Khasiat Buah Jambu Batu (Psidium guajava): Vitamin C, Likopena & Denggi
Panduan perubatan komprehensif mengenai khasiat buah jambu batu (Psidium guajava), kepekatan Vitamin C 200% RDI, antioksidan Likopena pencegah kanser prostat, penjanaan megakaryocytes untuk platelet Demam Denggi, serta kesuburan.
Jambu Batu, atau dikenali juga sebagai “guava” merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Mexico atau Amerika Tengah. Mempunyai lebih dari 100 spesies, buah jambu batu kini sangat terkenal di kawasan Asia dan menjadi santapan segenap lapisan masyarakat. Kebiasaannya isi buah jambu batu ini berwarna putih, kuning ataupun merah jambu.
Buah jambu batu mempunyai rasa manis dan sedikit keasam-asaman. Selain dinikmati sebagai minuman jus, buah jambu batu juga turut dipelbagaikan penghasilannya sehingga ia dijadikan dalam bentuk jem dan jeli. Sejak tahun 1950-an, banyak kajian dilakukan ke atas tumbuhan ini, baik buahnya, daunnya juga kulit kayunya bagi mengkaji potensi dan khasiatnya dalam bidang perubatan. Buah jambu batu kebiasaannya dimakan begitu sahaja manakala daunnya pula sering dijadikan teh dalam penggunaan perubatan tradisional.
Ringkasan Pantas
- ✓ Sumber Vitamin C Terbesar: 1 biji jambu batu membekalkan 2x ganda (200% RDI) keperluan Vitamin C harian individu.
- ✓ Kalori Rendah & Serat: Membekalkan 37 kalori, 8g karbohidrat, & 3g serat untuk melawaskan usus & pencegahan Sembelit.
- ✓ 10 Manfaat Perubatan: Anti-tumor Likopena pencegah Kanser Prostat, kawalan gula Diabetes, & folat kesuburan.
- ✓ Rawatan Sokongan Denggi: Jus jambu batu merangsang sel *megakaryocytes* untuk membina platelet darah pesakit Demam Denggi.
1. Pengenalan
Jambu Batu, atau dikenali juga sebagai “guava” merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Mexico atau Amerika Tengah. Mempunyai lebih dari 100 spesies, buah jambu batu kini sangat terkenal di kawasan Asia dan menjadi santapan segenap lapisan masyarakat. Kebiasaannya isi buah jambu batu ini berwarna putih, kuning ataupun merah jambu.
Buah jambu batu mempunyai rasa manis dan sedikit keasam-asaman. Selain dinikmati sebagai minuman jus, buah jambu batu juga turut dipelbagaikan penghasilannya sehingga ia dijadikan dalam bentuk jem dan jeli. Sejak tahun 1950-an, banyak kajian dilakukan ke atas tumbuhan ini, baik buahnya, daunnya juga kulit kayunya bagi mengkaji potensi dan khasiatnya dalam bidang perubatan. Buah jambu batu kebiasaannya dimakan begitu sahaja manakala daunnya pula sering dijadikan teh dalam penggunaan perubatan tradisional.
2. Kandungan Nutrisi
Buah Jambu Batu sangat kaya dengan vitamin C dan nutrien-nutrien penting yang lain. Bayangkan, satu biji buahnya sahaja sudah mempunyai kandungan dua kali ganda daripada keperluan vitamin C seharian seseorang individu. Antara nutrien lain yang dimiliki buah jambu batu adalah zat besi, potassium, vitamin A dan juga kalsium. Sebiji buah jambu batu dapat disediakan untuk 4-5 hidangan, mempunyai kira-kira 37 kalori, 8 gram karbohidrat, 3 gram fiber, dan 1 gram protein serta lemak.
| Komponen Nutrisi | Jumlah Kuantiti (Per Hidangan) | Peranan Fisiologi & Manfaat |
|---|---|---|
| Vitamin C (Asid Askorbik) | 200% RDI (2x Ganda Keperluan Harian) | Antioksidan utama lawan radikal bebas & pertahanan sel. |
| Nilai Tenaga Kalori | ~37 kcal | Rendah kalori, sesuai untuk pengawalan berat badan. |
| Karbohidrat & Serat | 8.0 gram & 3.0 gram | Melancarkan pergerakan usus & mengawal kadar gula. |
| Protein & Lemak | 1.0 gram & 1.0 gram | Makronutrien asas pembinaan tisu badan. |
| Mineral Utama | Potassium (Kalium), Zat Besi, Kalsium, Folat | Kesuburan sel, osmotik darah & pembentukan hemoglobin. |
3. Kandungan Berkhasiat dalam Jambu Batu
Menurut kajian, semua bahagian pada pokok jambu batu memiliki komponen yang berkhasiat contohnya, daun jambu batu serta kulit kayu dan kulit buahnya mempunyai kompoun phenolic yang sangat bagus sebagai antioksida, anti-keradangan dan juga anti-mikrob. Namun, artikel ini ingin lebih memfokuskan kepada khasiat buah jambu batu itu sendiri, yang mempunyai asid askorbik dan juga carotenoids seperti likopena, beta karotena dan beta kryptoxanthin yang berfungsi sebagai antioksida bagi melawan radikal bebas, anti-hyperglisemia yang berfungsi mengawal kadar gula dalam darah dan juga anti-neoplasik iaitu menghalang pembiakan sel dalam badan secara tidak normal yang boleh menyebabkan kanser. Artikel ini seterusnya akan membincangkan khasiat-khasiat yang dimiliki buah jambu batu terhadap kesihatan.
| Sebatian Bioaktif | Kumpulan Kimia | Fungsi BioPerubatan & Kesihatan |
|---|---|---|
| Likopena (Lycopene) | Carotenoid Antioksidan | Anti-neoplasik / anti-tumor pelindung kanser prostat. |
| Beta Karotena & Beta Kryptoxanthin | Prekursot Vitamin A | Antioksidan pemusnah radikal bebas & kesihatan kulit. |
| Sebatian Fenolik (Phenolic Compounds) | Polifenol Daun & Buah | Anti-hyperglisemia, anti-keradangan & anti-mikrob. |
| Asid Askorbik | Vitamin C Terikat | Merangsang pengeluaran antibodi & ketahanan epitelium. |
| Magnesium & Folat | Mineral Bioaktif | Pengawalan keluar masuk sel & persediaan folat kesuburan. |
4. 10 Khasiat Jambu Batu kepada Kesihatan
Berikut adalah 10 khasiat buah jambu batu kepada kesihatan mengikut kajian saintifik:
1. Membantu Pencernaan
Sistem pencernaan yang baik dapat membantu kita untuk hidup lebih sihat dan ceria. Namun, bagi mendapatkan sistem pencernaan yang berfungsi dengan sihat, pengambilan makanan yang kaya dengan serat adalah penting. Buah jambu batu merupakan sumber serat yang baik justeru dapat membantu pergerakan usus serta mencegah dari sembelit serta memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
2. Meningkatkan Imunisasi Badan
Imunisasi adalah kemampuan badan untuk melawan penyakit serta memelihara kesihatan individu. Justeru imunisasi yang kuat dan berfungsi dengan baik adalah penting bagi memelihara tubuh badan daripada sebarang jangkitan serta penyakit.
Antara faktor yang membantu kepada kekuatan imunisasi badan adalah pengambilan vitamin C, yang sangat penting sebagai antioksida bagi melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko jangkitan serta penyakit. Buah jambu batu yang kaya dengan vitamin C dilihat sangat baik untuk diambil bagi meningkatkan imunisasi seterusnya memelihara kesihatan tubuh badan.
3. Berpotensi Membantu dalam Pengawalan Berat Badan
Kebanyakan individu mengalami masalah untuk menurunkan berat badan kerana selera makannya yang tinggi. Namun, berat badan yang berlebihan ini boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti obesiti, kencing manis dan hiperlipidemia. Buah jambu batu yang rendah kalori dilihat sangat baik untuk digantikan sebagai snek yang membantu untuk penurunan berat badan disamping kandungan mineral dan vitaminnya yang berkhasiat untuk tubuh badan yang sihat.
4. Berpotensi Mencegah Kanser
Kanser merupakan penyakit yang semakin membimbangkan masyarakat saban hari. Selain daripada latar belakang keluarga yang menghidapi penyakit kanser, gaya hidup yang tidak sihat serta pemakanan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada terjadinya kanser. Menurut kajian, likopena, yang boleh didapati di dalam buah jambu batu dilihat memiliki kesan anti-tumor yang membantu memelihara daripada kanser prostat. Namun kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan bagi mengenalpasti dos serta kesan sampingannya terhadap kesihatan.
5. Berpotensi Mengawal Kadar Gula dalam Darah
Gula sangat diperlukan oleh badan bagi menghasilkan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Namun, jika kadar gula dalam darah adalah tinggi, ia akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain serta berpotensi menyumbang kepada penyakit kronik seperti diabetes. Antara langkah pengawalan kadar gula dalam darah adalah dengan pengambilan serat yang mencukupi. Justeru, pengambilan buah jambu batu yang kaya dengan serat dilihat berpotensi mengawal kadar gula dalam darah seterusnya mengelakkan kesan-kesan hiperglisemia dalam badan.
Artikel Berkaitan: Apa yang anda perlu tahu tentang kencing manis?
6. Berpotensi sebagai Anti-Keradangan
Inflamasi atau keradangan adalah suatu proses penting untuk memelihara sel-sel dalam tubuh badan. Ia terjadi hasil daripada tindak balas badan terhadap bakteria, kuman dan sel-sel lain yang boleh membahayakan kesihatan. Namun, jika keradangan ini berlarutan untuk tempoh yang lama, atau juga disebut sebagai keradangan kronik, perkara ini akan membahayakan kesihatan dan menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit lain seperti artritis dan sebagainya.
Menurut kajian makmal, buah jambu batu memiliki kompoun phenolic yang berpotensi mengawal keradangan. Justeru pengambilan buah jambu batu dilihat baik untuk keradangan kronik. Namun kajian perlu dijalankan lebih mendalam bagi mengenalpasti dos serta kesan sampingannya terhadap kesihatan.
7. Baik untuk Kesuburan
Kesuburan merupakan satu isu penting terutama bagi mereka yang sudah berumahtangga. Ia sering dikaitkan dengan kemampuan pasangan untuk mendapatkan zuriat. Banyak faktor yang boleh memberi kesan kepada kesuburan individu antaranya adalah pemakanan yang tidak sihat. Folat merupakan salah satu mineral yang penting untuk kesuburan lelaki dan wanita. Justeru pemakanan yang mengandungi folat seperti yang terdapat didalam buah jambu batu dilihat baik untuk diamalkan untuk kesihatan dan kesuburan pasangan.
8. Berfungsi sebagai Anti-Bakteria
Bakteria merupakan organisma yang sering berinteraksi dengan tubuh badan manusia. Walaupun terdapat banyak bakteria baik yang diperlukan oleh badan, namun sebahagian bakteria yang lain adalah berbahaya dan boleh mendatangkan penyakit. Bakteria-bakteria berbahaya ini perlu dikeluarkan dari badan bagi mengelakkan kesihatan daripada terjejas.
Buah jambu batu yang mengandungi magnesium, berperanan penting untuk mengawal tisu dan saraf dalam badan, dengan mengawal keluar masuk apa-apa bahan ke dalam dan luar sel badan. Justeru, proses ini memberikan kesan anti-bakteria kepada buah jambu batu untuk mengeluarkan toksin dan bakteria berbahaya daripada badan bagi memelihara kesihatan serta mengelakkan daripada penyakit dan jangkitan.
9. Baik untuk Demam Denggi
Demam denggi berpunca dari jangkitan virus denggi (DENV) yang disebarkan melalui nyamuk aedes. Walaupun kebanyakan dari pesakit demam denggi sembuh pada hari kedua hingga ketujuh, terdapat juga kes demam denggi yang boleh menyebabkan kematian.
Menurut kajian makmal, buah jambu batu berpotensi merawat demam denggi dengan meningkatkan megakaryocytes yang diperlukan untuk menghasilkan platelet bagi melawan virus denggi. Kajian lain pula mencadangkan pengambilan jus buah jambu batu sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi melihat keberkesanannya.
10. Kesihatan Kulit
Kulit merupakan organ badan yang sering terdedah kepada bahaya kerana kulit bertindak sebagai benteng pertama kepada tubuh badan. Radikal-radikal bebas yang datang dari persekitaran dan pemakanan merupakan antara faktor yang menjadi penyebab kepada kerosakan kulit. Buah jambu batu yang kaya dengan antioksida dan vitamin-vitamin lain dilihat berpotensi untuk melindungi kulit daripada radikal-radikal bebas seterusnya memelihara kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan. Namun kajian perlu dilakukan dengan lebih mendalam untuk mengenalpasti keberkesanan buah jambu batu dalam memelihara kesihatan kulit.
5. Kesimpulan
Seperti yang telah dibincangkan, buah jambu batu dilihat mempunyai khasiat yang sangat banyak kepada kesihatan dan adalah baik untuk diambil dalam hidangan seharian. Namun yang demikian, kita juga perlu untuk mengamalkan pengambilan makanan secara seimbang serta gaya hidup yang sihat bagi memelihara kesihatan diri serta mencegah daripada apa jua jenis penyakit.
Diharapkan artikel khasiat buah jambu batu ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada para pembaca sekalian.
6. Soalan Lazim (FAQ)
Q Bagaimanakah buah dan jus jambu batu membantu merawat pesakit Demam Denggi?
Kajian makmal membuktikan jambu batu merangsang pembentukan sel megakaryocytes di dalam sumsum tulang yang diperlukan untuk menghasilkan platelet darah bagi melawan virus denggi (DENV). Pengambilan jus jambu batu 3 kali sehari digalakkan untuk pesakit denggi.
Q Mengapakah buah jambu batu dianggap sumber Vitamin C yang lebih kuat berbanding buah oren?
Sebiji buah jambu batu membekalkan kandungan Vitamin C dua kali ganda berbanding keperluan harian individu dewasa (lebih 200% RDI), menjadikannya antara buah pemancar antioksidan imuniti paling pekat di dunia.
Q Bagaimanakah sebatian Likopena di dalam jambu batu membantu mencegah Kanser Prostat?
Likopena ialah sebatian karotenoid antioksidan aktif yang merencatkan pembahagian sel tumor (kesan anti-neoplasik) dan meredakan tekanan oksidatif pada tisu kelenjar prostat.
Q Mengapakah buah jambu batu baik untuk kesuburan lelaki dan wanita?
Jambu batu mengandungi mineral Folat (asid folik semula jadi) dan antioksidan Vitamin C yang tinggi. Folat penting untuk perkembangan kualiti sel telur (ovum) dan pembentukan sperma yang sihat.
Q Bolehkah pesakit Kencing Manis (Diabetes) memakan buah jambu batu secara harian?
Boleh dan sangat digalakkan. Jambu batu mengandungi serat tinggi (3g per hidangan) dan sebatian fenolik anti-hyperglisemia yang melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus tanpa mendadakkan paras gula darah.
Rujukan
- Atik N, et al. (2017). Effect of Guava Extract Administration on Megakaryocytes Amount. Indonesian J Clin Pharm. 6:116-122.
- Denny C, et al. (2013). Guava pomace: A new source of anti-inflammatory and analgesic bioactives. BMC Complement Altern Med.
- Masud Parvez GM, et al. (2018). A short review on a Nutritional Fruit: Guava. Opn Acc Tox & Res. 1(1):1-8.
- Gurevich R. (2019). The Importance of Folic Acid in Female and Male Fertility. Verywell Family.
- Healthline (2018). 8 Health Benefits of Guava Fruits and Leaves.


