Skip to content

10 Khasiat Air Halia Pada Kesihatan Badan

Apakah khasiat air halia pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat air halia, kandungan nutrisi dan juga kompaun sihat di dalam air ini.

Pengenalan

Zingiber Officinale Roscoe atau lebih dikenali sebagai halia, merupakan tumbuhan herba yang mengandungi nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Pokok halia dikatakan berasal dari Asia Selatan dan banyak ditanam di negara yang beriklim tropika lembap. Di Malaysia, terdapat kawasan penanaman secara komersial di Bentong, Pahang; Keningau dan Tambun di Sabah serta di Bakun, Sarawak.

Halia yang berkualiti tinggi selalunya ditanam di kawasan tanah tinggi 1200-1500 meter dari aras laut. Di negara kita, kawasan lereng-lereng gunung seperti di Janda Baik dan Bukit Tinggi, Bentong Pahang adalah kawasan penanaman hali yang berkualiti tinggi secara konvensional. Halia bara dan halia padi merupakan dua jenis halia yang terdapat di Malaysia.



Tahukah anda bahawa pokok halia digunakan sebagai tumbuhan hiasan kerana tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang berwarna kuning kehijauan. Selain daripada itu, halia menjadi bahan utama masakan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, masakan seperti kari, rendang, masak lemak dan asam pedas memerlukan halia untuk menghasilkan hidangan yang enak.

Di samping itu, halia mempunyai fungsi yang penting dan asas kepada sistem perubatan tradisional. Ini mendorong tercetusnya pelbagai inovasi yang berasaskan halia. Salah satunya ialah air halia kerana dikatakan dapat memberikan khasiat kepada tubuh badan dan mudah untuk disedikan. Oleh itu, dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan tentang khasiat air halia terhadap kesihatan tubuh badan.

Kandungan Nutrisi

Air halia mengandungi komponen nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, lemak, serat dan gula. Rajah dibawah menunjukkan kandungan nutrisi penting dalam air halia yang menggunakan 1 sudu makan halia mentah tanpa gula tambahan:

KomponenKuantiti
Kalorikcal4.8 kcal
Karbohidratg1.07 g
Proteing0.11 g
Lemakg0.05 g
Seratg0.12 g
Gulag0.1 g

Rajah 1: Kandungan Nutrisi Penting dalam Air Halia

Selain daripada komponen nutriti penting, air halia turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, vitamin B1 (tiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine) dan vitamin C. Untuk mineral pula, air halia mengandungi zat besi, kalium, magnesium, fosforus, zink dan folat.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Berkhasiat Dalam Air Halia



Dalam menghasilkan air halia, halia mentah atau halia yang telah dikeringkan boleh digunakan. Dalam halia mentah and halia yang telah dikeringkan mengandungi kira-kira 115 komponen bioaktif. Gingerol dan shogaol adalah dua komponen penting dalam halia mentah dan halia yang telah dikeringkan. Halia mentah tinggi dengan gingerol manakalah halia yang telah dikeringkan tinggi dengan shogaol.

Gingerol adalah sebatian fenolik yang mudah tersejat dan merupakan komponen yang memberikan rasa yang menyengat. Gingerol menghasilkan ciri-ciri biologi yang bermanfaat kepada kesihatan termasuklah melindungi dan menghalang kanser daripada merebak.

Ini bermaksud gingerol berupaya untuk menghalang pembentukan dan pembahagian sel kanser daripada menjadi malignan. Gingerol akan mensasarkan dan mengawal laluan signal sel dalam menghalang dan merawat penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain. Gingerol akan berubah kepada shogaol apabila berada dalam suhu tinggi.

Untuk shogaol pula, ianya akan menghasilkan bau yang menyengat dan seakan-akan rempah-ratus. Shogaol mengandungi aktiviti biologikal yang lebih stabil berbanding gingerol. Kajian mendapati bahawa kepekatan shogaol tidak berkurangan walaupun telah dibakar dan dikeringkan tetapi kepekatan gingerol berkurangan dengan banyak. Shogaol juga menghasilkan kesan anti keradangan dan menghalang penyakit kanser. Shogaol juga membantu dalam mengurangkan loya dan muntah yang disebabkan oleh kemoterapi.

10 Khasiat Air Halia Pada Kesihatan Badan

1. Mencegah Kanser Serviks Peringkat Awal

Para penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah menemui teknologi baharu rawatan mencegah kanser serviks peringkat awal dengan menggunakan air halia berasaskan halia hutan. Kajian ini telah melepasi ujian pra klinikal kerana selamat tanpa merosakkan tisu normal walaupun ekstrak air halia diberikan pada dos terapeutik yang tinggi. Kajian ini telah membantu para pesakit kanser pangkal rahim kerana dapat mengurangkan kos rawatan jika dibandingkan dengan penggunaan ubatan yang diimport serta sesuai digabungkan bersama rawatan kemoterapi.

Walaubagaimanapun, ujian ini baru melepasi pra-klinikal. Ia perlu menjalani ujian klinikal iaitu digunakan pada manusia bagi melihat keberkesanaan air halia ini.

Artikel Berkaitan: Punca Kanser Serviks dan Rawatannya



2. Bertindak Sebagai Analgesik

Pada tahun 2005, sekumpulan penyelidik telah menjalankan satu kajian terhadap ekstrak air halia. Kajian tersebut menunjukkan bahawa sejenis bahan aktif dalam halia iaitu gingerol berupaya memberikan kesan analgesik. Gingerol adalah bahan yang berfungsi dalam memberikan rasa pedas pada halia.

Kajian lain dijalankan untuk membuat perbandingan antara diclofenac dan ekstrak air halia. Diclofenac iaitu sejenis ubat analgesik dan dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Kajian ini membuktikan bahawa ekstrak air halia boleh menggantikan diclofenac sebagai ubat tahan sakit.

3. Sebagai Agen Bakteria

Selain itu, kajian terhadap ekstrak air halia menunjukkan bahawa ekstrak air halia memberikan kesan antibakteria yang berpotensi dalam melawan bakteria gram positif Bacillus lincheniformis, Bacillus spizizenii, Staphylococcus aureus dan bakteria gram negatif seperti Escherichia coli, Klebsiella penumoniae dan Pseudomonas stutzeri.

4. Sebagai Agen Anti Ulser

Gastrik dan ulser merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kebolehan air halia dalam mengatasi masalah ini. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa air halia memberikan kesan aktiviti gastroprotektif dan gingerol adalah bahan utama dalam mengubati penyakit ini. Gingerol melindungi mukosa dalam perut daripada terhakis oleh paras asid yang tinggi dengan meneutralkan H+ K+-ATPase.

Artikel Berkaitan: Simptom Gastrik dan Rawatan



5. Meredakan Keradangan Otot

Air halia juga digunakan sebagai anti keradangan. Keradangan adalah situasi dimana badan bertindak balas kepada kecederaan, jangkitan kuman atau benda asing. Ini disebabkan oleh tindak balas imuniti badan yang menyebabkan keadaan bengkak, radang, panas dan sakit di kawasan yang mengalami proses keradangan.

Satu kajian terhadap haiwan rodensia menunjukkan bahawa air halia yang diberikan mampu meredakan keradangan otot. Ini kerana air halia menghasilkan kesan hipoalgesik yang membantu dalam meredakan keradangan otot. Kesan hipoalgesik adalah keadaan dimana sensitiviti terhadap sakit berkurangan dan meningkatkan pembekuan darah untuk mengurangkan pendarahan.

6. Sebagai Agen Anti Diabetik

Air halia juga berupaya dalam mengawal paras gula dalam darah. Air halia dikenali kerana mengandungi kalori dan karbohidrat yang sangat rendah. Berdasarkan kajian, air halia mengandungi kira-kira 1.3g karbohidrat untuk setiap satu sudu kecil. Selain itu, akar halia yang kaya dengan mineral zink memainkan peranan yang penting dalam penghasilan insulin.

Mineral zink berperanan dalam menstabilkan insulin dan penyimpanan insulin dalam pankreas. Satu kajian terhadap haiwan untuk mengkaji peranan air halia sebagai agen anti diabetik. Dalam kajian tersebut, kesan anti diabetik yang terkandung dalam air halia lebih tinggi daripada minuman berasaskan bawang putih.

Artikel Berkaitan: Simptom Kencing Manis dan Rawatan

7. Rawatan Bagi Penyakit Alzheimer



Penyakit Alzheimer adalah penyakit neurodegeneratif, keadaan dimana kebolehan otak untuk berfikir, tingkah laku dan sosial merosot. Kajian yang dijalankan terhadap ekstrak air halia mendapati ekstrak air halia  berperanan sebagai perencat kepada aktiviti asetilkolinesteras yang menyebabkan kemerosotan kemampuan otak.

Ekstrak air halia juga dikatakan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berupaya untuk menghalang kecelaruan yang disebabkan oleh teknan oksidatif. Kajian menunjukkan bahawa sebatian fenolik dan antosianin memberikan kesan alagesik dan perlindungan sistem saraf yang mempengaruhi perkembangan dan proses penuaan.

8. Kesan Antioksidan

Air halia juga merupakan sumber antioksidan dan mengandungi aktiviti antioksidan yang tinggi. Satu kajian telah untuk menentukan aktiviti antioksidan dalam air halia dan air kunyit melalui ujian DPPH dan ujian FRAP. Kajian tersebut menunjukkan bahawa aktiviti antioksidan lebih tinggi dalam air halia berbanding air kunyit dalam ujian DPPH dan ujian FRAP.

9. Mengurangkan Rasa Loya Semasa Mengandung

Wanita hamil sering mengalami dengan masalah loya dan muntah terutamanya pada fasa pertama kehamilan. Air halia adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan rasa loya dan muntah. Ini kerana air halia mengandungi dua sebatian iaitu gingerol dan shogaol, yang berperanan untuk mempercepatkan proses mengosongkan perut dan mengurangkan rasa loya.

Gingerol adalah sebatian yang dominan dalam halia mentah dan shogaol adalah sebatian utama dalam halia kering. Ini menunjukkan bahawa air halia yang menggunakan halia mentah atau halia kering dapat mengurangkan rasa loya.

10. Mengurangkan Sakit Senggugut



Senggugut adalah sakit dialami sebelum atau semasa kedatangan haid dimana otot pada dinding rahim menguncup. Apabila otot dinding rahim menguncup dengan kuat, ini akan memberikan tekanan kepada salur darah dan menyebabkan rahim tidak mendapat oksigen. Apabila rahim tidak mendapat oksigen, senggugut akan berlaku.

Kesimpulan

Berdasarkan pembacaan kali ini, diharap dapat mengubah perspektif para pembaca terhadap air halia. Pada zaman dahulu, pokok halia telah digunakan sebagai bahan semula jadi dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Kini, inovasi telah dijalankan dan air halia turut mendapat tempat dihati masyarakat kita.

Impak positif terhadap manusia tidak dapat ditolak lagi berdasarkan bukti dalam penemuan saintifik. Sedarkah anda bahawa air halia ini turut menaikkan eknomi Malaysia kerana terdapat syarikat yang mengeluarkan produk air halia telah mengeksport produk mereka ke seluruh dunia. Oleh itu, usaha dalam memelihara tumbuhan halia haruslah dirancang dan dijalankan dengan lebih giat lagi.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Timun JepunKhasiat Buah Ciku
Khasiat KeladiKhasiat Air Halia
Khasiat Bunga CengkihKhasiat Ketumbar
Khasiat Air LemonKhasiat Belut
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Kelapa
Khasiat PetaiKhasiat Air Barli
Khasiat Ikan BilisKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Minyak Kelapa DaraKhasiat Jering
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Serai
Khasiat Ikan KeliKhasiat Minyak Argan

Rujukan:

  1. Mayo Clinic. (2021). Menstrual Cramps. Dari Mayoclinic.
  2. Mohd Sahardi, N.F.N., & Makpol, S. (2019). Ginger (Zingiber officinale Roscoe) in the Prevention of Ageing and Degenerative Diseases: Review of Current Evidence. Hindawi, 2019, 1-13.
  3. Ridzuan, R.N., Fauzi, N.W., Ahmad Zakaria, R.M., Awang, K., Sempo, M.W., & Mohd Salleh, H. (2018). Halia (Zinger Officinale Roscoe) Menurut Perspektif Agama Islam dan Sains: Analisa terhadap Manuskrip Melayu Terpilih.           International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(3), 43-54.
  4. Talebi, M., Ilgun, S., Ebrahimi, V., Talebi, M., Farkhondeh, T., Ebrahimi, H., &     Samarghandian, S. (2021). Zingiber officinale Ameliorates Alzheimer’s  Disease and Cognitive Impairments: Lessons from Preclinical Studies.            Biomedicine & Pharmacotherapy, 133, 1-13.
  5. Semwal, R.B., Semwal, D.K., Combrinck, S., Viljoen, A.M. (2015). Gingerols and Shogaols: Important Nutraceutical Principles from Ginger. Phytochemistry, 117, 554-568.
  6. Streit, S. (2020). Ginger Tea in Pregnancy: Benefits, Safety and Directions. Healthline.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + eighteen =