Skip to content

10 Khasiat Limau Purut Pada Kesihatan Badan

Apakah khasiat limau purut pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan berkenaan khasiat limau purut, kandungan nutrisi dan juga kompaun sihat di dalam buah ini

Pengenalan

Limau purut merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan Selatan Asia yang merangkumi Malaysia, Thailand, China, Indonesia serta Filipina. Bukan sahaja buahnya, daun limau purut juga turut digunakan dalam masakan sebagai pewangi kerana baunya yang menaikkan selera hidangan.

Selain digunakan dalam masakan, limau purut juga turut dipelbagaikan kegunaannya dan dikomersialkan secara meluas dalam penggunaan syampu, sabun, pewangi serta dijadikan juga sebagai sapuan untuk manfaat kesihatan.

Kandungan Nutrisi



Limau purut tidak hanya terkenal kerana kegunaannya dalam masakan, bahkan limau purut mengandungi kandungan nutrisi yang baik serta berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Menurut United States Department of Agriculture (USDA), satu saiz sederhana limau purut mengandungi sebanyak 20 kalori, 7 gram karbohidrat, 0.5 gram protein serta 0.1 gram lemak.

Selain daripada kandungan makronutrisi tersebut, limau purut juga mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin C, D dan B12 serta kalsium, zat besi, dan potassium yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Berkhasiat dalam Limau Purut

Rasa yang kuat pada buah limau purut sebenarnya datang daripada kandungan alkaloid yang sangat tinggi yang terdapat didalamnya. Alkaloid seperti citronellol, nerol, limonene serta beberapa lagi alkaloid yang lain bukan sahaja menyumbang kepada rasa pada limau purut, malahan memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut kebaikan limau purut kepada kesihatan tubuh badan.

10 Khasiat Limau Purut kepada Kesihatan

1. Kesihatan mulut

Mulut merupakan organ pencernaan pertama yang digunakan untuk mengunyah serta mencerna beberapa komponen makanan. Oleh sebab itu, kesihatan mulut perlu dijaga dengan baik agar individu terhindar daripada kerosakan serta penyakit yang berkaitan dengan mulut.



Kegunaan limau purut yang paling popular adalah dijadikan sebagai pembersih gusi, dengan menggunakan daunnya untuk digosokkan secara langsung pada gusi bagi menyahbakteria berbahaya dalam mulut.

2. Membunuh Virus dan Bakteria

Darah merupakan cecair yang digunakan untuk menghantar oksigen serta komponen-komponen lain yang penting untuk keperluan sel-sel dalam badan. Terdapat beberapa penyakit yang disebarkan melalui darah antaranya Hepatitis B, Hepatitis C serta HIV.

Justeru penjagaan kesihatan darah adalah penting bagi mengurangkan risiko seseorang individu daripada dijangkiti penyakit yang menjadikan darah sebagai medium penyebaran. Minyak yang dihasilkan daripada limau purut sering dicampurkan dengan beberapa bahan yang lain untuk digunakan bagi individu yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan darah.

Campuran tersebut dipercayai mampu menghapuskan organisme berbahaya, serta membantu hati dan sistem limfa untuk mengeluarkan bahan berbahaya daripada badan. Namun begitu, kajian lebih mendalam perlu dijalankan bagi mengkaji keberkesanan serta kesan sampingannya kepada kesihatan.

3. Baik untuk sistem penghadaman

Sistem penghadaman yang baik adalah penting bagi mengurangkan risiko individu daripada mendapat penyakit-penyakit seperti buasir, kanser usus dan sebagainya. Selain daripada memiliki sifat anti-keradangan, limau purut juga mampu merangsang sistem penghadaman untuk bekerja dengan baik.

Oleh sebab ciri yang dimainkan oleh limau purut tersebut, perahan limau purut boleh digunakan oleh individu yang mengalami masalah sembelit atau juga masalah pencernaan, bagi membantu meredakan masalah yang dialami mereka.



4. Menghalang serangan serangga

Serangga merupakan salah satu organisme yang boleh menjadi punca penyebaran sebahagian penyakit. Justeru, sebahagian masyarakat di beberapa buah negara menggunakan perahan atau minyak limau purut sebagai sapuan pada kulit bagi menghalang daripada serangan serangga.

Hal ini disebabkan oleh kandungan citronellol dan limonene yang terdapat dalam limau purut yang sangat tidak disukai oleh serangga tersebut.

5. Kulit yang cantik dan sihat

Setiap individu pasti sentiasa inginkan kulit yang kekal sihat dan cantik. Namun begitu, kulit kita terdedah kepada kerosakan yang berpunca daripada persekitaran, diet dan sebagainya. Ekstrak limau purut mengandungi kandungan antioksida yang mampu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Selain daripada itu, antioksida juga mampu mengurangkan jerawat, parut serta kesan penuaan pada kulit secara tidak langsung membantu individu mendapatkan kulit yang kekal sihat dan cantik.

6. Mengurangkan keradangan

Keradangan merupakan salah satu proses semulajadi dalam badan yang berfungsi membaikpulih kerosakan dalam tubuh. Namun begitu, keradangan untuk tempoh yang berpanjangan atau dikenali juga sebagai keradangan kronik boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit seperti gout, artritis dan sebagainya.



Beberapa bahagian pada limau purut seperti daunnya ataupun esktrak minyaknya boleh digunakan sapuan mahupun minuman bagi individu yang mengalami kesakitan akibat daripada keradangan dipercayai kerana sifat anti-keradangan yang dimiliki oleh limau purut tersebut.

7. Mengurangkan stres

Stres merupakan kondisi yang bukan hanya memberikan kesan kepada individu daripada sudut emosi, malah turut melibatkan kesan fizikal kepada tubuh badan. Justeru, kawalan stres yang baik adalah penting bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal kita sentiasa terjaga. Menurut kajian, minyak yang dihasilkan daripada limau purut boleh dijadikan sebagai terapi aroma, bagi membantu melegakan individu daripada stres dan juga depresi.

8. Meningkatkan sistem imun badan

Sistem imun badan berfungsi melawan penyakit serta menjadi benteng pertahanan dalam memastikan kesihatan badan terpelihara dan sentiasa dalam keadaan baik. Justeru, sistem imun yang bekerja dengan baik adalah penting agar penyakit dapat dihindarkan supaya individu kekal sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Sifat antioksida serta anti-bakteria yang dimiliki limau purut menjadikan limau purut mampu meningkatkan sistem imun badan yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai sapuan, namun juga boleh diambil dalam diet seharian.

9. Baik untuk kesihatan rambut

Rambut kita sangat mudah untuk terdedah kepada kerosakan yang berpunca daripada persekitaran, diet dan sebagainya. Meskipun agak kurang popular, daun limau purut serta jusnya boleh digunakan untuk kesihatan rambut. Selain daripada membantu mengatasi masalah pola kebotakan lelaki (male-pattern baldness), terdapat kajian yang mendapati ekstrak limau purut mampu mengatasi masalah kelemumur serta menjadikan rambut lebih cantik dan bersinar.



10. Mengubati masalah kutu

Masalah kutu pastinya sesuatu yang sangat tidak diinginkan kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada mereka yang mengalaminya. Ekstrak limau purut yang dihasilkan daripada buah dan daunnya boleh digunakan sebagai rawatan alami bagi masalah kutu kerana ekstrak tersebut mampu membunuh kutu yang bertindak sebagai parasit yang hidup di kepala individu serta berisiko untuk disebarkan kepada individu yang lain.

Artikel Berkaitan: Tanda anda mempunyai kutu dan rawatan

Kesimpulan

Sebagai penutup dan titipan akhir buat pembaca, limau purut seperti yang dinyatakan di atas memiliki pelbagai khasiat dan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Justeru amatlah rugi sekiranya buah yang sebegini baik tidak dimanfaatkan dan digunakan dengan sepatutnya.

Namun, limau purut juga berpotensi mempunyai kesan alahan kepada sesetengah individu. Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mengalami kesan alahan selepas menggunakan limau purut.

Selain daripada itu, amalan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat masih perlu dititikberatkan agar kesihatan lebih terjamin serta terhindar daripada pelbagai jenis penyakit.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Timun JepunKhasiat Buah Ciku
Khasiat KeladiKhasiat Air Halia
Khasiat Bunga CengkihKhasiat Ketumbar
Khasiat Air LemonKhasiat Belut
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Kelapa
Khasiat PetaiKhasiat Air Barli
Khasiat Ikan BilisKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Minyak Kelapa DaraKhasiat Jering
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Serai
Khasiat Ikan KeliKhasiat Minyak Argan

Rujukan



  1. Health Benefits of Kaffir Lime. Retrieved from Health Benefit Times
  2. Lime Leaf 101 (2019). 7 Amazing Health Benefits – Plus Side Effects, Origin and Recipes. Retrieved from Limeleaf
  3. Staughton J. (2020). 9 Suprising Benefits of Kaffir Lime. Retrieved from Organic Fact
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − three =