10 Khasiat Buah Epal kepada Kesihatan

Pemakanan & Fitokimia Tropika

Khasiat Buah Epal (Malus domestica): Antioksidan Quercetin & Kesihatan

Panduan perubatan komprehensif mengenai khasiat buah epal (Malus domestica), sebatian Quercetin pelindung saraf, serat Pektin prebiotik, kawalan kencing manis, pencegahan barah, serta perlindungan asma dan jantung.

Epal (Malus domestica) merupakan buah daripada pokok Malus domestica yang telah ditanam secara meluas di serata dunia. Buah epal mempunyai isi berwarna putih, tekstur yang pejal dan rangup, dan kulit yang lembut. Epal antara buah yang popular dan digemari oleh ramai orang kerana rasanya yang manis dan mudah didapati.

Terdapat pelbagai jenis epal yang boleh didapati di pasaran berdasarkan warna, saiz, rupa dan kegunaannya. Epal boleh dimakan begitu sahaja, diminum sebagai jus, dijadikan salad dan digunakan sebagai bahan masakan. Mungkin ramai yang tidak tahu, buah yang kecil ini menawarkan pelbagai khasiat dan manfaat yang baik kepada penggemarnya.

Ringkasan Pantas

  • Nutrisi Kaya Serat: Setiap 1 cawan (125g) epal membekalkan 65 kcal tenaga dan 3.0g serat (12% DV keperluan harian).
  • Antioksidan Bioaktif: Mengandungi Quercetin, Catechin, dan Asid Klorogenik yang menumpas radikal bebas kerosakan sel.
  • 10 Manfaat Perubatan: Mencegah Alzheimer, merendahkan aterosklerosis Sakit Jantung, Strok, & Diabetes.
  • Prebiotik Pektin & Asma: Pektin menyokong bakteria baik usus (cegah Obesiti) & Quercetin meredakan Asma.

1. Pengenalan

Epal (Malus domestica) merupakan buah daripada pokok Malus domestica yang telah ditanam secara meluas di serata dunia. Buah epal mempunyai isi berwarna putih, tekstur yang pejal dan rangup, dan kulit yang lembut. Epal antara buah yang popular dan digemari oleh ramai orang kerana rasanya yang manis dan mudah didapati.

Terdapat pelbagai jenis epal yang boleh didapati di pasaran berdasarkan warna, saiz, rupa dan kegunaannya. Epal boleh dimakan begitu sahaja, diminum sebagai jus, dijadikan salad dan digunakan sebagai bahan masakan. Mungkin ramai yang tidak tahu, buah yang kecil ini menawarkan pelbagai khasiat dan manfaat yang baik kepada penggemarnya.

2. Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi dalam setiap hidangan buah epal (1 cawan / 125g). Ia kaya dengan pelbagai makronutrien dan mikronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan:

Nutrien UtamaKandungan Kuantiti (1 cawan / 125g)Peratus Nilai Harian (%DV)
Tenaga & Cecair Air65 kcal & 107 gram3% DV (Keperluan 2000 kcal)
Karbohidrat & Serat17.3 gram (Serat 3.0g, Gula 13.0g)6% DV (Serat menyumbang 12% DV)
Pecahan Gula Semula JadiFruktosa 7.4g, Glukosa 3.0g, Sukrosa 2.6gKarbohidrat membekalkan 62 kcal
Kalium & Natrium134 mg & 1.3 mg4% DV & 0% DV
Vitamin C & Vitamin K5.7 mg & 2.8 mcg10% DV & 3% DV
Kalsium, Magnesium & Fosforus7.5 mg, 6.3 mg, & 13.8 mg1% DV, 2% DV, & 1% DV
Protein & Lemak0.3 gram & 0.2 gram1% DV & 0% DV
Fitosterol (Sterol) & Choline15 mg & 4.2 mgPelindung membran sel & metabolisme

DV ialah daily value (nilai harian) yang bermaksud jumlah nutrien dalam satu hidangan yang menyumbang kepada tenaga keperluan harian untuk 2000 kcal. Berdasarkan jadual di atas, satu hidangan epal mengandungi 65 kcal yang bersamaan 3% daripada 2000 kcal keperluan harian. 62 kcal adalah daripada sumber karbohidrat, manakala protein dan lemak masing-masing menyumbang kepada 1.1 kcal dan 1.8 kcal. Dapat juga dilihat, epal merupakan sumber serat yang tinggi yang mana ia menyumbang kepada 12% keperluan serat dalam sehari.

3. Kandungan Berkhasiat dalam Buah Epal

Epal mengandungi pelbagai antioksidan yang bertanggungjawab dalam mengurangkan kesan buruk radikal bebas. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil akibat daripada proses oksidasi. Kadar radikal bebas yang tinggi dalam badan akan menyebabkan sel tubuh rosak dan seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lebih parah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam sebiji epal juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan.

Sebatian BioaktifLokasi UtamanyaFungsi BioPerubatan & Kesihatan
QuercetinTerutama di kulit epalKesan anti-radang, antiviral, anti-kanser, & anti-kemurungan.
CatechinIsi & kulit epalAntioksidan semula jadi merangsang fungsi saraf & otot.
Asid Klorogenik (Chlorogenic Acid)Isi epalMenurunkan gula dalam darah & membantu menurunkan berat badan.
Pektin (Pectin)Dinding sel epalSerat larut prebiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria baik usus.

4. 10 Khasiat Buah Epal

Berikut adalah 10 khasiat buah epal kepada kesihatan mengikut kajian perubatan:

1. Mencegah Penyakit Alzheimer

Epal mengandungi komponen quercetin yang bertindak sebagai antioksidan. Ia tergolong dalam kumpulan sebatian flavonoid yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan termasuklah epal, sitrus, beri, teh dan bawang.

Kajian baru-baru ini menunjukkan mereka yang lebih kerap memakan buah epal memiliki kebarangkalian yang lebih rendah untuk menghidap penyakit Alzheimer ataupun jenis demensia yang lain. Selain itu, quercetin juga dipercayai mampu melindungi kerosakan saraf akibat tekanan oksidasi.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Epal mengandungi serat, vitamin C, kalium dan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pengambilan serat dan kalium membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal paras kolesterol yang boleh menyebabkan masalah pengerasan saluran darah atau Aterosklerosis dan penyakit jantung yang lain seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung dan strok.

Selain itu, vitamin C dan antioksidan yang lain memainkan peranan dalam meningkatkan sistem ketahanan badan sekali gus melindungi beberapa aspek kesihatan jantung yang lain.

3. Kawalan Penyakit Diabetes

Satu kajian populasi yang dijalankan pada tahun 2013 mendapati bahawa mereka yang menggantikan tiga hidangan jus buah yang diambil setiap minggu dengan jumlah buah yang sama, termasuklah epal, mempunyai kebarangkalian 7% lebih rendah untuk mendapat diabetes daripada mereka yang tidak makan buah.

Selain itu, penghidap diabetes yang mengamalkan diet tinggi serat menunjukkan kadar gula dalam darah yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil serat. Ini kerana serat larut dalam epal membantu memperlahan penyerapan gula ke dalam aliran darah dan boleh memperbaiki tahap gula dalam darah.

Namun, penghidap diabetes masih perlu berjaga-jaga dengan pengambilan karbohidrat mereka dan dinasihatkan untuk mengambil kira kandungan karbohidrat dalam buah dan keperluan karbohidrat dalam sehari yang disarankan.

4. Mencegah Kanser

Makanan yang mengandungi antioksidan boleh menghalang tekanan oksidasi yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan mengakibatkan kanser. Epal merupakan sumber terbaik antioksidan. Kajian menunjukkan epal berupaya mengurangkan risiko kanser paru-paru, payudara, prostat dan usus.

Selain itu, epal juga mempunyai aktiviti antioksidan mencegah kanser yang lebih tinggi berbanding buah yang lain. Namun, perlu diingatkan untuk mendapatkan khasiat epal yang menyeluruh, elakkan membuang kulit epal kerana komponen antioksidan paling banyak ditemui pada kulitnya.

5. Menurunkan Berat Badan

Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu dalam mengekalkan penurunan berat badan yang sihat. Epal mengandungi kandungan serat yang tinggi, dan serat berfungsi melambatkan proses pencernaan dan membuatkan seseorang merasa kenyang lebih lama.

Kajian menunjukkan individu yang mengambil epal sebelum makan utama akan merasa lebih kenyang dan puas berbanding individu yang mengambil sos epal, jus ataupun tidak memakan epal langsung. Selain itu, memulakan hidangan dengan epal juga membantu seseorang untuk makan secara purata 200 kalori lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil epal.

6. Sistem Penghadaman yang Baik

Menurut kajian, kedua-dua jenis serat iaitu serat larut dan tidak larut penting untuk pencernaan. Berita baiknya, epal mengandungi kedua-dua jenis serat tersebut. Serat larut membantu melambatkan proses pencernaan, memberi rasa kenyang yang lebih lama, dan juga melambatkan pencernaan glukosa, yang membantu mengawal gula dalam darah.

Sementara itu, serat tidak larut meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus. Ini dapat membantu melawaskan pembuangan air besar dan merawat sembelit. Selain itu, pengambilan serat yang tinggi juga dapat mencegah penyakit buasir dan kanser usus yang berpunca daripada masalah sembelit kronik.

7. Menyokong Sistem Penghadaman yang Sihat (Sistem Imun)

Sistem imun yang kuat penting untuk melawan virus dan melindungi diri daripada penyakit. Epal berupaya menjadi alat penting dalam menyokong sistem imun tubuh badan kita kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk melawan penyakit. Epal mempunyai kandungan serat larut yang tinggi.

Kajian menunjukkan serat larut membantu mengubah sel-sel imun yang pro-radang menjadi anti-radang sekali gus menyokong kekebalan tubuh terhadap virus atau jangkitan. Selain itu, epal juga mengandungi pelbagai antioksidan dan vitamin C yang berperanan dalam membantu fungsi sistem imun tubuh, seperti menguatkan penghalang epitelium (sejenis tisu) terhadap patogen dan mengawal tekanan oksidatif persekitaran.

8. Fungsi Prebiotik dan Menggalakkan Pertumbuhan Bakteria Baik

Epal mengandungi pektin, sejenis serat yang bertindak sebagai prebiotik. Prebiotik ialah makanan untuk bakteria baik yang memainkan banyak peranan penting dalam tubuh badan. Serat tidak dapat dicerna semasa proses penghadaman, sebaliknya diserap masuk ke dalam usus besar di mana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria baik. Bakteria baik dalam saluran pencernaan membantu melindungi diri dari bakteria dan kulat berbahaya. Antara faedah lain termasuklah membantu dalam fungsi sistem imun, mengurangkan gejala kemurungan, dan membantu menangani obesiti.

9. Membantu Melawan Asma

Epal yang kaya dengan antioksidan dapat membantu melindungi paru-paru daripada kerosakan oksidatif. Kajian mendapati bahawa mereka yang paling banyak makan epal mempunyai risiko asma paling rendah. Kulit epal mengandungi komponen quercetin yang dapat membantu mengatur sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan keradangan yang seterusnya mempengaruhi reaksi asma dan alahan.

10. Tulang yang Sihat

Pengambilan pelbagai jenis buah dikaitkan dengan kepadatan tulang yang lebih tinggi, yang merupakan penanda tulang yang sihat. Kajian menunjukkan bahan-bahan antioksidan dan anti-radang di dalam buah dapat membantu meningkatkan kepadatan dan kekuatan tulang dan epal, secara khususnya, dapat mempengaruhi kesihatan tulang secara positif.

Satu kajian dijalankan ke atas sekumpulan wanita yang memakan makanan yang merangkumi epal segar, epal yang telah dikupas, sos epal, atau tanpa produk epal. Hasil kajian menunjukkan mereka yang memakan epal kehilangan kalsium dari badan mereka lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak makan epal.

5. Kesimpulan

Terdapat pelbagai khasiat buah epal untuk kesihatan. Tetapi perlulah diketahui bahawa jika seseorang itu sudah menghadapi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, maka mereka perlulah mendengar nasihat doktor dan meneruskan ubat seperti biasa.

Diharapkan artikel khasiat buah epal ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada para pembaca sekalian.

6. Soalan Lazim (FAQ)

Q Mengapakah kita digalakkan memakan buah epal bersama kulitnya?

Kulit epal mengandungi kepekatan antioksidan flavonoid (terutamanya Quercetin) dan serat pektin yang paling tinggi. Membuang kulit epal akan mengurangkan sebahagian besar khasiat anti-kanser, perlindungan saluran pernafasan asma, dan kawalan gula darah.

Q Bagaimanakah serat larut Pektin di dalam epal membantu pesakit Obesiti dan Diabetes?

Pektin bertindak sebagai serat prebiotik yang tidak dicerna di perut tetapi diserap ke dalam usus besar untuk memberi makan kepada bakteria baik. Ia melambatkan penyerapan glukosa ke dalam aliran darah dan meningkatkan rasa kenyang lebih lama.

Q Adakah memakan buah epal secara segar lebih baik berbanding minum jus epal bagi pesakit Kencing Manis?

Ya, memakan epal segar membekalkan 3.0g serat utuh yang melambatkan penyerapan gula. Kajian populasi mendapati menggantikan jus buah dengan epal segar merendahkan risiko diabetes sebanyak 7% berbanding minum jus epal yang kehilangan seratnya.

Q Bagaimanakah sebatian Quercetin di dalam epal membantu melindungi pesakit Asma?

Quercetin yang terdapat pada kulit epal bertindak mengatur respon sistem kekebalan tubuh dan meredakan keradangan pada saluran pernafasan paru-paru, merendahkan kekerapan serangan asma dan alahan.

Q Bagaimanakah pengambilan buah epal membantu mengekalkan kepadatan tulang yang sihat?

Bahan antioksidan dan sebatian anti-radang di dalam epal mengurangkan kehilangan mineral kalsium daripada tubuh badan, secara langsung membantu meningkatkan ketumpatan dan kekuatan struktur tulang.

Rujukan

  1. Apples, raw, with skin Nutrition Facts & Calories (2018). USDA Commodity Food. Nutrition Data.
  2. Arnarson A. (2019). Apples 101: Nutrition Facts and Health Benefits. Healthline.
  3. Barrie L. (2020). 7 outstanding health benefits of apple. Everyday Health.
  4. Brazier Y. (2019). What to know about apple. Medical News Today.
  5. Jeanelle Boyer J, & Liu RH. (2004). Apple phytochemicals and their health benefits. Nutrition Journal. 3(5).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 7 =

Scroll to Top