Skip to content

Tanda Tanda hamil yang anda perlu tahu

Adakah anda sedang hamil? Untuk membuktikannya adalah dengan melakukan ujian kehamilan daripada air kencing. Tetapi terdapat juga beberapa tanda tanda hamil yang boleh anda ketahui supaya anda tahu bila anda perlu buat ujian air kencing tersebut.

Tanda tanda hamil pada peringkat awal

Terdapat beberapa simptom mengandung yang anda perlu ketahui. Ia adalah

1. Haid tidak Datang

Ini merupakan salah satu tanda tanda hamil yang paling kuat untuk menunjukkan seseorang itu sedang mengandung ini kerana seorang perempuan yang hamil tidak akan mempunyai sebarang haid dalam tempoh kehamilan iaitu selama 9 bulan.



Perkara ini juga akan membuatkan seseorang wanita itu akan melakukan ujian air kencing bagi melihat sama ada dirinya sudah hamil ataupun tidak

Terdapat juga pendarahan dari faraj yang berlaku ketika mana seseorang itu hamil. Tetapi pendarahan jenis ini adalah pendarahan yang tidak normal dan pesakit perlulah dibawa berjumpa dengan doktor jika mengalami masalah tersebut.

2. Rasa loya dan muntah (Morning sickness)

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah ini pada peringkat awal kandungan sahaja iaitu pada 3 bulan pertama. Seseorang wanita itu mungkin akan mengalami rasa loya sahaja tanpa muntah. Tetapi kebanyakkannya akan mengalami muntah-muntah ketika fasa ini.

Selalunya wanita ini akan mengalami rasa loya yang teruk pada waktu pagi dan amat sensitif pada sesetengah bau bergantung kepada wanita tersebut. Ada yang tidak boleh bau minyak wangi. Ada juga yang tidak boleh bau bauan ketika memasak.

3. Saiz Payu Dara membesar dan terasa sakit

Pada ketika awal kandungan juga wanita akan mengalami sakit pada payu daranya berserta peningkatan saiz. Ini penting untuk menyediakan payu dara bagi proses penyusuan ketika bayi telah dilahirikan.

4. Rasa letih



Ketika awal kandungan juga, wanita yang hamil selalunya akan merasa keletihan yang lebih daripada biasa.

5. Pendarahan yang sedikit

Selalunya perempuan yang hamil diperingkat awal akan mengalami perkara ini. Ia juga dikenali sebagai ‘implantation bleeding’ iaitu pendarahan yang disebabkan hasil persenyawaan(embrio) dibenamkan ke dalam rahim ibu. Pada ketika itu, ia menghasilkan sedikit pendarahan

Selain itu, anda mungkin akan mengalami rasa sakit dibahagian ari-ari disebabkan perkara ‘implantation bleeding’ yang berlaku

Alat untuk mengesahkan kehamilan

  1. Urine pregnancy test

Tanda tanda kehamilan yang lain

Tanda tanda hamil dibahagian atas adalah tanda yang berlaku di awal kehamilan. Akan tetapi ada juga simptom dan tanda yang akan berlaku ketika kandungan tersebut semakin membesar. Tanda tersebut adalah

6. Sakit Belakang

Sakit belakang adalah simptom yang selalu diadu oleh seorang wanita yang hamil terutamanya ketika kandungan semakin besar. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang ketika kandungan berusia 27 hingga 34 minggu.

7. Sakit Kepala

Simptom sakit kepala adalah salah satu simptom yang selalu berlaku pada perempuan yang hamil. Saintis percaya masalah ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan.

Sakit kepala ketika kehamilan juga mungkin disebabkan peningkatan isipadu darah di dalam badan

8. Kerap kencing

Anda tidak perlu terkejut jika anda asyik kerap ingin membuang air kecil. Simptom ini selalunya bermula pada minggu ke 8 kandungan dan ia menjadi semakin kerap apabila saiz bayi semakin membesar.



Ini kerana rahim yang besar itu akan menekan pundi kencing menyebabkan isipadu yang boleh disimpan dipundi kencing adalah sedikit. Oleh itu, pesakit perlu kerap membuang air kencing

9. Perubahan mood

Wanita yang hamil selalunya mengalami perubahan mood yang mendadak. Ia bergantung kepada seseorang wanita. Lain individu mempunyai perubahan mood yang berbeza.

Perlu diketahui perubahan mood ketika kehamilan adalah sesuatu yang normal. Tetapi jika anda mengalami kemurungan yang teruk ataupun tidak mampu mengawal kemarahan, anda perlulah berjumpa dengan kaunselor ataupun berjumpa dengan doktor.

Ketika anda mengalami simptom-simptom yang telah dinyatakan diatas, anda perlulah melakukan ujian air kencing untuk mengesahkan anda hamil ataupun tidak.

Jika ujian tersebut mengesahkan bahawa anda hamil, anda dinasihati untuk membuat buku merah pada usia kandungan 8 minggu hingga 10 minggu. Ini penting untuk menentukan sama ada saiz kandungan tersebut adalah sama ataupun tidak mengikut tarikh terakhir datang haid.

Alat untuk mengesahkan kehamilan

  1. Urine pregnancy test

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Cameron, E. L. (2014, February). Pregnancy and olfaction: a review. Frontiers in Psychology, 5, 67
  2. Fetal development: the 1st trimester. (2014, July 10). Mayoclinic.
  3. Pregnancy Week 12. (n.d.)
  4. Symptoms of pregnancy: What happens first. (2017, January 5). – Mayoclinic
  5. Tobah, Y. B. (2016, August 4). Is implantation bleeding normal in early pregnancy? Retrieved from Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + 16 =