Skip to content

12 Khasiat Habbatus Sauda Pada Kesihatan

Tanaman herba habbatus sauda’ berperanan sebagai penawar dan penyembuh untuk pelbagai penyakit. Hal ini juga telah dibuktikan secara saintifik. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 12 khasiat Habbatus Sauda’ untuk kesihatan!.

Pengenalan

Habbatus sauda (Nigella Sativa) juga dikenali sebagai jintan hitam, terutamanya dalam kalangan masyarakat melayu. Sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar.

Nigella sativa merupakan sejenis herba yang mempunyai pelbagai ciri farmakologi dan telah digunakan secara meluas bagi tujuan kesihatan. Selain itu, ianya juga sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kecantikan. Di kebanyakan negara juga, habbatus sauda diyakini mujarab untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.



Dalam islam, kita sememangnya disarankan mengamalkan pemakanan habbatus sauda’ secara rutin. Terdapat satu hadith riwayat Bukhari menyatakan:-

“Habbatussauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali mati”.

Kandungan Berkhasiat dalam Habbatus Sauda

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan asid lemak yang bagus untuk kesihatan. Mineral- mineral termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folat, zink dan fosforus. Manakala asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tak tepu yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh.

Di samping itu, habbatus sauda’ juga kaya dengan kandungan kompaun bioaktif. Kompaun ini selalunya boleh didapati dari sumber tumbuh- tumbuhan seperti sayur- sayuran dan kekacang. Antara kompaun yang terdapat dalam habbatus sauda’ adalah pati minyak seperti dichloromethane dan beberapa komponen lain seperti thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), carvacrol, dan β-Pin. Secara amnya, bahan- bahan ini boleh memberi impak yang positif pada kesihatan badan.



Thymoquinone (TQ) yang terkandung dalam jintan hitam adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan mencegah pertumbuhan sel-sel kanser.

KANDUNGAN NUTRISI

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 g habbatus sauda’.

Makronutrien

  • Kalori: 345kcal
  • Karbohidrat: 52g
  • Protien: 16g
  • Lemak: 15g
  • Serat: 10.5g

Mikronutrien

  • Kalsium: 93mg
  • Zat besi: 66.4mg
  • Kalium: 1790
  • Fosforus: 499gm
  • Vitamin C: 7.7mg
  • Vitamin B1 (Thiamine): 0.63mg
  • Vitamin B3 (Niasin): 4.58mg
  • Folate: 10mcg
  • Carotene: 762mg

10 Khasiat Habbatus Sauda Pada Kesihatan Badan

1. Mencegah Diabetes

Kadar pesakit diabetes semakin meningkat dari hari ke hari. Etiologi dan komplikasinya sering dikaitkan dengan kehadiran dan tindak balas radikal bebas di dalam badan, lalu mengakibatkan tekanan oksidatif. Keadaan inilah yang menyebabkan paras gula dalam darah tinggi secara berterusan (hyperglycemia). Penyelidik muslim mahupun penyelidik barat banyak mengkaji dan mengakui bahawa penggunaan habbatus sauda dalam kehidupan seharian boleh merawat diabetes.



Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di sebuah Universiti di Jepun, membuktikan bahawa Habbatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan untuk diabetes jenis 2. Diabetes jenis ini biasanya dikaitkan dengan situasi berlakunya rintangan insulin.

Thymoquinone merupakan bahan aktif yang dipercayai mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Di samping itu, aktiviti antioksidan habbatus sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pankreas. Sel- B inilah yang menghasilkan hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Kajian terhadap haiwan menunjukkan pengambilan habbatus sauda’ mengurangkan kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes. Hal ini pastinya membantu dalam memulihkan kadar gula dalam darah.

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis

2. Tinggi Kandungan Antioksidan

Sifat antioksidan amat penting untuk menentang radikal bebas yang membahayakan kesihatan. Banyak kajian menyatakan kelebihan antioksidan dalam mencegah pelbagai penyakit. Malah aktiviti antioksidan terhadap penyakit- penyakit kronik seperti kencing manis, obesiti dan sakit jantung juga terbukti memberi kesan yang baik [1].

Terdapat beberapa komponen di dalam habbatus sauda’ thymoquinone, carvacrol, t-anethole and 4-terpineol berfungsi sebagai antioksidan yang bagus [2].

3. Baik untuk Penghidap Hipertensi (Pesakit Darah Tinggi)



Habbatus Sauda’ boleh menjadi alternatif kepada ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Ciri- ciri antioksidannya juga dikenal pasti dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Satu kajian menjumpai bahawa ekstrak dichloromethane yang dijumpai dalam habbatus sauda’menunjukkan kesan diuretik pada kadar yang baik. Ada juga komponen lain yang bersifat anti- platelet, mengakibatkan risiko pembekuan darah berkurang [3].

Artikel Berkaitan: Punca Tekanan dan Darah Tinggi dan Rawatan

4. Membantu merendahkan kadar kolesterol

Terdapat pelbagai kajian telah mengaitkan keberkesanan habbatus sauda dalam mengawal kolesterol dalam badan.

Dengan mengambil 0.5- 2g kapsul habbatus sauda’ selama dua bulan, kajian menunjukkan kadar kolesterol LDL menurun sebnyak 7%. Paras trigleserida juga menurun sebanyak 8- 16% [4].

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi

5. Mengurangkan Simptom Asma



Biji habbatus sauda’ yang direbus dilihat mampu mengurangkan beberapa simptom asma dalam kalangan 29 penghidap asma. Ia membantu mengurangkan kekerapan menghadapi simptom asma seperti bersin dan sesak nafas, malah menyihatkan paru- paru. Pesakit asma yang mengamalkan habbatus sauda’ juga dilihat mengambil kurang ubat- ubatan berbanding yang lain [5].

Kajian lain yang melibatkan 80 orang pesakit asma juga mempamerkan keberkesanan yang sama. Dalam kajian ini, minyak habbatus sauda’ diambil selama 4 minggu dan dilihat mengurangkan gejala asma, serta meningkatkan fungsi paru- paru [6].

Artikel Berkaitan : Punca Asma dan Rawatan

6. Meningkatkan Daya Ingatan Dan Konsentrasi

Habbatus sauda’ mempunyai asid linoleik seperti omega 3 dan omega 6. Nutrisi lemak tidak tepu ini amat baik untuk kesihatan sel otak. Ianya mampu meningkatkan daya igatan dan konsentrasi. Habbatus sauda’ juga boleh memperbaiki peredaran darah ke otak yang baik untuk diamalkan oleh generasi muda.

Satu kajian melibatkan 20 orang subjek, menunjukkan pengambilan 1 g habbatus sauda’ sehari boleh meningkatkan fungsi kognitif, fokus dan daya ingatan selepas 9 minggu [7].

Kompaun bioaktif seperti thymoquinone di dalam habbatus sauda’ melindungi otak dari kerosakan. Hal ini dibuktikan melalui beberapa kajian terhadap haiwan [8,9].

7. Melindungi dari penyakit hati



Organ hati memainkan peranan yang utama untuk membuang toksin dan racun dari dalam tubuh. Hati yang rosak akan menyebabkan pengumpulan bakteria dan racun, seterusnya menyebabkan pelbagai gejala berkaitan penyakit hati.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam habbatus sauda’ menunjukkan keupayaan untuk mencegah keradangan terhadap organ hati.

Selain itu, sememangnya telah banyak kajian terhadap haiwan yang mengakui kehebatan habbatus sauda’ untuk melindungi kerosakan hati [10,11]. Hal ini kerana habbatus sauda’ mengandungi saponin atau glukosida yang dapat membersih dan meneutralkan badan dari segala racun.

8. Mengatasi Penyakit Sukar Tidur Atau Stress

Bagi mereka yang mengalami insomnia atau sukar untuk tidur, adalah disarankan untuk mengamalkan habbatus sauda. Dalam perubatan tradisional, habbatus sauda’ sering digunakan untuk manfat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti. Antara cara penyediaannya adalah dengan menjadikannya sebagai bancuhan the dan diminum sebelum waktu tidur.

9. Memperbaiki Saluran Pencernaan dan Bersifat Antibakteria

Kandungan hebat minyak dichloromethane, diketahui sangat baik untuk memperbaiki gangguan sistem pencernaan. Ianya bertindak membunuh bakteria di saluran pencernaan. Ada kajian membandingkan keberkesanan habbatus sauda’ dan antibiotik.

Meskipun tidak diketahui ramai, melalui kajian ini, mereka mendapati habbatus sauda’ lebih berkesan sebagai agen antibakteria berbanding ubat antibiotik. Jadi selepas ini, bolehlah kita manfaatkan habbatus sauda sebagai alternatif lain untuk ubat antibiotik.



Di samping itu, ekstrak habbatus sauda’ juga digunakan untuk sakit perut dan meredakan kembung perut.

10. Melancarkan Penegeluaran Susu Ibu

Susu ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi juga khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antibodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Habbatus sauda’ boleh diiktiraf sebagai milk booster terbaik kerana sifat semulajadinya yang memberi haba  dan memanaskan badan. Aliran susu juga menjadi lebih lancar kerana manfaat habbatus sauda sebagai agen pembuang toksin.

Selain itu, kandungan asid lemak tidak tepu juga membantu melancar dan memperbanyakkan susu ibu. Hal ini telah dibuktikan melalui pelbagai kajian medikal yang menyokong fakta ini [12]. Para ibu juga memainkan peranan penting untuk memastikan teknik penyusuan yang betul supaya bayi terus dapat menikmati khasiat susu ini.

11. Meremajakan Kulit Dan Melambatkan Penuaan

Habbatus sauda merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam jamu tradisional. Ia juga dipercayai sudah dimanfaatkan sebagai agen anti- penuaan sejak turun temurun. Juga bersifat anti- bakteria, habbatus sauda’ mampu melawan bakteria dan keradangan yang boleh menyebabkan kemerahan dan masalah kulit. Kandungan vitamin A yang tinggi juga dapat mengukuhkan penghasilan kolagen, manakala vitamin B dan C mencerahkan dan melembapkan kulit wajah.

Habbatus sauda dalam bentuk gel mahupun minyak sering digunakan untuk amalan kecantikan. Boleh juga mencampurkan satu sudu makan minyak habbatus sauda dengan satu sudu makan minyak zaitun. Oles dan ratakan pada wajah seperti pemakaian ‘mask’ muka.

12. Membantu Meningkatkan Tahap Penglihatan



Pengambilan lobak merah sering dikaitkan dengan tahap penglihatan. Namun siapa sangka, antara manfaat lain habbatus sauda’ adalah untuk kesihatan mata. Zat seperti protein, karbohidrat, vitamin B3 dan lemak sihat ternyata sangat baik untuk meningkatkan tahap penglihatan. Amalan menyapu minyak habbatus sauda di sekitar kelopak mata amat baik, dan hasilnya penglihatan kita akan lebih terang.

Habbatus sauda’ berpotensi sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan samada dalam kaedah tradisional mahupun komersial. Jadi bagi mereka yang belum mengamalkannya, ayuh masukkannya sebagai salah satu rutin pemakanan kita.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

RUJUKAN

  1. Pham-Huy, L. A., He, H., & Pham-Huy, C. (2008). Free radicals, antioxidants in disease and health. International journal of biomedical science : IJBS4(2), 89–96.
  2. Leong, X. F., Rais Mustafa, M., & Jaarin, K. (2013). Nigella sativa and Its Protective Role in Oxidative Stress and Hypertension. Evidence-based complementary and alternative medicine : eCAM2013, 120732.
  3. El Tahir KE, Ashour MM, al-Harbi MM. The cardiovascular actions of the volatile oil of the black seed (Nigella sativa)in rats: elucidation of the mechanism of action. General Pharmacology. 1993 Sep;24(5):1123-31.
  4. Farzaneh E, Nia FR, Mehrtash M, et al. (2014). The effects of 8-week Nigella sativa supplementation and aerobic training on lipid profile and VO2 max in sedentary overweight females. International Journal of Preventive Medicine, 5: 210-216.
  5. Boskabady, M. H., Javan, H., Sajady, M., & Rakhshandeh, H. (2007). The possible prophylactic effect of Nigella sativa seed extract in asthmatic patients. Fundamental & clinical pharmacology21(5), 559–566.
  6. Koshak, A., Wei, L., Koshak, E., Wali, S., Alamoudi, O., Demerdash, A., Qutub, M., Pushparaj, P. N., & Heinrich, M. (2017). Nigella sativa Supplementation Improves Asthma Control and Biomarkers: A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Trial. Phytotherapy research : PTR31(3), 403–409.
  7. Sayeed, M. S., Asaduzzaman, M., Morshed, H., Hossain, M. M., Kadir, M. F., & Rahman, M. R. (2013). The effect of Nigella sativa Linn. seed on memory, attention and cognition in healthy human volunteers. Journal of ethnopharmacology148(3), 780–786. https://doi.org/10.1016/j.jep.2013.05.004
  8. Butt, U. J., Shah, S., Ahmed, T., & Zahid, S. (2017). Protective effects of Nigella sativa L. seed extract on lead induced neurotoxicity during development and early life in mouse models. Toxicology research7(1), 32–40.
  9. Firdaus, F., Zafeer, M. F., Ahmad, M., & Afzal, M. (2018). Anxiolytic and anti-inflammatory role of thymoquinone in arsenic-induced hippocampal toxicity in Wistar rats. Heliyon4(6), e00650.
  10. Yildiz, F., Coban, S., Terzi, A., Ates, M., Aksoy, N., Cakir, H., Ocak, A. R., & Bitiren, M. (2008). Nigella sativa relieves the deleterious effects of ischemia reperfusion injury on liver. World journal of gastroenterology14(33), 5204–5209.
  11. Al-Ghasham, A., Ata, H. S., El-Deep, S., Meki, A. R., & Shehada, S. (2008). Study of protective effect of date and nigella sativa on aflatoxin b(1) toxicity. International journal of health sciences2(2), 26–44.
  12. Zulkifli, A., Idrus, R. & Hamid, A. (2020). Nigella sativa as a Galactagogue: A Systematic Review. Sains Malaysiana 49(7):1719-1727
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − nine =