Skip to content

10 Khasiat Keladi Pada Kesihatan Menurut Kajian

Apakah khasiat keladi kepada kesihatan badan? Artikel ini akan menerangkan berkenaan khasiat keladi, kandungan nutrisi dan juga kompaun sihat di dalam tumbuhan ini.

Pengenalan

Pokok keladi air atau keladi cina adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi bagi setiap individu di Malaysia. Memegang gelaran saintifik, Colocasia Esculenta, pokok keladi juga dikenali sebagai pokok ubi taro yang berasal daripada kawasan Asia Tropikal.

Kemudian, tumbuhan ini mula diperkenalkan dan ditanam di kawasan-kawasan tropikal dan sub-tropikal yang lain seperti Utara Afrika. Dikatakan bahawa, pokok keladi ini adalah sumber makanan ruji bagi sesebuah negara atau kepulauan seperti Papua New Guinea dan kepulauan-kepulauan lain sekitar Tanah Jawa.



Kini, pokok keladi dianggap sebagai tumbuhan liar yang dapat hidup secara invasif di kawasan tanah lembap seperti persisiran sungai, tasik atau paya [1].

Kandungan Nutrisi

NUTRIEN100g Keladi
Karbohidratg2.32
Proteing0.92
Lemakg0.09
Kalsiummg12
Zat besimg0.6
Kaliummg332
Fosforusmg28
Natriummg1
Vitamin B1mg0.04
Vitamin B2mg0.05
Vitamin B3mg0.8
Vitamin Cmg21

USDA Food Database

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di dalam Pokok Keladi

Ubi Taro : Sumber Karbohidrat Setanding Nasi

Pokok keladi adalah sejenis tumbuhan herbaceous yang menghasilkan sejenis ubi iaitu ubi taro. Ubi taro adalah merupakan tumbuhan berkanji yang membekalkan sumber karbohidrat utama kepada individu. Bagi 100g ubi taro, kandungan karbohidratnya adalah bersamaan dengan 2 senduk nasi atau 2 keping roti.

Secara umumnya, pencernaan karbohidrat akan menghasilkan glukosa yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan sebarang proses metabolisma terutama sekali dalam menghasilkan tenaga. Jadi tidak hairanlah jika ubi taro ini menjadi makanan ruji bagi sesebuah masyarakat di sesetengah kawasan.



Walaubagaimanapun, pesakit diabetes perlu berwaspada terhadap jumlah pengambilan ubi ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. Adalah lebih baik untuk dapatkan sebarang saranan dan juga nasihat daripada pegawai perubatan ataupun pegawau dietetik.

10 Khasiat Pokok Keladi Kepada Kesihatan

1. Tinggi Kandungan Phytochemical (β-Carotene)

β-carotene adalah merupakan sejenis pro-vitamin A yang lazimnya terdapat di dalam buah-buahan dan juga sayur-sayuran. β-carotene berfungsi sebagai salah satu anti-oksidan yang dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas. Walaubagaimanapun, kandungan pro-vitamin ini adalah tinggi di dalam ubi taro [2].

2. Tinggi Anti Oksidan

Kandungan anti oksidan iaitu flavonoid terutama sekali pada bahagian daun dan juga akar (ubi taro). Falvonoid adalah merupakan bahan semulajadi yang biasanya ditemukan di dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin serta ubi-ubian (tuber).

Antara fungsi flavonoid adalah bertindak sebagai anti oksidan yang berkait dengan penyakit kanser, Alzheimer’s dan juga penyakit jantung (artherosclerosis). Kajian mendapati bahawa quercetin dan juga anthocyanins adalah flavonoid utama yang terdapat di dalam ubi taro. Fungsi anti oksidan bahan ini mempengaruhi aktiviti glutahthione, enzim, penghasilan spesis oksigen oksidatif dan juga signal transduction pathway.

3. Berpotensi sebagai Anti Kanser

Kajian banyak menemukan kebaikan ubi taro yang berpotensi untuk melawan penyakit kanser dan juga sebarang faktor risiko berkaitan dengan kanser. Kandungan molekul bio-aktif yang terdapat di dalam ubi taro dapat mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan juga keradangan akibat kanser [3].



4. Tinggi Kandungan Serat

Selain daripada ubi taro, daun keladi juga mempunyai khasiat yang tertentu terutamanya serat. Umumnya, serat akan dijumpai di dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan juga makanan daripada sumber bijirin.

Kajian mendapati bahawa, daun keladi yang dikeringkan di bawah matahari mengandungi lebih tinggi serat berbanding dengan daun keladi segar dan juga daun yang direbus. Serat sememangnya sangat penting dalam mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik. Di samping itu, ianya juga penting bagi di dalam sistem pencernaan [4].

5. Sumber Protein

Selain daripada makanan sumber haiwan dan juga produk tenusu, daun keladi juga merupakan salah satu sumber protein. Seperti yang kita tahu, protein adalah salah satu sumber makronutrien yang sangat penting diperlukan bagi pembinaan sel, tisu dan juga sistem di dalam tubuh manusia [5].

6. Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Berdasarkan USDA Food Database, 100g daun keladi mengandungi sumber kalsium sebanyak 107mg. Kalsium adalah merupakan komponen utama yang diperlukan untuk membina dan menguatkan struktur tulang setiap individu. Pastinya, sumber utama kalsium adalah daripada susu dan juga produk tenusu.

Namun, bagi sesetengah tempat, daun keladi merupakan salah satu sumber makanan yang diambil di dalam diet seharian. Sehubungan itu, daun keladi boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan lagi (top-up) pengambilan kalsium harian.



Artikel Berkaitan: Punca osteoporosis dan Rawatan

7. Membekalkan Sumber Folate (Vitamin B9)

Folate adalah merupakan nama lain bagi vitamin B9 yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan. Lazimnya, folate boleh didapati daripada sumber kekacang dan juga sayur-sayuran hijau. Daun keladi juga mengandungi sumber folate yang agak tinggi iaitu sebanyak 126µg, di mana ia mencakupi 32% keperluan individu dewasa. Folate sangat penting dalam proses penghasilan darah merah dan juga pembentukkan DNA [6].

8. Immune Booster

Vitamin C sangat popular sebagai salah satu pilihan individu untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Vitamin C akan bertindak dengan memberi memberi perlindungan kepada sel tubuh daripada pathogens. Selain itu juga, vitamin C akan menggalakkan aktiviti scavenging oksidan (reactive oxygen species) yang berlaku kepada kulit [7].

9. Menyokong Kesihatan Mata

Berdasarkan data yang didapati daripada USDA Food Database, daun keladi mengandungi vitamin A sebanyak 241µg. Seperti yang kita tahu, vitamin A adalah salah satu sumber mikronutrien yang sangat penting dalam mengekalkan kesihatan sistem penglihatan individu.

10. Membantu Mengekalkan Keremajaan Kulit



Threonine adalah merupakan salah satu essential acid amino yang diperlukan oleh tubuh melalui pengambilan diet. Asid amino ini memainkan peranan penting dalam memberi struktur kepada komponen utama kulit iaitu kolagen dan juga elastin.

Kesimpulan

Secara umumnya, pokok keladi banyak memberikan kelebihan kepada individu, terutama sekali komponen ubi taro yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber karbohidrat utama. Walaubagaimanapun, amat penting kepada individu lebih-lebih lagi pesakit kronik untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang berdaftar.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat Timun JepunKhasiat Buah Ciku
Khasiat KeladiKhasiat Air Halia
Khasiat Bunga CengkihKhasiat Ketumbar
Khasiat Air LemonKhasiat Belut
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Kelapa
Khasiat PetaiKhasiat Air Barli
Khasiat Ikan BilisKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Minyak Kelapa DaraKhasiat Jering
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Serai
Khasiat Ikan KeliKhasiat Minyak Argan

Rujukan

  1. J. R. Sandoval and P. A. Rodriguez, “Colocasia Esculenta.” Invasive Species Compendium, 2013, [Online].
  2. M. Temesgen, “Nutritional Potential , Health and Food Security Benefits of Taro Colocasia Esculenta ( L .): A Review,” Food Sci. Qual. Manag., vol. 36, no. July, pp. 23–31, 2015.
  3. P. R. Pereira, É. B. de A. Mattos, A. C. N. T. F. Corrêa, M. A. Vericimo, and V. M. F. Paschoalin, “Anticancer and immunomodulatory benefits of taro (Colocasia esculenta) corms, an underexploited tuber crop,” Int. J. Mol. Sci., vol. 22, no. 1, pp. 1–33, 2021,
  4. N. C. Azubuike et al., “Nutritional profile, proximate composition and health benefits of colocasia esculenta leaves: An underutilized leafy vegetable in Nigeria,” Pakistan J. Nutr., vol. 17, no. 12, pp. 689–695, 2018,
  5. A. R. Ejoh, F. T. Mbiapo, and E. Fokou, “Nutrient composition of the leaves and flowers of Colocasia esculenta and the fruits  of Solanum melongena.,” Plant Foods Hum. Nutr., vol. 49, no. 2, pp. 107–112, Feb. 1996,
  6. Z. Arsad, N. Baine, and M. Johor, Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2010.
  7. A. C. Carr and S. Maggini, “Vitamin C and immune function,” Nutrients, vol. 9, no. 11, pp. 1–25, 2017,
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + nineteen =