Skip to content

10 Khasiat Jagung Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat jagung pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat jagung, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalam buah jagung.

Pengenalan

Jagung ialah kumpulan makanan bijiran yang kaya dengan sumber vitamin dan zat galian, dan juga pelbagai fitikomia dengan khasiat antioksidan. Bersama sumber karbohidrat yang lain, jagung terletak pada aras kedua Piramid Makanan Malaysia 2020 dan juga merupakan pengambilan makanan kedua terbanyak selepas sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jagung, dikenali juga dengan nama saintifiknya Zea mays L., merupakan salah satu tanaman bijirin terpenting di dunia selain daripada padi dan gandum. Di sesetengah negara, jagung merupakan makana ruji bagi mereka dan digunakan dalam pelbagai hidangan makanan. Seringkali jagung lebih dikenali dengan warna kuning apabila ia telah masak.



Namun, jagung juga boleh didapati dalam bermacam jenis, termasuklah jagung merah, ungu, hitam, putih dan pelbagai warna. Jagung enak disaji dalam aneka hidangan seperti, jagung rebus, jagung panggang, bubur jagung dan lain-lain. Selain itu, ia juga diproses untuk menghasilkan pelbagai produk jagung seperti tepung jagung, minyak jagung, sarapan bijiran dan snek.

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi dalam setongkol jagung bersaiz sederhana. Ia kaya dengan pelbagai makronutrien dan mikronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

NutrienPer 90 gram%DV
Air (g)68.4 
Tenaga (kcal)77.44%
Protein (g)2.96%
Lemak (g)1.12%
Karbohidrat (g)
– Serat (g)
– Jumlah gula (g)
– Sukrosa (mg)
– Glukosa (mg)
– Fruktosa (mg)
– Maltosa (mg)
17.1
2.4
2.9
1854
450
432
162
6%
10%




Kalsium(mg)1.80%
Zat besi (mg)0.53%
Magnesium (mg)33.38%
Fosforus (mg)80.18%
Kalium (mg)2437%
Natrium (mg)13.51%
Zinc (mg)0.43%
Mangan (mg)0.17%
Vitamin A (IU)1683%
Vitamin C (mg)6.110%
Vitamin E (alpha tocopherol) (mg)0.10%
Vitamin K (mcg)0.30%
Thiamin (mg)0.212%
Riboflavin (mg)0.13%
Niacin (mg)1.58%
Folat (mcg)41.410%
Asid pentatonik (mg)0.77%
Choline (mg)20.7 

DV ialah daily value (nilai harian) yang bermaksud jumlah nutrien dalam satu hidangan yang menyumbang kepada tenaga keperluan harian untuk 2000 kcal. Berdasarkan jadual di atas, setongkol jagung mengandungi 77.4 kcal yang bersamaan 4% daripada 2000 kcal keperluan harian. 61.4 kcal adalah daripada sumber karbohidrat, manakala protein dan lemak masing-masing menyumbang kepada 7.1 kcal dan 8.9 kcal. Dapat juga dilihat, epal merupakan sumber serat yang tinggi yang mana ia menyumbang kepada 10% keperluan serat dalam sehari.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Berkhasiat

Jagung ialah sumber penting pelbagai komponen fitokimia utama sperti karotenoid, sebatian fenolik dan fitosterol. Fitokimia merujuk kepada sebatian kimia bioaktif yang terdapat secara semula jadi pada tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada manusia.

1. Karotenoid



Karotenoid tergolong dalam keluarga pigmen merah, oren, dan kuning. Terdapat sebilangan besar pigmen karotenoid dalam jagung terutamanya pada bahagian endosperma, atau lapisan tengah biji jagung.

Pigmen ini terbahagi kepada dua kelas, iaitu karoten dan xanthophylls (lutein dan zeaxanthin). Dalam setiap 100 g jagung, terdapat 2.2 mg karoten dan 2.07 mg xanthophylls.

Karotenoid berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi dari penyakit termasuklah melindungi sistem imun dan mengurangkan masalah mata.

2. Sebatian fenolik

Sebatian fenolik merupakan kategori fitokimia yang paling banyak ditemui dalam tumbuhan dan boleh dibahagikan kepada asid fenolik, flavonoid, stilbenes, kumarin, dan tanin.

Sebatian ini banyak terdapat pada jagung, terutamanya pada bahagian bran, atau lapisan luar yang meliputi biji jagung. Asid ferulat (kumpulan asid fenolik) dan antosianin (kumpulan flavonoid) merupakan sebatian fenolik yang paling banyak ditemui dalam jagung.

Sebatian fenolik dikaitkan dengan pelbagai sifat biokimia dan farmakologi termasuklah aktiviti antioksidan, antivirus, antikanser, dan anti-radang yang berupaya melindungi diri daripada penyakit.

3. Fitosterol



Fitosterol atau nama lainnya sterol tumbuhan merupakan komponen penting yang membentuk dinding dan membran sel tumbuhan. Fitosterol yang paling banyak ditemui dalam jagung ialah sitosterol, campesterol dan stigmasterol.

Fitosterol mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung, dan mengawal keradangan serta pertumbuhan sel barah.

10 Khasiat Jagung Pada Kesihatan

1. Mencegah Masalah Sembelit

Setongkol jagung memberikan 2.4 g serat yang bersamaa dengan 10% daripada jumlah harian yang disyorkan. Jagung tergolong dalam kumpulan makanan bijiran penuh kerana mengandungi ketiga-tiga komponen utama iaitu bran, germa dan endosperma.

Saranan pengambilan makanan dalam kumpulan bijirin juga adalah 4 hingga 8 sajian sehari. Bijiran penuh mengandungi lebih tinggi kandungan serat yang merupakan pilihan yang baik untuk usus. Satu kajian mendapati bahawa jagung jauh lebih baik daripada gandum (*wheat bran*) dalam melegakan sembelit.

Serat makanan dapat menambah berat dan melembutkan najis, menjadikannya lebih mudah untuk melepasi usus dan mengurangkan kemungkinan untuk sembelit.

2. Melindungi Jantung

Jagung mengandungi komponen penting yang dapat memelihara kesihatan jantung. Banyak kajian menunjukkan bahawa bijirin penuh memberi kesan yang baik terhadap risisko penyakit jantung.



Saintis mendapati pengambilan bijiran penuh dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 30%. Bijirin penuh yang tinggi kandungan serat boleh ditemui dalam jagung berupaya menurunkan kolesterol jahat (LDL cholesterol) dan tekanan darah.

Selain itu, lemak dalam jagung telah terbukti mempunyai kesan anti-aterogenik, iaitu penghalang aterogenesis atau pembentukan lipid yang tidak normal di dinding arteri. Minyak jagung merupakan sumber semula jadi sterol tumbuhan.

Sterol tumbuhan berfungsi untuk mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus sebaliknya dibuang melalui najis. Ini seterusnya membantu menurunkan kadar kolesterol total, dan khususnya kolesterol jahat dalam darah. Kejadian ini dapat mencegah penyumbatan arteri, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risisko serangan jantung dan strok.

3. Kawalan Diabetes

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Science and Human Wellness pada tahun 2018 menunjukkan bahawa pengambilan jagung bijirin penuh mempunyai kaitan dengan penurunan risiko perkembangan diabetes jenis 2 (T2DM). Makanan bijirin penuh dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Bran dan serat bijirinpenuh memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna. Ini menyebabkan kenaikan glukosa darah lebih rendah dan perlahan, meletakkkan badan dalam tekanan yang minimal untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, menurut Journal of Medicinal Food, pengambilan kernel jagung membantu dalam pengurusan diabetes yang tidak bergantung kepaa insulin (NIDDM) kerana kandungan kompaun fenolik dalam jagung. Fitokimia berupaya mengawal penyerapan dan pelepasan insulin dalam badan, membantu dalam mengawal tahap gula dalam darah.

4. Kesihatan Mata



Jagung merupakan sumber karotenoid yang baik. Di dalamnya mengandungi pigmen karoten, lutein dan zeaxanthin yang penting untuk penjagaan mata dan kulit. Tubuh manusia akan menukarkan beta-karoten kepada bentuk vitamin A dalam jumlah yang diperlukan. Ini kerana vitamin A yang berlebihan boleh menjadi toksik.

Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan dengan mengekalkan kornea yang yang sihat, iaitu lapisan yang meliputi bahagian luar mata. Vitamin A juga merupakan komponen utama rhodopsin, sejenis protein yang membolehkan penglihatan dalam keadaan cahaya rendah.

Selain itu, lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid utama dalam jagung, terutamanya yang berwarna kuning, iaitu kira-kira 70% daripada jumlah kandungan karotenoid. Dikenali juga sebagai pigmen makula, sebatian ini terdapat di retina mata, permukaan dalaman mata yang sensitif terhadap cahaya, di mana ia melindungi dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sinaran ultraungu (UV).

Pendedahan kepada sinar UV secara berterusan boleh merosakkan sel retina dan menyebabkan masalah penglihatan seperti degenerasi makula (macular degeneration). Oleh itu, kajian mencadangkan kandungan karotenoid yang tinggi dalam darah sangat berkaitan dengan penurunan risiko degenerasi makula dan katarak mata.

5. Penjagaan Kulit

Jagung kaya dengan nutrien-nutrien yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan kulit. Dalam produk kosmetik, tepung jagung banyak digunakan untuk tujuan kecantikan, dan juga untuk melegakan ruam dan kerengsaan kulit. Lapisan biji jagung terdiri daripada asid fenolik dan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan menghalang radikal bebas.

Ini mendorong pembentukan sel kulit baru, menyembunyikan garis-garis halus dan kedutan. Selain itu, jagung juga bagus untuk mencegah jerawat dan kulit kusam. Jagung mengandungi komponen tannin, sejenis sebatian tumbuhan dengan fungsi anti-radang.

Ia membantu mengurangkan jerawat, jeragat dan menyingkirkan bintik-bintik hitam dan parut. Kandungan asid amino yang tinggi dalam tepung jagung juga membantu meningkatkan kolagen, menjaga kelembutan dan kehalusan kulit.



6. Rambut yang Sihat

Kandungan asid amino dan antioksidan yang tinggi dalam jagung penting untuk mengekalkan rambut yang sihat. Oleh kerana asid amino seperti metionin dan lysine, jagung digunakan sebagai ‘mask’ rambut untuk merawat rambut gugur.

Selain itu, pengambilan jagung dalam diet harian juga membantu dalam merawat kerosakan rambut seperti merangsang pertumbuhan dan membaiki tekstur rambut. Selain itu, jagung juga boleh digunakan untuk mengubati kelemumur. Jagung mengandungi karotenoid yang berfungsi sebagai agen anti-mikrob.

Ia membantu merawat akar dan folikel rambut yang rosak, memulihkan kulit kepala, rambut kering dan rapuh dan gatal-gatal.

7. Pengurusan Berat Badan yang Sihat

Jagung merupakan sumber tenaga yang baik. Karbohidrat dalam jagung memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh dan otak untuk berfungsi dengan baik.

Jagung juga merupakan karbohidrat kompleks yang memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna sepenuhnya berbanding karbohidrat ringkas. Oleh itu, badan akan terasa kenyang lebih lama dan tidak makan secara berlebihan. 

Selain itu, kandungan serat dalam jagung juga membantu dalam mengurangkan berat badan kerana serat menggalakkan penurunan lemak secara keseluruhan dengan mengurangkan selera makan.



8. Mengurangkan Risiko Anemia

Anemia ialah keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan dan mengakibatkan badan letih dan lemah. Jagung kaya dengan Vitamin B12, asid folik dan zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah dalam badan.

Ia membantu mengurangkan risiko anemia, dengan membekalkan cukup nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru.

9. Mencegah Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer ialah gangguan neurologi yang menyebabkan penyusutan sel saraf otak yang berlaku secara berperingkat dan progresif.

Penyakit ini boleh mempengaruhi daya ingatan, kemampuan berpikir dan bercakap, serta perubahan perilaku. Jagung merupakan sumber thiamin (Vitamin B1) yang baik. Thiamin memainkan peranan yang penting dalam memelihara fungsi otak.

Ia juga membantu dalam penghasilan acetylcholine, iaitu neurotransmitter utama yang memainkan peranan penting dalam fungsi normal otak dan badan.

10. Makanan Bebas Gluten



Celiac disease ialah penyakit autoimun yang menyerang usus kecil akibat intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum, rai dan barli. Ia akan menyebabkan gangguan absorpsi sehingga pesakit tidak mendapat nutrien yang cukup untuk tubuh. Jagung dan tepung jagung merupakan alternatif yang baik untuk diet bebas gluten dan pilihan yang lebih baik daripada biji-bijian yang lain.

Khasiat Makanan Yang Lain

Khasiat MaduKhasiat Kangkung
Khasiat Bawang MerahKhasiat Tomato
Khasiat AprikotKhasiat Durian
Khasiat Durian BelandaKhasiat Jagung
Khasiat SengkuangKhasiat Kacang Tanah
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Kurma
Khasiat MengkuduKhasiat Daun Kari
Khasiat Kacang GajusKhasiat Gam Arab
Khasiat Sayur BayamKhasiat Ulam Raja
Khasiat Kunyit HitamKhasiat Minyak Zaitun
Khasiat Kunyit

Rujukan

  1. Arakelyan, H. S. (2019, May). Corn Nutrition and Health Benefits. Retrieved March 10, 2021, from ResearchGate
  2. Bharat, D. (2020, October 19). Corn/Maize/Cholam: Health Benefits, Nutrition, Uses For Skin And Hair, Recipes, Side Effects. Retrieved March 8, 2021, from Netmeds
  3. Corn, sweet, yellow, raw Nutrition Facts & Calories. (n.d.). Retrieved March 8, 2021, from Nutrition Data
  4. Does corn contain gluten? (n.d.). Retrieved March 10, 2021, from The University of Chicago Celiac Disease Center
  5. Nagdeve, M. (2020, October 8). Corn: Nutrition And Health Benefits. Retrieved March 8, 2021, from Organic Facts
  6. Rohida Saleh Hudin. (2018, February 28). Bijirin Penuh dan Kebaikannya. Retrieved March 28, 2021, from MyHealth
  7. Sheng, S., Li, T., & Liu, R. (2018). Corn phytochemicals and their health benefits. Food Science and Human Wellness, 7(3), 185-195.
  8. Tajamul Rouf Shah, Kamlesh Prasad, & Pradyuman Kumar. (2016, April 4). Maize—A potential source of human nutrition and health: A review. Cogent Food & Agriculture, 2(1), 149-160.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 15 =