Skip to content

10 Khasiat Manjakani Kepada Kesihatan

Pernahkah Anda mendengar tentang khasiat buah manjakani? Tanaman ini sangat berkhasiat dan sudah sinonim dengan kesihatan wanita. Dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan 10 khasiat manjakani untuk kesihatan.

Pengenalan

Buah manjakani sering disebut- sebut memiliki pelbagai manfaat terutamanya untuk wanita. Oak gall atau nama saintifiknya Quercus infectoria merupakan tanaman herba yang banyak dijual di pasaran samada dalam bentuk serbuk atau kapsul. Buah manjakani dapat ditemukan di berbagai negara Asia, Yunani, dan Iran.

Pohon manjakani biasanya tumbuh setinggi dua meter. Bagian manjakani yang sering dimanfaatkan adalah “gall” atau tumor akibat pertumbuhan abnormal tanaman herba ini. Manfaat popular manjakani tentulah untuk kesihatan organ reproduksi wanita.

Kandungan Berkhasiat Dalam Manjakani



Manjakani kaya dengan kandungan tannin. Hampir 50% hingga 70% komponen di dalam manjakani terdiri daripada tannin. Ianya satu kompaun yang juga bertindak sebagai antioksidan, bekerja untuk mencegah stress oksidatif dan pembebasan radikal bebas yang berbahaya. Jadi amalan diet manjakani amat baik untuk kesihatan yang berpanjangan.

Selain itu, manjakani juga mengandungi asid fenolik, flavonoid, triterpenoids, steroid, saponin, glikosida dan thraquinone. Bahan kimia ini terlibat dalam pelbagai mekanisme untuk fungsi tubuh yang optimum.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi Manjakani

Sekali lagi, buah manjakani baik untuk kesihatan kerana memiliki sifat antioksidan yang tinggi. Selain itu, manjakani juga mengandungi mineral penting seperti kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zink, zat besi, dan mangan. Rajah di bawah menunjukkan kandungan mikronutrien untuk 1 kg buah manjakani.

  • Kalsium: 12.7mg
  • Fosforus: 11.1mg
  • Kalium: 223.63mg
  • Magnesium: 20.93mg
  • Zat besi: 3587mg
  • Mangan: 100mg
  • Zink: 329mg

10 Khasiat Manjakani Kepada Kesihatan

1. Mengubati Keputihan

Manfaat utama manjakani berfokus kepada masalah kewanitaan seperti masalah keputihan dalam kalangan wanita. Manjakani merupakan herba yang bertindak membersihkan bahagian kewanitaan, sekaligus mengurangi atau mengubati keputihan.



Keputihan biasanya berlaku akibat infeksi kulat yang boleh menyebabkan keadaan kandisiasis pada vagina. Kandidiasis vagina ditandai dengan keputihan dan beberapa gejala lain termasuk kemerahan, gatal, bengkak, dan sakit ketika berhubungan seksual.

Kajian telah menunjukkan bahwa ekstrak manjakani terbukti ampuh untuk mengatasi keputihan akibat jangkitan kulat.

2. Menjaga kesihatan sistem pencernaan

Manfaat manjakani yang seterusnya adalah untuk menjaga kesihatan saluran pencernaan. Untuk pengetahuan semua jangkitan kulat tidak hanya tertumpu pada bahagian intim wanita, tetapi juga berbahaya untuk usus dan sistem pencernaan. Sekiranya keadaan ini berlaku, penyakit seperti kolitis ulseratif dan Chron’s disease boleh menyerang, lalu mengakibatkan gangguan pencernaan.

Selain itu, manjakani juga sangat bermanfaat untuk masalah cirit- birit dan irritasi pada usus besar. Jadinya, amalan pemakanan yang disertai manjakani amatlah baik untuk masalah- masalah berkaitan sistem pencernaan.

3. Bersifat antibakteria

Manjakani juga mempunyai ciri anti bakteria yang boleh membasmi jangkitan akibat bakteria itu sendiri. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan melawan bakteria terhadap pelbagai jenis bakteria termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli dan Salmonella spp.

Bahan aktif yang berperanan dalam fungsi ini tentulah kandungan tannin dan asid gallik yang meningkatkan kesan antibakteria. Kandungan tannin yang tinggi dalam manjakani berupaya melemahkan sel membran bakteria.



4. Baik untuk kesihatan dalaman wanita

Tanaman manjakani tergolong popular dengan manfaat penggunaannya dalam menjaga kesihatan bahagian kewanitaan. Selain menjaga kebersihan kawasan intim wanita, minuman berasaskan jamu manjakani juga bermanfaat untuk membantu mengembalikan kekuatan vagina.

Setelah melahirkan, khasiat manjakani adalah untuk mengembalikan elastisiti dinding rahim serta menguatkan vagina. Samada melalui pemakanan manjakani secara langsung ataupun melalui sapuan lotion dengan ekstrak manjakani, manfaat ini boleh dialami.

5. Rawatan payudara

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengakibatkan para wanita memiliki payudara yang kian ‘kendur’. Keadaan ini biasa berlaku seiring dengan usia, terutamanya bagi mereka yang menghampiri usia menopause. Khasiat manjakani untuk wanita tidak perlu didebatkan lagi. Selain untuk kebersihan bahagian intim wanita, ia juga padat dengan nutrisi dengan ciri ‘menegangkan’.

Antara cara penggunaan yang disarankan adalah untuk mencampurkan manjakani bersama bahan herba lain, sehingga manjadi tekstur seperti krim. Sapukan pada bahagian payudara, dan gunakan 2 kali seminggu. Rawatan ini menjanjikan kesan positif untuk masalah payudara tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak.

6. Mempercepatkan penyembuhan luka

Manfaat manjakani berikutnya adalah memiliki sifat antiseptik yang membantu dalam proses penyembuhan luka. Sebaiknya, buah manjakani direbus terlebih dahulu, setelah itu dioleskan secara langsung pada bahagian luka.



Walaubagaimanapun, kajian lanjut masih perlu dilaksanakan untuk mengetahui kesan sampingan daripada manfaat ini.

7. Menjaga kesihatan gigi dan mulut

Masalah berkaitan kawasan mulut seperti sakit gigi dan radang gusi kerap terjadi pada seseorang. Untuk pengetahuan semua, manjakani memiliki sifat yang dapat membantu menghilangkan masalah gusi dan mengubati jangkitan dalam mulut. Selain itu, juga bermanfaat untuk mencegah bau mulut, gigi berlubang, juga gusi berdarah.

Tahukah anda, di pasaran terdapat pelbagai produk ubat gigi yang menggunakan ekstrak manjakani, ubat kumur juga tidak ketinggalan. Hla ini jelas membuktikan khasiat manjakani untuk kesihatan gigi dan mulut kita.

8. Mencegah tanda- tanda penuaan

Buah manjakani mengandungi antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit agar terhindar dari tanda penuaan misalnya keriput, kulit kusam dan garis halus.

9. Menguatkan tulang

Amalan diet bersama manjakani turut membantu menjaga kesihatan tulang dan sendi. Manjakani diketahui dapat mencegah osteoporosis, keadaan dimana kepadatan tulang telah menurun, lantas menyebabkan tulang menjadi rapuh. Umumnya, osteoporosis sendiri adalah salah satu gangguan pada tulang yang kerap kali dialami oleh wanita.



Kandungan antioksidan yang tinggi serta pelbagai mineral penting untuk tulang seperti kalsium, fosforua dan mangan, menjadikan manjakani dipercayai untuk membantu menjaga kesihatan tulang untuk jangka masa panjang dan mencegah terjadinya osteoporosis.

10. Melawan kanser

Ekstrak tanaman manjakani diketahui mengandungi senyawa aktif dengan sifat antioksidan, antiradang, dan antikanser. Kajian- kajian makmal terhadap manjakani membuktikan kelebihan serta manfaat manjakani untuk mencegah kanser. Namun, untuk mengetahui mekanisme bagaiman pertumbuhan sel kanser boleh direncatkan melalui pengamalan ekstrak manjakani memerlukan lebih banyak kajian.

Kesimpulan

Secara umum, manjakani boleh diamalkan sebagai jamu, teh atau supplemen herba. Kebanyakan wanita sudah sedia maklum dengan manfaat manjakani untuk meningkatkan prestasi harian dan untuk kewanitaan secara amnya. Sayangnya, berbagai manfaat manjakani masih perlu diteliti lebih lanjut.

Dari beberapa manfaat manjakani yang dikongsikan, sebaiknya kita tetap merujuk kepada pakar sebelum mengamalkannya. Hal ini kerana manjakani masih kurang dikaji dari segi efek sampingannya terhadap beberapa golongan seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik, ibu mengandung, warga tua dan sebagainya.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan

  1. Baharuddin, N., Abdullah, H., & Abdul Wahab, W. N. (2015). Anti-Candida activity of Quercus infectoria gall extracts against Candida species. Journal of Pharmacy and Bioallied Sciences7(1), 15–20.
  2. Gao, J., Yang, X., Yin, W., & Li, M. (2018). Gallnuts: A Potential Treasure in Anticancer Drug Discovery. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine2018, 1–9.
  3. Jain, M., Chahar, P., Jain, V., Sharma, A., & Yadav, N. R. (2019). Role of Quercus infectoria in health and oral health – Review. International Journal of Green Pharmacy13(3), 180–185.
  4. Lorzadeh, N., Sepavand, F., Soleimaninezhad, M., & Kazemirad, N. (2016). The Effect of Extract of Oak Gall for Vaginal Tightening and Rejuvenation in Women with Vaginal Relaxation. Open Journal of Obstetrics and Gynecology, 06(13), 879–887.
  5. Kaur, G., Hamid, H., Ali, A., Alam, M. S., & Athar, M. (2004). Antiinflammatory evaluation of alcoholic extract of galls of Quercus infectoria. Journal of Ethnopharmacology, 90(2–3), 285–292. h
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 3 =