Skip to content

10 Khasiat Ulam Raja. Rahsia Yang Tersembunyi

Apakah khasiat ulam raja kepada kesihatan? Artikel ini membincangkan khasiat ulam raja, kandungan di dalamnya serta komponen yang baik untuk kesihatan.

Pengenalan

Cosmos Caudatus Kunth atau lebih dikenali dengan nama ulam raja sudah semestinya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Tumbuhan yang dijadikan sebagai pembuka selera ini lazimnya dimakan secara mentah bersama dengan sambal belacan, budu atau cencaluk. Pada asalnya herba ini tumbuh di Kawasan Amerika Latin, namun, pada zaman penjajahan dikatakan ianya telah dibawa oleh pedagang-pedagang daripada Sepanyol ke Asia Tenggara.

Ulam raja adalah merupakan keluarga bunga matahari, menjadikan ianya sangat mudah untuk tumbuh dan hidup lebih-lebih lagi di kawasan tropika termasuk Malaysia. Selain dijadikan sebagai ulam-ulaman, ulam raja juga turut sama dijadikan sebagai tanaman hiasan memandangkan ianya mampu menghasilkan bunga-bungaan yang berwarna merah jambu atau ungu [1].

Kandungan Nutrisi



Sumber makro-nutriens seperti karbohidrat, protein dan lemak adalah penting dalam membekalkan tenaga kepada tubuh badan individu. Tidak dapat dinafikan bahawa, setiap makanan sama ada daripada sumber haiwan atau tumbuhan kaya dengan sumber tenaga dan juga vitamin serta mineral. Walaubagaimanapun, bagi sayur-sayuran seperti ulam sumber makro-nutriens adalah kurang signifikan berbanding dengan sayuran yang berasaskan ubi-ubian atau kanji. Rajah di bawah menunjukkan kandungan makro-nutriens dan mikronutriens bagi 100g ulam raja [2].

VITAMIN/MINERAL100g ULAM RAJA
Kalsium270.0mg
Kalium426.0mg
Zat Besi4.6mg
Beta Carotene3568µg
Niacin0.2mg
Vitamin C108.83mg

Harus diingatkan bahawa, nilai bagi setiap nutriens di atas adalah berdasarkan kepada 100g ulam raja. Lazimnya, ulam-ulaman tidaklah diambil dengan jumlah yang banyak untuk setiap hidangan. Oleh itu,Garis Panduan Pemakanan Malaysia telah menyarankan agar setiap individu mengambil sayur-sayuran di dalam bentuk kombinasi.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di Dalam Ulam Raja

1. Tinggi Kandungan Anti-Oksidan

Majoriti individu yang menjadikan ulam-ulaman sebagai suatu kewajipan di dalam makanan harian adalah dengan kepercayaan bahawa khasiat ulam mampu mencantikkan kulit. Dalam sebuah kajian, ulam raja telah ditemukan mempunyai kadar anti-oksidan iaitu vitamin C yang tinggi. Bahkan juga, ia merupakan ulam yang mempunyai kadar vitamin C yang lebih tinggi berbanding ulam-ulaman yang lain seperti daun selom, daun kari, pegaga dan juga petai .

2. Kaya dengan Flavonoid Glucosida



Tidak hanya popular dalam hidangan makanan, ulam raja juga turut digunakan secara meluas dalam sistem perubatan tradisional. Kebiasaannya, ulam raja dijadikan alternatif yang dapat mengawal kadar gula dalam darah terutama sekali bagi pesakit kencing manis. Ini kerana, ulam raja mengandungi sejenis bahan bio-aktif iaitu flavonoid glucosida. Flavonoid glucosida akan merencatkan kadar aktiviti enzim yang terlibat dalam pencernaan karbohidrat. Hasilnya, kadar gula tidak akan naik secara mendadak sebaik sahaja selepas makan[3].

Khasiat Ulam Raja kepada Kesihatan

1. Mengawal Kenaikan Gula dalam Darah

Ulam Raja yang kaya dengan flavonoid, polifenol, tannin, saponoid dan alkaloid banyak memainkan peranan yang tersendiri yang dapat membantu mengawal kadar gula di dalam darah.

2. Anti Radang

Kandungan flavonoid yang tinggi di dalam ulam raja dapat menghalang penghasilan enzim yang mengakibatkan keradangan [4].

3. Membantu Melindungi Tulang

Oleh kerana ulam raja mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi, maka secara tidak lansung ia juga telah memainkan peranan yang penting dalam melindungi tulang. Sebuah kajian mendapati bahawa ulam raja mampu melindungi tulang terutama dalam kalangan wanita yang telah mengalami fasa menopos. [5]

4. Membantu Menurunkan Kandungan Lemak & Kolesterol di dalam Darah



Memandangkan kandungan bahan bio-aktif adalah tinggi, ulam raja  turut memainkan peranan dalam menurunkan paras lemak dan juga kolesterol di dalam darah. Kajian telah mendapati bahawa, fungsi ulam raja dalam menurunkan paras lemak dan kolesterol adalah setanding dengan atorvastatin, sejenis ubat yang digunakan oleh pesakit hiperlipidemia untuk menurunkan kadar kolesterol di dalam darah [3].

5. Fungsi Detoks

Hati memainkan peranan yang terbesar dalam fungsi detoks. Walaubagaimanapun, enzim yang terlibat dalam proses detoks juga turut terdapat di paru-paru, perut dan juga buah pinggang. Sebuah kajian telah mendapati bahawa fungsi enzim detoks seperti catalase, glutathione s-transferase, dt-diaphorase dan malondialdehyde meningkat di dalam organ-organ tersebut [6]

6. Bertindak sebagai Anti Fungus & Anti Mikrob

Ekstrak daripada akar ulam raja mengandungi sejenis kompoun yang bersifat seperti antibiotik iaitu fenilpropan. Sebuah kajian mendapati bahwa kompaun ini mampu merencatkan 5 jenis bakteria yang berbahaya terhadap manusia [7].

7. Mengawal tekanan darah

Di Indonesia Timur, ulam raja telah dijadikan sebagai salah satu kaedah perawatan alternatif bagi mengawal tekanan darah tinggi. Ulam raja mempunyai satu ciri klinikal di mana ia dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah melalui fungsi diuretik iaitu peningkatan jumlah cecair yang dikeluarkan melalui urin (air kencing). Tambahan pula, ulam raja juga mampu merencatkan sejenis enzim yang mengecutkan saluran darah yang seterusnya akan mengawal tekanan darah [5].

8. Bertindak sebagai Anti-Kanser



Kandungan anti-oksidan seperti klorogenik, catechin dan juga quercetin dapat membantu untuk melawan penyakit yang berpunca daripada radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh. Selain itu, ia juga berpotensi untuk bertindak sebagai anti-kanser [8].

Kesimpulan

Kandungan nutriens yang kaya di dalam ulam raja sudah tentu dapat memberikan pelbagai manfaat kepada setiap individu. Walaubagaimanapun, fungsi ulam raja seperti yang dinyatakan di atas pasti akan berganda jika kita mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan dan juga aktiviti fizikal dan jika anda sudah mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi atau penyakit yang lain, ulam ini bukanlah menjadi sebagai alternatif ubat penyakit tersebut. Anda mestilah mengikuti nasihat doktor dan terus mengambil ubat yang diberikan.

Khasiat Makanan Yang Lain

Khasiat MaduKhasiat Kangkung
Khasiat Bawang MerahKhasiat Tomato
Khasiat AprikotKhasiat Durian
Khasiat Durian BelandaKhasiat Jagung
Khasiat SengkuangKhasiat Kacang Tanah
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Kurma
Khasiat MengkuduKhasiat Daun Kari
Khasiat Kacang GajusKhasiat Gam Arab
Khasiat Sayur BayamKhasiat Ulam Raja
Khasiat Kunyit HitamKhasiat Minyak Zaitun
Khasiat Kunyit

Rujukan:

  1. “ULAM RAJA.” GLOBINMED, 2018.
  2. “NUTRITION COMPOSITION.” MALAYSIA FOOD COMPOSITION DATABASE, 1997.
  3. J. Tandi, J. A. Claresta, G. Ayu, and I. Irwan, “Effect Of Ethanol Extract Of Kenikir ( Cosmos caudatus Kunth .) Leaves in Blood Glucose , Cholesterol and Histopathology Pancreas of Male White Rats ( Rattus norvegicus ) Pengaruh Ekstrak Etanol Daun Kenikir ( Cosmos caudatus Kunth .) terhadap Glukosa Darah , Kolesterol , dan Histopatologi Pankreas Tikus Putih Jantan ( Rattus norvegicus ),” no. 1, 2018.
  4. A. Kumar, A. Kalusalingam, and H. Sciences, “INTERNATIONAL JOURNAL OF UNIVERSAL,” no. November 2012, 2015.
  5. E. Wei, C. Chan, S. K. Wong, and H. T. Chan, “Ulam Herbs of Oenanthe javanica and Cosmos caudatus : An Overview on their Medicinal Properties,” 2016.
  6. A. Abdullah et al., “The Effects of Cosmos caudatus ( Ulam Raja ) on Detoxifying Enzymes in Extrahepatic Organs in Mice,” vol. 5, no. 01, pp. 82–88, 2015.
  7. S.-H. Cheng, M. Y. Barakatun-Nisak, J. Anthony, and A. Ismail, “Potential medicinal benefits of Cosmos caudatus (Ulam Raja): A scoping review,” J. Res. Med. Sci., vol. 20, no. 10, pp. 1000–1006, Oct. 2015.
  8. B. Nurhayati et al., “The Antioxidant and Cytotoxic Effects of Cosmos caudatus Ethanolic Extract on Cervical Cancer,” Indones. Biomed. J., vol. 10, pp. 243–249, Dec. 2018.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 9 =