Skip to content

Carpal Tunnel Syndrome(sindrom terowong Karpal): Punca dan simptom

Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Sakit tersebut selalunya menjadi teruk ketika tengah malam.

Semua simptom ini berlaku disebabkan tekanan dalam terowong karpal dimana saraf median masuk ke tapak tangan melaluinya. Maka, fungsi saraf tersebut terganggu dan menyebabkan simptom-simptom yang telah disebutkan tadi berlaku

Masalah Carpal Tunnel Syndrome



Carpal tunnel syndrome(CTS) atau sindrom terowong karpal adalah koleksi simptom seperti kebas, sakit dan rasa kesemutan pada bahagian tangan disebabkan himpitan pada saraf median di dalam terowong karpal yang menyebabkan fungsi saraf tersebut terganggu.

Selalunya, pesakit mempunyai faktor risiko untuk menghadapi masalah ini. Hanya bahagian yang berhubung dengan saraf median sahaja yang akan terkesan daripada masalah tersebut

Anatomi

Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan.

Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.

Tendon adalah struktur yang menyambungkan otot kepada tulang bagi tujuan pergerakkan



Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’ dibahagian atas

Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana penyakit ini berlaku?

Beberapa faktor risiko telah ditemui dan berkait rapat dengan masalah Carpal Tunnel Syndrome ini. Ia melibatkan tekanan yang tinggi pada terowong karpal yang menyebabkan sel saraf mengalami proses demylenasi dan juga digenerasi.

Bahasa mudahnya, bahagian saraf median selepas terowong karpal menjadi tidak berfungsi dan mati. Saraf yang paling mula terkesan daripada masalah tersebut adalah saraf deria sentuhan. Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut.

Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama. Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.

Faktor Risiko

Perlu diketahui bahawa pesakit sindrom terowong karpal mempunyai pelbagai faktor risiko. Tetapi salah satu faktor risikonya adalah apabila penggunaan tangan dan pergelangan tangan semakin meningkat, ia akan menyebabkan simptom semakin teruk

Beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit ini adalah:

  • Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas
  • Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1
  • Berat badan yang semakin meningkat
  • Mereka yang rendah
  • Mengandung
  • Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan
  • Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
  • Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak

Simptom

Beberapa simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit Carpal Tunnel Syndrome adalah:



  • Tangan kebas
  • Sakit
  • Rasa semut-semut
  • Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat
  • Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan
  • Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang kecil.

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa penyakit yang mungkin mempunyai simptom yang sama. Ianya adalah:

Ujian Pemeriksaan

Untuk mengesan seseorang itu mempunyai penyakit Sindrom terowong karpal tidak memerlukan pengambilan darah mahupun pengimejan.Ini kerana diagnosa untuk penyakit ini boleh dilakukan secara klinikal iaitu pemeriksaan dan juga pengambilan sejarah pesakit sudah cukup untuk menentukan pesakit mempunyai masalah ini ataupun tidak.

Jika pesakit disyaki mempunyai tumor di bahagian terowong karpal, mungkin prosedur menggunakan Magnetik Resonance Imaging(MRI) akan dilakukan. Ujian lain seperti Electromyography dapat mengukuhkan lagi sama ada pesakit mempunyai masalah tersebut ataupun tidak. Ini kerana dalam ujian ini ia boleh melihat fungsi saraf tersebut.

Rawatan

Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.

Tanpa Pembedahan

Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:

  • Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral.
  • Menjalani fisioterapi
  • Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan

Pembedahan



Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan. Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.

Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Chammas M, Boretto J, Burmann LM, Ramos RM, Dos Santos Neto FC, Silva JB. Carpal tunnel syndrome – Part I (anatomy, physiology, etiology and diagnosis). Rev Bras Ortop. 2014 Sep-Oct. 49 (5):429-36
  2. Marshall S, Tardif G, Ashworth N. Local corticosteroid injection for carpal tunnel syndrome. Cochrane Database Syst Rev. 2007. (2):CD001554.
  3. American Academy of Orthopaedic Surgeons. Management of carpal tunnel syndrome: evidence-based clinical practice guideline. Available at www.aaos.org/ctsguideline. Feb 29, 2016; Accessed: Jun 9, 2016.
  4. Carpal Tunnel Syndrome: Physical Therapy or Surgery?. J Orthop Sports Phys Ther. 2017 Mar. 47 (3):162.
  5. sumber featured image: pegham.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + nine =