Skip to content

5 Khasiat Kopi Kepada Kesihatan Badan

Kopi sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana rasa dan aroma enak yang disajikan, malah terdapat pelbagai lagi kebaikan dan khasiat kopi pada kesihatan yang telah dibuktikan melalui kajian. Artikel ini akan membincangkan komponen yang terkandung di dalam kopi dan bagaimana ia boleh memberi manfaat dan khasiat kepada kesihatan.

Pengenalan

Terdapat dua spesies pokok kopi yang utama, iaitu Coffea arabica merupakan kopi tradisional, dan Coffea robusta. Arabica lebih cenderung dianggap sebagai pilihan kopi yang lebih baik. Robusta pula merupakan kopi yang bermutu tinggi, juga mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi. Robusta lebih sering digunakan dalam penghasilan kopi pra- campuran. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid.

Kandungan Berkhasiat Dalam Kopi

Kopi mempunyai dua komponen utama yang bermanfaat untuk kesihatan, iaitu antioksidan dan kafein. Selain mempunyai kadar kalori yang rendah, biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi lain untuk kesihatan umum seseorang.



Antara nutrisi yang boleh didapati dalam secawan kopi adalah Ribolflavin (vitamin B2), Panthotenic acid (vitamin B5), niacin (vitamin B3), kalium, kalsium dan beberapa mineral lain. Walaupun nutrisi- nutrisi ini hadir dalam jumlah yang kecil dalam secawan kopi, namun jika ditambah dalam pemakanan seharian tetap memberikan manfaat untuk fungsi tubuh seseorang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Makronutrien (100g kopi)

  • Karbohidrat: 0g
  • Protein: 0.12g
  • Lemak: 0.02g

Mikronutrien (100g kopi)

  • Vitamin B2: 0.076mg
  • Vitamin B3: 5.2mg
  • Vitamin B5: 0.003mg
  • Kalium: 49.9mg
  • Natrium: 2.0mg
  • Kalsium: 2.0mg
  • Zat Besi: 0.01mg

Khasiat Kopi Kepada Kesihatan

1. Risiko terhadap penyakit kencing manis lebih rendah

Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang sering dikaitkan dengan peningkatan kadar gula dalam darah disebabkan oleh rintangan insulin. Pada tahun 2009, terdapat satu tinjauan terhadap beberapa kajian berskala besar yang mengaitkan pengambilan kopi sebagai minuman harian dan kadar gula dalam darah. Hasil tinjauan menunjukkan individu yang menjadikan kopi sebagai minuman harian memiliki pengurangan risiko terhadap diabetes sebanyak 7% [1].



Hal ini terjadi kerana kandungan komponen berkhasiat seperti polyphenol, chlorogenic acid dan caffeic acid yang bersifat antioksidan memberikan kesan hypoglisemik yang membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah [2].

Memandangkan kadar penghidap diabetes di negara kita juga semakin meningkat dari tahun ke tahun, pengambilan kopi secara rutin tanpa gula mungkin boleh dipertimbangkan sebagai inisiatif kesihatan.

2. Mencegah daripada penyakit Alzheimer’s dan Parkinson

Penyakit Alzheimer dan Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf yang biasanya dihidapi oleh mereka yang lebih berusia. Lebih menyedihkan, tiada rawatan khusus yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan bagi mencegah penyakit ini sedari awal. Antaranya adalah dengan menjadikan kopi sebagai minuman harian.

Kajian telah membuktikan bahawa penggemar kopi mempunyai kadar risiko sebanyak 65% lebih rendah terhadap penyakit- penyakit berkaitan saraf seperti Alzheimer [3,4]

Seterusnya, pengambilan kopi setiap hari turut mengurangkan risiko terhadap penyakit Parkinson sebnayak 32- 60% lebih rendah berbanding mereka yang tidak meminum kopi [5, 6, 7]. Sifat antioksidan dan kandungan kafein di dalam biji kopi memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan terhadap sistem saraf.

3. Meningkatkan fungsi otak dan bertindak sebagai energizer

Minuman kopi selau dijadikan pilihan mereka yang ingin ‘berjaga’ untuk belajar atau menyiapkan sesuatu tugasan. Kandungan kafein di dalam biji kopi berupaya meningkatkan fokus seseorang melalui mekanisme penghasilan hormon adrenaline [8].



Ada juga kajian yang mendapati kandungan kafein dapat menhalang tindak balas adenosine, iaitu bahan kimia yang cenderung menjadikan pemikiran dan fizikal seseorang itu letih dan lesu [9]. Jadi, amalan meminum kopi bukan sahaja membantu otak kita lebih fokus malah meningkatkan prestasi fizikal.

4. Melawan kemurungan dan bertindak sebagai mood booster

Minuman kopi sering dijadikan peneman ketika sarapan. Sedar ataupun tidak, kopi memiliki kesan positif terhadap mood seseorang. Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang meminum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20% [10]. Jadi pengambilan kopi di awal hari boleh memberi impak yang baik kepada emosi seharian.

5. Memberi kesan anti- penuaan

Penuaan melibatkan beberapa proses termasuklah proses keradangan. Pengambilan kopi secara rutin dikatakan mampu melambatkan proses ini kerana kandungan kafein dan antioksidan yang dimilikinya.

Terdapat kajian pada tahun 2017 yang menghubungkan amalan meminum kopi dengan jangka hayat yang lebih lama. Kajian ini menunjukkan mereka yang minum kopi mempunyai risiko 10% lebih rendah terhadap kematian berbanding mereka yang tidak minum kopi sama sekali [11].

Walaubagaimanapun, masih banyak kajian perlu dijalankan bagi mewujudkan hubungan kausal antara kafein dan jangka hayat manusia.

Kesimpulan

Amalan meminum kopi setiap hari baik untuk kesihatan, namun tetap harus berhati- hati dengan pilihan kopi di pasaraya. Elakkan kopi 3 in 1, dan pilihlah serbuk kopi atau biji kopi yang perlu di brew sendiri. Hal ini dapat memaksimakan manfaat kopi yang diminum.



Akhir sekali, pengambilan kopi perlulah secara bersederhana. Hal ini kerana pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti osteoporosis (kerapuhan tulang), juga memudaratkan kesihatan seseorang. Justeru itu, pengambilan kafein yang disarankan adalah sebanyak 400 mg sehari bersamaan 3-4 cawan kopi sehari.

Diharapkan artikel khasiat kopi ini memberi maklumat yang bermanfaat kepada semua pembaca berkenaan khasiat dan kebaikan kopi kepada kesihatan

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan

  1. Huxley, R., Lee, C. M. Y., Barzi, F., Timmermeister, L., Czernichow, S., Perkovic, V. & Woodward, M. (2009). Coffee, decaffeinated coffee, and tea consumption in relation to incident type 2 diabetes mellitus: a systematic review with meta-analysis. Archives of internal medicine, 169(22), 2053-2063.
  2. Meng, S., Cao, J., Feng, Q., Peng, J., & Hu, Y. (2013). Roles of chlorogenic Acid on regulating glucose and lipids metabolism: a review. Evidence-based complementary and alternative medicine : eCAM, 2013, 801457.
  3. Maia, L., & De Mendonça, A. (2002). Does caffeine intake protect from Alzheimer’s disease?. European Journal of Neurology, 9(4), 377-382.
  4. Liu, Q. P., Wu, Y. F., Cheng, H. Y., Xia, T., Ding, H., Wang, H., … & Xu, Y. (2016). Habitual coffee consumption and risk of cognitive decline/dementia: A systematic review and meta-analysis of prospective cohort studies. Nutrition, 32(6), 628-636.
  5. Hernán, M. A., Takkouche, B., Caamaño‐Isorna, F., & Gestal‐Otero, J. J. (2002). A meta‐analysis of coffee drinking, cigarette smoking, and the risk of Parkinson’s disease. Annals of neurology, 52(3), 276-284.
  6. Hu, G., Bidel, S., Jousilahti, P., Antikainen, R., & Tuomilehto, J. (2007). Coffee and tea consumption and the risk of Parkinson’s disease. Movement disorders: official journal of the Movement Disorder Society, 22(15), 2242-2248.
  7. Ross, G. W., Abbott, R. D., Petrovitch, H., Morens, D. M., Grandinetti, A., Tung, K. H., Tanner, C. M., Masaki, K. H., Blanchette, P. L., Curb, J. D., Popper, J. S., & White, L. R. (2000). Association of coffee and caffeine intake with the risk of Parkinson disease. JAMA, 283(20), 2674–2679.
  8. Persad L. A. (2011). Energy drinks and the neurophysiological impact of caffeine. Frontiers in neuroscience, 5, 116.
  9. Fredholm, B. B. (1995). Adenosine, adenosine receptors and the actions of caffeine. Pharmacology & toxicology, 76(2), 93-101.
  10. Harvard School of Public Health (HSPH). (September 26, 2011). Coffee, Caffeine, and Risk of Depression Among Women. Archives of Internal Medicine, 171(17):1571–1578
  11. Park, S. Y., Freedman, N. D., Haiman, C. A., Le Marchand, L., Wilkens, L. R., & Setiawan, V. W. (2017). Association of Coffee Consumption with Total and Cause-Specific Mortality Among Nonwhite Populations. Annals of internal medicine, 167(4), 228–235. h
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =