Skip to content

17 Cara menghilangkan sedu secara berkesan

Sedu adalah suatu perkara yang mesti akan berlaku kepada seseorang. Artikel ini akan menceritakan cara-cara menghilangkan sedu yang berkesan.

Walaupun sedu boleh berhenti dengan sendirinya, tetapi ia sedikit sebanyak menjengkelkan apabila ia menganggu aktiviti seharian kita.

Ramai yang memberikan pelbagai tips untuk menghilangkan masalah ini, daripada menelan air kosong hinggalah mengambil satu sudu gula. Akan tetapi, cara mana yang berkesan untuk simptom ini.

Punca sedu



Diafragma merupakan otot yang terletak dibawah paru-paru yang berfungsi untuk mengawal pernafasan.

Sedu berlaku apabila otot diafragma mengecut secara tiba-tiba tanpa kawalan menyebabkan seseorang itu menarik nafas secara tiba-tiba dan peti suara pula tertutup dan menyebabkan bunyi tersedu terhasil.

Kebanyakan sedu akan hilang dengan sendirinya. Beberapa faktor seharian yang menyebabkan sedu adalah:

  • Makan terlalu banyak dan terlalu laju
  • Minum minuman berkarbonat
  • Makan makanan pedas
  • Stress
  • Pengambilan alkohol

Cara-cara menghilangkan sedu

Ini merupakan tips atau cara menghilangkan sedu yang biasa. Jika anda mengalami masalah kerap sedu iaitu sedu yang berterusan lebih daripada 48 jam, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Teknik pernafasan dan postur

Perubahan dalam postur badan atau kawalan pernafasan boleh merehatkan diafragma dan mengelakkannya daripada kecut secara tiba-tiba

1. Kawal pernafasan



Tarik nafas secara perlahan dan hembuskan ia dengan perlahan juga. Boleh buat dengan kiraan 5 ketika tarik nafas dan hembuskan nafas dalam kiraan 5 juga

2. Tahan nafas

Tarik nafas dan tahan selama 10 hingga 20 saat dan hembuskan dengan perlahan. Buat beberapa kali jika perlu

3. Bernafas di dalam beg kertas

Tekup mulut dan hidung anda dengan bag kertas. Kemudian bernafas dengan lambat di dalam beg tersebut. Elakkan dari menggunakan beg plastik.

4. Peluk lutut

Duduk pada tempat yang selesa. Kemudian, bawa lutut anda ke dada dan peluk kaki dan lutut anda selama 2 minit.

5. Tekanan pada otot diafragma

Duduk dengan kaki melunjur kehadapan. Kemudian bengokkan badan anda kehadapan untuk memberi tekanan pada otot diafragma

6. Buat vasalva meneuver

Valsava meneuver ini lebih mudah difahami dengan cara seseorang itu meneran sama seperti membuang air besar tanpa mengeluarkan nafas.

Titik tekanan

Acupressure adalah titik tekanan di bahagian badan yang sensitif terhadap tekanan. Dengan menekan pada titik ini dikatakan ia dapat menyebabkan otor diafragma relaks. Ia dikatakan merupakan salah satu cara menghilangkan sedu

7. Tekan pada kawasan diafragma

Anda boleh tekan pada bahagian ulu hati iaitu bahagian atas abdomen untuk memberi tekanan pada otot diafragma.



Otot diafragma ini terletak diantara bahagian dada dan abdomen.

8. Tutup hidung ketika menelan air

Gunakan jari anda untuk menutup hidung. Dengan hidung yang tertutup itu, anda cuba telan air.

9. Tekan tapak tangan

Gunakan ibu jari anda untuk tekan pada bahagian tapak tangan yang berlawanan

Minuman atau permakanan

Pengambilan beberapa jenis makanan boleh memberi stimulasi pada saraf vagus dan frenic. Ini akan mengurangkan sedu daripada berlaku. Oleh itu, kawalan permakanan juga boleh menjadi salah satu cara menghilangkan sedu

10. Minum air sejuk

Minum air sejuk secara perlahan supaya ia boleh memberi stimulasi pada saraf vagus

11. Minum air suam

Minum air suam dengan perlahan tanpa berhenti untuk bernafas

12. Hisap kuib ais

Letakkan kuib ais dalam mulut anda dan hisapnya hingga ia cair sepenuhnya.

13. Kumur air sejuk

Kumur air sejuk dibahagian tekak selama 10 saat. Ia boleh memberi rangsangan pada saraf vagus dan mengurangkan atau memberhentikan masalah tersedu



14. Ambil satu sudu madu

Berikan masa madu tersebut untuk larut dalam mulut terlebih dahulu sebelum anda menelannya

15. Ambil sedikit gula

Ambil secubit gula dan letakkan pada lidah anda. Tunggu selama 5 hingga 10 minit. Kemudian baru telan

Tip-tips lain

16. Tepuk atau gosok pada bahagian belakang leher

Gosok di bahagian belakang leher akan memberi stimulasi pada saraf phrenic. Ia akan mengurangkan sedu selepas itu

17. Alihkan perhatian

Tersedu selalunya akan hilang dengan sendirinya jika anda tidak memberikan fokus kepadanya. Anda boleh cuba bermain game, buat teka silangkata ataupun membuat kira-kira untuk mengalihkan perhatian anda daripada sedu tersebut.

Bila perlu berjumpa doktor?

Kebanyakkan daripada kes tersedu ini selalunya boleh hilang dengan sendirinya. Jika anda kerap mengalami sedu ataupun sedu berterusan lebih darpada 2 hari, sila berjumpa dengan doktor.

Sedu yang kerap ini mungkin menandakan anda mengalami:

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:



  1. Chang, F. Y., & Lu, C. L. (2012). Hiccup: mystery, nature and treatment. Journal of neurogastroenterology and motility, 18(2), 123–130. doi:10.5056/jnm.2012.18.2.123
  2. Woelk C. J. (2011). Managing hiccups. Canadian family physician Medecin de famille canadien, 57(6), 672–e201.
  3. Mayo Clinic Staff. (2017). Hiccups.
  4. Petroianu GA, et al. (2015). Treatment of hiccup by vagal maneuvers. DOI: 10.1080/0964704X.2014.897133

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =