Skip to content

7 Cara dan Tips Hilangkan Sakit Lutut

Apakah cara dan tips untuk hilangkan masalah sakit lutut? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk merawat masalah ini. Walaubagaimanapun, jika sakit tersebut teruk dan dikhuatiri disebabkan masalah yang serius, pesakit perlulah berjumpa doktor dengan kadar yang segera,

Punca Sakit Lutut

Sakit lutut merupakan sejenis keadaan yang kerap dialami oleh masyarakat kita. Terdapat beberapa punca yang mungkin menyumbang kepada sakit lutut anda seperti:

  • Osteoarthritis iaitu sejenis penyakit degeneratif yang sering dialami oleh mereka yang berusia.  Dalam keadaan ini, pergerakan menjadi terhad dan kesakitan meningkat dari masa ke semasa. Ia berkurangan apabila anda duduk dan tidak meletakkan beban berat pada lutut.
  • Rheumatoid arthritis iaitu sejenis penyakit yang melibatkan sendi seluruh badan termasuk lutut. Ia menyebabkan sendi menjadi keras di awal pagi dan juga kesukaran bergerak.
  • Terseliuh terjadi apabila otot terlampau meregang ataupun apabila melakukan aktiviti tanpa regangan yang cukup. Walaupun ia boleh sembuh sendiri, kecederaan yang melibatkan struktur lain seperti sendi lutut memerlukan rawatan lain.
  • Gout juga sering dialami dan sejenis penyakit sendi. Ia menyebabkan sendi menjadi radang, bengkak, sakit dan kemerahan. Gout perlu dirawat menggunakan ubatan.

Cara dan Tips untuk Hilangkan Sakit lutut

Terdapat cara dan amalan ringkas yang boleh dilakukan untuk menghilangkan sakit lutut.



1. Melakukan Aktiviti Fizikal

Kajian mendapati mereka yang melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan mengayuh basikal dapat mengelakkan masalah osteoarthritis yang menjadi salah satu punca kepada masalah sakit lutut. Aktiviti seperti ini didapati dapat meningkatkan kesihatan tulang dan tisu rawan(Kartilej) dibahagian sendi.

Selain itu, ia dapat menguatkan otot di sekitar lutut dan menjadikan sendi otot lebih stabil dari sebelum ini. Mereka yang mengalami sakit lutut boleh mengamalkan senaman aerobik dan berimpak rendah yang meletakkan kurang tekanan pada lutut.

2. Mengamalkan postur badan yang betul. 

Anda boleh mengamal tips ini untuk mendapat postur badan yang betul:

  • Elakkan kerusi atau sofa yang rendah yang menyebabkan anda duduk tidak selesa.
  • Duduk di atas bantal bagi meninggikan paras duduk anda jika perlu.
  • Pastikan anda duduk dengan postur yang betul, tidak membongkok dan terlalu menyandar.
  • Elakkan duduk dengan terlalu lama tanpa menggerakkan kaki kerana ia boleh menyebabkan sendi menjadi kejang dan sakit.


3. Pastikan berat badan berada pada tahap optima

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes berisiko untuk mendapat sakit lutut kerana sendi lutut perlu menampung berat badan berlebihan yang boleh memberi kesan padanya. Pemakanan yang sihat membantu anda mengawal berat badan. Amalkan pemakanan yang kaya dengan buahan, sayuran, dan serat. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan lemak.

Pakar mengesyorkan mereka yang mengalami osteoarthritis untuk mengurangkan berat badan jika pesakit tersebut mempunyai berat badan berlebihan. Doktor atau pakar pemakanan boleh mengesyorkan kepada pesakit berapa banyak berat yang perlu diturunkan dan cara-cara untuk mengurangkan berat badan.

4. Penggunaan ubat tahan sakit dan anti radang

Penggunaan ubat iniboleh membantu anda mengawal kesakitan dan mengawal radang. Ubat ini boleh diambil dari klinik atau boleh dibeli di farmasi. Ubatan seperti NSAID iaitu ibuprofen, ubat tahan sakit yang boleh dimakan atau berbentuk gel sapuan dan tramadol,  mungkin membantu anda.

5. Mengurut secara sederhana di kawasan lutut.

Teknik urutan yang betul dan lembut boleh membantu sakit lutut. Urut secara perlahan lahan dan lemah lembut dan lakukan beberapa kali sehari. Elakkan dari menekan kawasan lutut terlalu kuat. Ini dapat mengawal kesakitan dan mengelakkan bengkak.

Walaubagaimanapun, belum ada lagi kajian yang menunjukkan cara ini berkesan untuk mengurangkan sakit lutut. Akan tetapi ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan stress pada pesakit yang mengalami masalah sakit lutut ini



6. Melakukan RICE iaitu rest, ice, compression dan elevation.

Rehatkan lutut anda dari aktiviti yang meletakkan beban pada lutut. Letak balutan tuala mengandungi ais di sekitar kawasan lutut selama 20 minit bagi merdakan bengkak dan mengurangkan sakit. Letakkan tekanan sekata pada lutut menggunakan balutan. Letakkan kaki di paras yang lebih tinggi bagi menggalakkan pengaliran darah dan mengurangkan bengkak.

7. Menuam kawasan lutut dengan tuala atau objek panas atau suam.

Haba membantu melegakan otot dan mengurangkan kekejangan. Elakkan dari merendam tuala dalam air terlalu panas ataupun menggunakan objek panas secara terus ke kawasan lutut. Sebaliknya gunakan suhu sederhana dan rendam dalam air suam.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bila perlu Berjumpa doktor?

Kecederaan pada lutut yang serius seperti trauma, jatuh dan sebagainya perlu mendapatkan rawatan segera dari doktor.

Jika kesakitan berlarutan terlalu lama, menjadi semakin teruk dan menganggu kehidupan seharian, anda disarankan berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Anda mungkin memerlukan ujian X ray atau CT scan bagi melihat struktur lutut dengan lebih jelas. Anda juga mungkin memerlukan ubatan preskripsi dari doktor yang tidak dijual di farmasi.

Bacaan Tips yang lain:



Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Kontzias, A. (2017). Osteoarthritis (OA). 
  2. Kontzias, A. (2017). Rheumatoid arthritis (RA). 
  3. American Academy of Orthopaedic Surgeons. (2013). Treatment of osteoarthritis of the knee: evidence-based guideline (2nd edition).
  4. Berman, B. M., et al. (2004). Effectiveness of acupuncture as adjunctive therapy in osteoarthritis of the knee: a randomized, controlled trial
  5. Burg, S. (2015). 5 ways you’re making your knee pain worse.

Sumber Featured Images:

  1. Flickr.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 4 =