Ashraf Sinclair meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

ashraf sinclair serangan sakit jantung

Pada hari ini kita dikejutkan pula dengan pemergian salah seorang pelakon terkenal di tanah air kita iaitu Ashraf Sinclair. Ashraf yang berumur 40 tahun dikatakan telah meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung(Sumber Berita Harian).

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan juga sahabat handai Ashraf Sinclair.

Jikalau kita ingat, pada 5 tahun yang lepas, Yus iaitu seorang pelawak dari kumpulan jambu pun meninggal dunia disebabkan perkara yang sama(Sumber Berita Harian). Pada ketika itu Yus berumur 39 tahun dan sebenarnya ramai lagi yang telah meninggalkan kita ketika usia muda disebabkan serangan sakit jantung.



Jika melihat kepada trend sekarang, sakit jantung sudah beralih arah dan meningkat pada mereka yang masih muda.

Oleh itu, kami ingin menerangkan sedikit sebanyak simptom dan juga tanda-tanda bagi mereka yang mengalami sakit jantung.

Simptom dan tanda sakit jantung

Kebanyakan pesakit jantung mempunyai simptom yang sama iaitu:

  • Sakit dada sebelah kiri
  • Sakit itu boleh merebak ke bahagian kiri leher hingga ke rahang. Ia juga boleh merebak ke tangan bahagian kiri
  • Pesakit akan berpeluh dengan banyak. Seolah-olah sedang berlari
  • Dada seolah-olah rasa ditekan
  • Sesak nafas
  • Dada rasa berdebar
  • Rasa pening

Bagi pesakit kencing manis pula, selalunya pesakit akan hadir dengan simptom yang lain daripada atas ini. Simptom-simptom tersebut adalah

Ini disebabkan kencing manis boleh merosakkan saraf-saraf dibahagian jantung sehingga sakit dibahagian tersebut tidak dirasai oleh pesakit.



Jadi jika anda mengalami simptom-simptom ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Punca sakit jantung

Punca sakit jantung adalah disebabkan salur darah dibahagian jantung yang tersumbat. Ini menyebabkan sel jantung tidak dapat menerima oksigen dan mati.

Selalunya pesakit mesti mempunyai faktor risiko yang menyebabkan dia mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menghadapi masalah ini.

Faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi, merokok dan sebagainya akan menyebabkan masalah atheroscelorosis berlaku.

Atheroseclerosis ini adalah penebalan dinding saluran darah disebabkan kolesterol yang terkumpul dibahagian tersebut dan ia menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Ini akan menyebabkan lebih mudah terbentuknya darah beku dan jika ia tersumbat, maka sakit jantung pun berlaku.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor risiko sakit jantung

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyumbang ke arah masalah sakit jantung ini.

Jika anda boleh mengawal faktor risiko ini seperti elakkan dari merokok, kawal kencing manis dan darah tinggi, maka kebarangkalian untuk anda kena serangan sakit jantung ini akan berkurangan.

Kini, trend serangan sakit jantung ini lebih ke arah orang muda disebabkan kebanyakan daripada mereka adalah seorang perokok, tidak menjaga permakanan dan kurang bersenam. Maka, anda boleh berhenti merokok mulai sekarang, kurangkan makanan manis dan berlemak dan bersenam jika ingin mengelakkan masalah ini.



Rawatan

Rawatan masalah ini adalah dengan cara menghilangkan sumbatan saluran darah yang berlaku.

Terdapat 2 cara:

1) Penggunaan ubat pencair darah

Ubat ini digunakan untuk mencair dan memecahkan darah beku yang menyumbati saluran darah jantung pesakit

2) Percutaneous Coronary intervention(PCI)

Prosedur ini dibuat dengan cara memasukkan satu alat melalui saluran darah hingga ke saluran darah di bahagian jantung.

Kemudian alat itu akan digunakan untuk memecahkan darah beku yang menyumbati jantung tersebut.

Berbanding penggunaan ubat pencair darah dengan PCI, rawatan PCI adalah jauh lebih berkesan dan dapat mengelakkan pelbagai komplikasi kepada pesakit. Tetapi masalah yang selalu dihadapi di Malaysia adalah hanya beberapa hospital sahaja yang menyediakan rawatan PCI ini.

Kesimpulan

Walau terdapat rawatan yang berkesan untuk menangani masalah ini, anda perlu tahu bahawa ia memerlukan masa untuk menghantar pesakit ke hospital untuk menerima rawatan tersebut.

Dan terkadang pesakit tidak sempat menerima rawatan sebelum sampai ke hospital.



Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya tidak mengalami masalah ini.

Penerangan sepenuhnya berkenaan hal ini boleh rujuk kepada link ini: SAKIT JANTUNG

Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =

Scroll to Top