Skip to content

10 Khasiat Minyak Ikan Pada Kesihatan Badan

Apakah khasiat minyak ikan pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat minyak ikan, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Kandungan Nutrisi Minyak Ikan
  3. Komponen Sihat di Dalam Minyak Ikan
  4. Khasiat Minyak Ikan

Pengenalan

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya, ia dihasilkan oleh sumber ikan berminyak seperti tuna, kod, salmon dan tenggiri. Ikan-ikan ini berasal dari laut dalam. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita disarankan untuk sekurang-kurangnya mengambil 1 – 2 kali sumber ikan dalam seminggu untuk mendapat manfaat daripada minyak ikan ini.

Selari dengan perkembangan teknologi dan kesihatan, minyak ikan juga turut dikomersialkan dalam bentuk produk pemakanan bagi mencukupkan keperluan individu yang kurang mengamalkan pengambilan ikan dalam seharian. Minyak ikan yang dijual selalunya berada di dalam bentuk kapsul mahupun cecair.



Minyak ikan mempunyai banyak manfaat dalam penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Ia juga dikategorikan sebagai lemak baik yang membantu untuk melindungi dan mencegah beberapa risiko penyakit.

Kandungan Nutrisi Minyak Ikan

Nutrien bagi setiap 100g adalah:

  • Tenaga : 902 Kcal
  • Karbohidrat : 0g
  • Protein : 0g
  • Jumlah lemak: 100g
  • Lemak tepu: 21g
  • Lemak poli tidak tepu: 16g
  • Lemak mono tidak tepu: 57g
  • Kolesterol: 766mg
  • Sodium: 0mg

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Sihat Di Dalam Minyak Ikan

Apa yang membuatkan minyak ikan dikatakan berkhasiat? Minyak ikan mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah:

1. Lemak baik

Lemak boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu lemak baik dan lemak jahat. Lemak jahat adalah lemak tepu dan lemak trans yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah.



Sebaliknya, lemak baik mempunyai fungsi berlawanan dengan lemak jahat dengan memberi perlindungan daripada risiko serangan penyakit kardiovaskular.

Jika dilihat pada kandungan nutrisi, minyak ikan kaya dengan lemak mono tidak tepu iaitu salah satu lemak baik. Ini menjadikan minyak ikan merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi lemak baik yang boleh kita amalkan.

2. Omega – 3

Omega – 3 yang terkandung dalam minyak ikan adalah jenis eicosapentaenoic acid (EPA) dan docohexaenoic acid (DHA) yang memberi banyak manfaat pada kesihatan. Omega – 3 dikatakan menjadi pelindung kepada jantung dan kesihatan kardiovaskular secara menyeluruh.

Produk minyak ikan yang dikomersialkan mengandungi 30% omega – 3 dan selebihnya adalah kandungan minyak lain. Jika inginkan kesan Omega – 3 secara menyeluruh, disarankn untuk mengambil ikan segar dalam pemakanan seharian.

3. Vitamin

Minyak ikan juga dikatakan turu mengandungi vitamin jenis A dan D. Walaupun kandungan vitamin minyak ikan tidak setinggi buah-buahan mahupun sayur-sayuran, ia tetap memberi manfaat untuk mencukupkan keperluan. Vitamin A dan D merupakan sumber antioksida yang dapat memberi perlindungan pada sel dan tisu badan terutamanya pada kesihatan mata serta kekuatan tulang.

Khasiat Minyak Ikan

Memandangkan minyak ikan mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat minyak ikan yang dapat dirungkaikan adalah:



1. Penjagaan kesihatan jantung dan kardiovaskular

Kesihatan jantung dan kardiovaskular berkait rapat dengan paras kolesterol dalam darah kita. Kolesterol terdiri daripada dua jenis iaitu kolesterol baik (HDL-C) dan kolesterol (LDL-C). Pengambilan lemak jahat seperti lemak tepu dan lemak trans menyebabkan peningkatan kolesterol jahat yang seterusnya menyempitkan saluran darah. Strok dan sakit jantung merupakan impak daripada penyempitan saluran darah ini.

Minyak ikan mengandungi lemak baik seperti lemak mono tidak tepu dan omega-3 yang mempunyai fungsi berlawanan daripada lemak tepu serta trans dengan meningkatkan paras kolesterol HDL. Peningkatan paras kolesterol baik membantu untuk menurunkan kolesterol jahat sekali gus merendahkan risiko berkaitan penyakit kardiovaskular.

Artikel Berkaitan:

  1. Punca Sakit Jantung dan Rawatan
  2. Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan

2. Penjagaan kesihatan mata

Seperi mana yang kita sedia maklum, minyak ikan kaya dengan omega – 3 dan juga vitamin A yang menjadi agen penting dalam penjagaan kesihatan mata. Omega – 3 dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit degenarasi makula (AMD) iaitu sejenis penyakit berkaitan mata seiring dengan peningkatan usia yang boleh mengakibatkan buta.

Vitamin A juga mempunyai fungsi dalam penjagaan mata dengan meningkatkan tahap penglihatan. Vitamin A mengandungi sejenis komponen rhodopsin iaitu sejenis protein yang memberi kita kelebihan untuk melihat dalam keadaan cahaya yang rendah sekali gus melindungi mata daripada kerosakan.

3. Pengurangan komplikasi kanser



Minyak ikan merupakan salah satu alternatif rawatan yang digunakan dalam perubatan untuk merawat dan mengurangkan komplikasi kanser. Menurut Medical Nutrition Therapy Malaysia, pengambilan 300 – 400g sumber ikan berminyak mampu memberi kebaikan sebanyak 2g omega – 3 dalam membantu menstabilkan berat serta memperlahankan komplikasi terhadap keseluruhan tubuh.

4. Bertindak sebagai antiradang

Minyak ikan mengandungi omega – 3 yang turut berfungsi dalam mengawal keradangan. Berdasarkan sifat anti-radang minyak ikan ini, ia berupaya untuk mencegah kita daripada mengalami masalah kesihatan yang berpunca daripada keradangan seperti kanser, sindrom metabolik (diabetes) dan penyakit kardiovaskular.

5. Mengurangkan risiko penyakit saraf

Tubuh badan kita memiliki berjuta-juta saraf yang berkomunikasi antara satu sama lain untuk menjalankan fungsi fisiologi. Semakin umur kita meningkat, semakin berkurangan jaringan saraf sekali gus risiko penyakit seperti Alzheimer menjadi tinggi.

Minyak ikan yang mengandungi lemak jenis poli tidak tepu dikatakan mempunyai kesan perlindungan pada saraf. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dijalankan masih belum mempunyai keputusan yang jelas dan kukuh akan keberkesanan.

Artikel Berkaitan: Simptom Alzheimer dan Rawatan

6. Penjagaan kesihatan tulang



Minyak ikan mengandungi Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium bagi mengukuhkan tulang. Kandungan omega – 3 yang tinggi dalam minyak ikan juga turut memberi impak dalam penjagaan tulang juga apabila menggalakkan penyerapan kalsium bagi mengurangkan risiko penyakit osteoporosis atau kerapuhan.

Artikel Berkaitan: Osteoporosis dan Rawatan

7. Penjagaan kesihatan kulit

DHA yang terdapat dalam minyak ikan mempunyai manfaat dalam pembentukan dan pengukuhan sel kulit. EPA juga berfungsi untuk mengekalkan hidrasi kulit dan melindungi daripada kesan sinaran UV. Hasilnya, kulit lebih sihat, licin dan terlindung daripada kesan penuaan yang ketara.

8. Memberi perlindungan pada kesihatan mental

Walaupun tidak banyak kajian yang membuktikan keberkesanan minyak ikan terhadap pengurangan tanda-tanda depresi atau penyakit mental yang lain, kandungan omega – 3 dalam minyak ikan mempunyai manfaat dalam memberi perlindungan pada kesihatan mental.

Kandungan omega – 3 terutamanya EPA dikatakan mampu mengurangkan tanda-tanda depresi dan meningkatkan mood berbanding DHA.

9. Meningkatkan kualiti tidur



Menurut kajian, pengambilan omega – 3 yang kurang menyebabkan masalah tidur dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Kandungan DHA yang rendah kesan daripada kekurangan omega – 3 turut berkait rapat dengan pengurangan hormone melatonin, iaitu hormon yang memberi rasa mengantuk dan memudakan proses tidur.

Pengambilan minyak ikan adalah cara terbaik untuk mencukupkan keperluan omega – 3 dalam tubuh sekali gus memberi impak pada kualiti tidur yang lebih baik dan mengurangkan risiko kesihatang berpunca daripada kekurangan tidur.

10. Mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik

Penyakit sindrom metabolik adalah satu kumpulan keadaan dengan berat badan berlebihan, kerintangan insulin, tahap kolesterol dan trigliserida yang tinggi. Obesiti merupakan faktor risiko seseorang individu itu mendapat penyakit sindrom metabolik.

Pengambilan minyak ikan berupaya memberi impak dalam mengurangkan tahap kolesterol jahat dan trigliserida sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya kerintangan insulin yang membawa kepada diabetes.

Konklusinya, minyak ikan memberi banyak manfaat pada kesihatan secara menyeluruh tetapi kesederhanaan dalam mengambilnya dalam pemakanan masih menjadi fokus utama. Peningkatan minyak ikan dalam bentuk kapsul semestinya tidak memberi kesan yang sama seperti minyak ikan yang terkandung dalam sumber semula jadi.

Banyak kajian yang masih dijalankan untuk membuktikan keberkesanan minyak ikan terhadap kesihatan. Justeru itu, amalkan sumber ikan berminyak bersama hidangan seimbang lain untuk mendapatkan impak yang lebih baik dan berkesan.

Artikel Berkaitan:



  1. Punca Kencing Manis
  2. Punca Obesiti

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan:

  1. American Heart Association (2019). Could fish oil fight inflammation? Retrieved on May 21, 2021
  2. Hjalmarsdottir. F. (2018). 17 science – based benefits of omega – 3 fatty acids. Retrieved on May 20, 2021 from Healthline
  3. Lange. K. W. (2020). Omega – 3 fatty acid and mental health. Global Health Journal, 4(1), 18 – 3.
  4. So, J., Wu, D., Lichtenstein, A.H., Tai, A.K., Matthan, N.R., Maddipati, K.R., and Lamon-Fava, S. (2020). EPA and DHA differentially modulate monocyte inflammatory response in subjects with chronic inflammation in part via plasma specialized pro-resolving lipid mediators: A randomized, double-blind, crossover study. Atherosclerosis.
  5. U.S Department of Agriculture (n.d). Food composition database. United States: USDA
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × one =