera dan tidak menunggu sehingga 3-4 jam untuk membuang air dan kosongkan pundi kencing sepenuhnya setiap kali anda buang air.

Ini sangat penting terutamanya bagi wanita yang hamil kerana tekanan dari rahim akan menekan pundi kencing menyebabkan anda kerap membuang air. Jika anda menahan kencing, anda berisiko mendapatkan jangkitan saluran kencing dan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

4. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks

Aktiviti seks meningkatkan risiko terjadinya jangkitan saluran kencing terutamanya bagi wanita. Ini kerana bakteria boleh masuk ke dalam saluran urethra ketika melakukan seks.

Bagi mengurangkan risiko tersebut,  buang air kecil sebelum dan sejurus selepas selesai melakukan seks. Ini berfungsi untuk mengeluarkan bakteria dalam air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Anda juga disarankan untuk membersihkan kawasan alat sulit sebelum dan selepas melakukan seks. Ini akan mengekalkan kebersihan kawasan tersebut dan mengurangkan risiko kemasukan bakteria ke dalam saluran kencing.

5. Elakkan produk pembersihan vagina

Vagina mengandungi pelbagai spesis mikrobia, kebanyakannya dari jenis Lactobacilli. Bakteria ini membantu mengekalkan kesihatan vagina dan menyeimbangkan pH di kawasan vagina.

Produk pembersihan vagina akan mengganggu keseimbangan tersebut dan menggalakkan pembiakan bakteria. Ini akan berakhir dengan jangkitan saluran kencing, bacterial vaginosis dan jangkitan kulat.

Oleh itu, elakkan penggunaan sabun, tampon wangian ataupun bedak. Sabun yang mengandungi wangian akan menyebabkan iritasi di kawasan kemaluan dan menyebabkan ketidak seimbangan bakteria di vagina.

6. Gunakan kaedah perancangan keluarga yang lain

Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh meningkatkan pembiakan bakteria jahat seperti:

  • Vaginal diaphagrm
  • Kondom tanpa lubrikan
  • Spermicide

Jika anda menggunakan kaedah di atas,bincang dengan doktor anda untuk menukar kaedah lain.

7. Pengambilan probiotik

Probiotik merupakan mikrobe hidup yang dapat meningkatkan pembiakan bakteria baik dalam saluran usus. Ia juga menggalakkan pembiakan bakteria baik dalam saluran kencing. Mereka dapat melindungi anda daripada jangkitan saluran kencing.

Antara makanan yang kaya dengan probiotik adalah:

  • Makanan tapaian seperti yogurt, kefir, sauerkraut dan tempeh
  • Mengambil suplemen probiotik

8. Dapatkan rawatan antibiotik

Jika anda mengalami jangkitan saluran kencing yang tidak sembuh dengan rawatan biasa, anda mungkin memerlukan antibiotik harian dalam dos yang kecil. Anda perlu mengambil antibiotik ini setiap kali melakukan aktiviti berisiko seperti hubungan seks ataupun apabila anda mengalami tanda awal jangkitan seperti kencing kerap.

Namun begitu, anda akan terdedah kepada antibiotik resistance iaitu apabila antibiotik tidak berkesan jika antibiotik diambil terlalu lama.

9. Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran

Buahan seperi cranberries, orange kaya dengan vitamin C dan banyak komponen lain yang dapat meningkatkan imunisasi badan secara keseluruhan. Ia juga meningkatkan tahap keasidan dalam air kencing dan menghalang pembiakan bakteria jahat.

Rujukan

  1. Ways to Prevent Urinary Tract Infection – Healthline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *